Tuesday, February 5, 2013

~ Bila kita beremosi...~


Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari. 


       Marah salah satu daripada cabang emosi. Adapun yang dimaksudkan dengan hadis Nabi  S.A.W di atas berkenaan marah ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu,bermakna bukanlah melenyapkan terus sifat tersebut. Sifat marah adalah fitrah pada setiap manusia namun ia perlulah dikawal dengan baik agar tidak memberikan kesan mudharat pada diri dan orang sekeliling kita. Sifat ini harus ada pada tempat  dan keadaan tertentu, contohnya semasa menghadapi musuh-musuh islam dan mereka yang mempersendakan agama islam. Namun sifat marah yang bukan pada tempatnya tidak sepatutnya ada pada setiap manusia yang bergelar muslim. Setiap manusia boleh mengawalnya dengan rasional dan berfikiran positif.

     Sebagai contoh, anda salah seorang dari OKU (Orang Kurang Upaya). Anda selalu diejek dan dicemuh oleh mereka yang sempurna sifat tubuh badannya. Cuba anda fikirkan, adakah dengan ejekan mereka itu akan mebuatkan anda semakin cacat atau  menyebabkan hidup anda menjurus ke arah kemusnahan?? Jika jawapannya 'tidak' maka anda tidak perlu mengganggu gugat emosi anda dengan perkara yang tiada manfaatnya. Perkara negatif akan berlaku apabila kita berfikiran dan berkelakuan negatif. Jadi,apabila anda diejek, abaikan sahaja ejekan mereka itu, kerana risau ianya akan menjadi lebih mudharat jika anda melayan ejekan mereka itu. 

     Saya beri satu analogi yang berkaitan dengan hal di atas. Play with fire. Cuba letakkan tangan anda di atas api selama 2 minit. Apa akan jadi? Sudah tentu apa yang anda fikirkan ialah tangan berasa sangat panas dan kemungkinan akan terbakar. Jadi di sini, anda tahu apa akibatnya jika anda meletakkan tangan anda di atas api. Tentulah ianya hanya memudharatkan diri anda. Begitu jugalah dengan emosi, jika anda mempunyai kesedaran diri, anda tentulah tidak akan membiarkan diri anda diganggu gugat oleh sesuatu yang tidak memberikan apa-apa manfaat pada diri anda. 

     Jadi di sini, sentiasalah fikirkan apa kesannya apabila emosi kita tidak dikawal dengan baik. Jadilah seorang yang bijak mengawal emosi dalam mendepani sesuatu keadaan.  Fikirkan kesan dan manfaatnya dikala diri anda sedang diganggu gugat dek emosi. Kawallah emosi kita dengan rasional dan sentiasa berfikiran positif.

**InsyaAllah, saya juga akan cuba untuk jadi seorang yang positif dalam mengawal emosi. Sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, tolong sedarkan saya jika saya tidak mampu mengawal emosi dengan baik. Semoga bermanfaat, InsyaAllah..**

2 comments:

  1. Emosi oh emosi.. penulisan yang menarik.. cuba huraikan dengan lebih mendalam lg, insyaAllah akan lebih menarik.. :)

    ReplyDelete
  2. Syukran kerana sudi membaca dan komen..InsyaAllah,,akan cuba diperbaiki lagi utk artikel yg seterusnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...