Wednesday, January 30, 2013

Iqomah (Visa Pelajar)


Bismillah..

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..
Hari ini terasa mahu meng'update' blog yang sudah lama dibiarkan sepi ini.
Tiada apa yang mahu dititipkan di sini..cuma nak berkongsi cerita dengan anda semua 
mengenai ujian kecil sebagai seorang pelajar timur tengah.

Alhamdulillah, semalam 29 Januari 2013..Iqomah (Visa Pelajar) baru sahaja
diperolehi setelah setahun menunggu. Inilah antara ujian belajar di tanah arab. 
Cukup susah untuk mendapatkan sekeping kad Visa Pelajar. 
Kadang-kadang ianya bukan berpunca dari masalah dokumen peribadi kita,
tetapi berpunca dari sistem mereka yang tidak sistematik dan suka melakukan kerja dengan bertangguh.


Semasa mula-mula tiba di Jordan seorang kakak senior telah mengingatkan saya tentang hal ini.

''Adik, Iqomah ni siap mengikut cara orang arab bekerja. 
Kadang-kadang dalam masa seminggu boleh siap. Kadang-kadang setahun baru boleh siap.
Jadi akak tak boleh nak jangkakan bila iqomah awak akan siap. Jadi awak kena banyak bersabar dengan 
diorang ni kalau iqomah awak lambat siap ye.."

Jadi betullah apa yang kakak senior tu pesan. Kita kena banyak bersabar dengan kerenah mereka.
Kalau ikutkan hati memang rasa nak marah, tapi bila difikirkan balik, ada hikmahnya
kenapa Allah uji kita dengan hal ini. Allah nak didik kita supaya belajar sifat sabar dan 
ambil iktibar dari 'cara kerja'  sesetengah orang arab. 'Cara kerja' mereka yang
tidak sistematik dan suka buat kerja tertangguh. Kadang-kadang kerja 
tersebut boleh siap dalam masa setengah jam, tapi boleh tertangguh sampai seminggu,
 sebulan bahkan setahun. Sabar, dan doa sahaja yang boleh mendidik hati kita menjadi tenang tatkala
menghadapi kerenah orang arab yang pelbagai.

Undang-undang di sini menetapkan setiap pelajar ajnabi (asing) yang tinggal di Jordan 
perlu ada iqomah jika nak keluar dari negara Jordan. Selama setahun saya di Jordan tanpa iqomah
memang tidak dapat nak keluar dari negara Jordan. 
Jika mahu keluar juga tanpa Iqomah akan dikenakan denda bayaran yang mahal.
Tahun ini Alhamdulillah iqomah saya sudah pun siap. Kebetulan tahun ini  saya merancang untuk 
pulang ke Malaysia pada bulan Jun tahun ini. Jadi tak perlulah saya habiskan duit denda yang mahal tu disebabkan salah pekerja  mereka sendiri !!


Gambar iqomah yang tak berapa cantik.
Ala kulli hal, happy sebab dah dapat iqomah..^_^
Sesiapa yang belum dapat iqomah tu,sabarlah ye,,doa banyak2..

2 comments:

  1. Setahun menunggu akhirnya terlunas jua permohonan visa pelajar.. Alhamdulillah.. Semoga Allah mempermudahkan lagi urusan diakan datang.. (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...