Sunday, January 30, 2011

Debaran yang kian terasa!

31 january 2011..


Tarikh yang akan mengeluarkan natijah yang bakal menentukan di manakah aku akan ditempatkan untuk sambung belajar??  aiseyhh..tahun inilah aku rasa paling takut sangat nak ambil result..sampaikan segala macam penyakit datang kat aku...sakit tekak + pening kepale + sakit kepale + nak demam + hilang selera makan n macam lagi ler....aduss...apelah natijah yang bakal aku dapat esok??? dan air mata yang akan keluar esok hari?? adakah air mata kegembiraan atau sebaliknye??? arrrgghhhh....x dapat aku gambarkan bagaimana emosi aku esok hari?? eeeee...rase nk nangis sekarang pun ade....yang paling aku takutkan ialah gagalnye satu subjek..huhu...alamat abis lah aku...aku tak sanggup nak kecewakan umi dan abah kali ini...aku tak sanggup nak malukan abah dengan pertanyaan-pertanyaan rakan-rakannya....aku tak sanggup...walaupun ada lagi 1 peluang untuk aku sambung belajar,iaitu ke jordan dengan menggunakan result spm...tidak dapat tidak pasti umi dan abah akan rasa kecewa jika natijah yang aku dapat itu..... Rasib/maqbul....nauzubillah...


"Ya Allah..berikanlah kejayaan kepadaku dan sahabat-sahabatku untuk natijah yang bakal kami dapat esok hari...berilah kami peluang untuk kami sambung pengajian kami di mana-mana fakulti....tolong Ya Allah..berikan kejayaan kepada kami..dan redhakanlah hati kami untuk menerima apa sahaja natijah yang bakal Engkau berikan kepada kami...." AMIN YA RABBAL ALAMIN.........





Sunday, January 23, 2011

Sedikit info tentang ISMEP..

Assalamualaikum..sahabat-sahabat sekalian..Seperti yang telah ana janjikan,ana akan postkan tentang info dan maklumat yang ana dapat hasil dari mendengar taklimat ISMEP pada hari sabtu yang lalu..Namun tidaklah begitu detail ana nak terangkan pada sahabat-sahabat sekalian..bolehlah serba sedikit untuk ana kongsikan bersama-sama antum semua..ana mulakan dengan pengenalan tentang ISMEP dahulu...

ISMEP

Adalah singkatan dari Islamic Studies of Middle East Program.Merupakan sebuah program Pre-Departure yang dianjurkan oleh Sekretariat Antarbangsa ISMA(SEKITAR ISMA) bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar lepasan SPM dan STAM yang ingin menyambung pengajian mereka di Timur Tengah,agar bersedia dalam suasana pengajian mereka di sana.

Pihak ISMEP mencadangkan kepada kami supaya mengikuti Pakej Mumtaz. Mumtaz adalah singkatan kepada MUSAFIR MAHASISWA TEMPATAN KE AZHAR.Ini kerana Pihak Mumtaz akan menyediakan segala kelengkapan kepada kami seperti menguruskan dokumen-dokumen pelajar, menguruskan visa dan tiket penerbangan ,menguruskan proses ahli pakej Mumtaz sehingga ke Mesir. Kelebihan mengikuti pakej ini pula; ahli-ahli pakej akan pergi ke Mesir lebih awal daripada mereka yang pergi di bawah kerajaan negeri / sendiri.Iaitu sekitar bulan 8. Tambahan pula ahli-ahli akan disediakan rumah sewa,makan selama 2 bulan,kelas intensif bahasa arab selama 2 bulan,pengurusan pendaftaran di Azhar dan JPMK dan jaulah/lawatan pelajar-pelajar baru di Kaherah. Jadi persediaan pelajar-pelajar yang menyertai pekej akan lebih mantap untuk ke kuliah yang pada kebiasaannya akan bermula pada bulan 10.Berbeza dengan mereka yang pergi di bawah kerajaan negeri yang akan bertolak ke Mesir pada bulan 9. Sukanya ana mengingatkan bahawa untuk pergi dengan Pakej Mumtaz ini dikenakan bayaran sebanyak RM 3500 atau lebih mengikut kada tukaran semasa. Semuanya siap akan diuruskan oleh mereka.

Mengikut maklumat yang ana dapat,ISMEP banyak menekankan tentang pengajian di Mesir. ISMEP hanya menyentuh sedikit sahaja tentang JORDAN dan negara Timur Tengah yang lain.Ini kerana kebanyakan penceramah seminar merupakan bekas graduan dari Mesir.Menurut mereka,wakil dari jordan ada tetapi,pelajar tersebut telah pulang ke jordan semula sebelum tarikh taklimat ISMEP ini.Pakej MUMTAZ hanya menyediakan perkhidmatan mereka di Mesir dan Jordan sahaja.Tetapi,bayaran pakej untuk ke Jordan mungkin mahal sedikit berbanding ke Kaherah.

BIDANG PENGAJIAN.

Bidang pengajian yang dibentangkan dalam taklimat tersebut merupakan bidang Usuluddin,Syariah, dan Lughah. Mereka hanya memperkenal dan menerangkan serba sedikit tentang pengajian di sana.Rasanya tidak banyak maklumat tentang bidang pengajian di dalam seminar tersebut. Ini kerana penceramah hanya menunjukkan jenis-jenis kitab dan menerangkan kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam ketiga-tiga bidang tersebut.

*Syariah;
~Banyak menekankan pembinaan hukum islam.
~Berteraskan hafalan dan pemahaman.
~Perlu menghafaz 8 juzuk dari Al-Quran selama 4 tahun.

*Usuluddin
~Pemahaman terhadap sumber dasar dari perspektif luas,tidak tertumpu untuk hukum dan tidak berteraskan hafalan.
~Mesti menekankan kekuatan hafalan dan kekuatan bahasa.
~Hafazan Al-Quran juga wajib.

*Lughah
~Banyak menekankan nahu soraf.
~Pemahaman dan penghafalan amat penting.

***Menurut penceramah tersebut,bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir perlulah menghadapi Imtihan Qabul di sana.Jika mereka gagal dalam imtihan qabul,mereka akan ditempatkan di Matriks Al-Azhar selama 6 bulan. Bagi mereka yang ingin mengikuti pengajian ke Jordan pula,akan menduduki Imtihan Markaz Lughah.Jika mereka gagal,mereka perlu mengikuti kelas markaz lughah.Dan dikena kan bayaran sebanyak 29 dinar = RM145.(Uni. al-bait) dan di univerct Yarmouk dan jordan univerct 2 kali ganda daripada itu.Mungkin di univerct Mu'tah lebih murah berbanding 3 univerect di atas. Di univerct al-bait pula,setiap kali masuk sem akandikenakan bayaran yuran semester. Juga bayaran bagi setiap madah yang diambil..kalau di Al-bait akan dikenakan 30 dinar =RM150  setiap madah. Satu sem kita dibenarkan mengambil 4-6 madah mengikut kemampuan. Dan setiap sem mempunyai 4 bulan. itulah serba sedikit tentang pengajian di Jordan. Tidak menjadi masalah bagi yang mampu..

Di Mesir,kita hanya dikenakan bayaran puluhan ringgit untuk yuran.Maksudnya tidak sampai seratus ringgit setahun. Malah duit kita akan menjadi lebih banyak di sana.RM1 malaysia menjadi 1.50 di Mesir. Kos sara hidup pula amatlah rendah. Dan mengikut kata bekas graduan mesir,kita boleh meminta sponser dari Al--azhar dan Quit..Ini kerana mereka amat sayangkan kepada pelajar yang bersungguh-sungguh hendak mengikuti penajian  agama.Oleh kerana itulah mereka bermurah hati memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar.

~Rasanya ini sahaja maklumat yang ana peroleh dari seminar tersebut.Jika ada yang tidak faham/soalan2 silakan bertanya kepada ana..dan untuk pengetahuan lebih tentang ismep layarilah laman web di bawah ini...:
http://bumianbiya2u.blogspot.com/ ......Sekian sahaja perkongsian maklumat dari ana..jika ada apa2 soalan  boleh tanya..insyaallah ana akan jawab yang termampu..Terima Kasih....

Saturday, January 22, 2011

~Pengalaman berharga~

Assalamualaikum..kepada semua sahabat-sahabat..alhamdulillah,dengan limpah dan kurnia-Nya,ana diberi kekuatan untuk menitipkan kalam bicara di wadah bicara ini...sudah lama rasanya ana tidak meng-updatekan blog ini..memandangkan ana baru sahaja pulang dari taklimat ISMEP(Islamic Studies of Middle East Program),kali ini ana akan meceritakan pengalaman ana dan peserta-peserta lain sepanjang program tersebut..
Selama 2 hari 1 malam ana di sana sudah cukup menambahkan pengalaman dan kenangan yang amat berharga buat ana.Peserta yang mengikuti program tersebut seramai 13 orang sahaja. 4 perempuan 9 lelaki,Wakil daripada perak.7 orang pelajar dari Akademi Ikatan Muslimin,4 orang dari SARJANA(Sekolah Nazreen Shah),Dan yang amat menyedihkan hanya 2 orang dari SERATA(Sekolah RJ,Perempuan Taayah).Padahal peserta yang mendaftarkan diri dari SERATA seramai 9 orang.Tatkala sudah hampir pada tarikh yang dijanjikan, mereka seramai 7 orang menarik diri.Walaupun  ramai yang telah menarik diri dari mengikuti program tersebut,ana dan hidayah samad tidak patah semangat untuk meneruskan rancangan  mengikuti program itu.

21/1/2011

Pada tarikh ini,ana serta rakan-rakan yang mengikuti program tersebut diminta berkumpul di Bangunan Akademi Ikatan Muslimin,Gopeng,Perak. Kami diminta berkumpul sebelum jam 5 petang. Kerana tepat jam 5 petang kami akan bertolak ke sana.Itulah yang dirancangkan.Namun kita hanya merancang,DIA yang menentukan. Kami bertolak tidak tepat pada jam 5 petang. Mungkin disebabkan ada sedikit masalah teknikal.Dan alhamdulillah,jam 6.15 petang kami bertolak ke pulau pinang.Waktu yang sepatutnya tiba pada  pukul 9 malam menjadi lewat disebabkan berlaku kesesatan di lebuhraya bukit mertajam. Ini semua gara-gara driver yang memandu van peserta-peserta lelaki itu memecut laju (kerana perut lapar dan semata-mata nak cari gerai nasi kandar) lalu  meninggalkan kami berlima(ana,hidayah,masliana,tasnim dan kak balqis) jauh di belakang. Masyaallah..jalan di p.pinang amatlah memeningkan kepala.Lalu kami tersesat jauh menuju ke Bukit Mertajam dan Ipoh mengikut singboard. Kalau tidak diusahakan mencari Uturn untuk balik semula ke SG.DUA,mungkin kami akan pulang ke ipoh semula..hahahahhh...tapi,dengan izin Allah,kami masih diberi peluang untuk mengikuti program tersebut.Kasihan kak balqis,dia lah yang paling penat di antara kami berlima..nak tahu sebab apa??sebab dialah driver kami..hihihi..

Pusing punya pusing,akhirnya kami sampai juga di gerai nasi kandaq...disebabkan perut yang berkeroncong meminta untuk diisi kami orderlah nasi kandaq..bagi orang p.pinang,nasi kandaq ini adalah menu yang paling mereka gemari.Itulah kali pertama ana merasai nasi kandaq oghang pineng..fuhhh...kali pertama mencubanya dan kali pertama jugalah ana makan makanan yang paling pedas dan berasap...hahahhh...walaupun pedas,ana habiskan juga kerana masakannya yang enak.Selsema dibuatnya oleh tukang masak itu,kerana makan masakannya yang teramat pedas...tapi sedap..

Setelah habis makan,kami menuju ke taska.Kerana di situ lah kami menginap.Free..tanpa dikenakan bayaran..Kami sampai di taska tersebut pada pukul 11.30 malam..memang amat memenatkan..baru sahaja sampai,Allah hantarkan tetamu dari USM datang melawat kami..maklumlah kami kan datang dari jauh..alhamdulillah..ada juga orang yang sanggup datang hampir jam 12 malam semata-mata nak jenguk kami.Semua kakak-kakak USM itu baik-baik belaka..sempat kami bertanya khabar dan berkenalan sesama sendiri..walaupun hanya sekejap,ianya telah membina satu ikatan ukhwah di antara kami...Subhanallah..baiknya mereka..

setelah mereka pulang,kami terus melelapkan mata dek kepenatan yang teramat sangat..

22/1/2011

Seawal jam 5 pagi kami bangun kerana telah dikejutkan oleh nyamuk-nyamuk liar yang amat mencemburui kami..haiissy..nak tido pun tak boleh..=)
Kami bersiap-siap untuk ke taklimat tersebut.Tepat jam 7 pagi kami bertolak ke Masjid Jamek Seberang Jaya,Seberang Prai. Tidak sempat bersarapan pagi kerana majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi. Setelah mendaftarkan diri kami masuk ke dewan masjid tersebut untuk mendengar taklimat.Semua yang memberi taklimat tersebut adalah bekas pelajar dari Mesir.Jadi ia banyak menekankan pengajian di Mesir.Kata penceramah tersebut,mereka ada wakil pelajar dari Jordan tetapi,pelajar tersebut telah pulang semula ke Jordan sebelum tarikh taklimat itu.Itulah yang membuatkan ana sedikit terkilan. Namun tidak mengapa.Ada hikmahnya di sebalik itu.Ana telah mendapat banyak info tentang pengajian ke Mesir  yang dibentangkan dalam taklimat tersebut.Dan info-info yang ana dapat inilah membuatkan ana pening kepala untuk memilih pengajian di Mesir atau Jordan.Kedua-dua negara tersebut banyak kelebihannya..apapun ana akan lakukan istikhoroh..

* Sampai di sini sahajalah yang dapat ana ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman ana sepanjang taklimat tersebut.Rasanya sudah terlalu panjang ana menulis..Namun,masih belum selesai lagi kalam bicara yang hendak ana titipkan di sini..Atas permintaan rakan-rakan,ana dikehendaki berkongsi maklumat atau info yang diberitahu dalam seminar tersebut.Akan ana coretkan segala maklumat yang ana dapat selepas ini..

Sunday, January 16, 2011

3 kisah....

Memandangkan sudah beberapa hari blog ini sunyi daripada di updatekan,so hari ini ana akan post kan cerit-cerita /kisah pada zaman Rasulullah dan para sahabat terdahulu...Mungkin ada di antara antum semua sudah tahu/pernah membacanya..sebab kisah-kisah yang akan ana postkan ini daripada paper I LUV ISLAM..tapi,tidak mengapalah..daripada blog ini sunyi begitu sahaja mendingan ana postkan sesuatu..harap ianya akan dibaca oleh antum semua...hurrmmm...


~9 Nafsu 1 Akal,1 Nafsu 9 akal...~


Pada suatu hari,Imam Hassan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah Adawiyah bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah Adawiyah untuk meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Niat murni mereka disambut baik oleh Rabiah. Rabiah akan menjawab sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pinangan itu jika soalannya dijawab.
 Lalu Rabiah pun bertanya kepada mereka,
"Berapakah nafsu bagi lelaki dan nafsu bagi wanita?".Lantas Imam Hassan Al-Basri menjawab, "Lelaki mempunyai 1 nafsu dan 9 akal,manakala wanita mempunyai 9 nafsu 1 akal". Rabiah tersenyum lalu berkata, "Jika benar apa yang kamu katakan sebentar tadi, kenapa kamu tidak boleh menahan nafsumu meskipun kamu mempunyai 1 nafsu sahaja dan kenapa aku boleh menahan nafsuku meskipun aku mempunyai 9 nafsu?"  Mendengar kata-kata daripada Rabiah itu,mereka pun tunduk malu dan sedih lalu meminta diri untuk pulang dalam keadaan kecewa dan janggutnya basah terkena air matanya yang mengalir keluar. Demikianlah satu kisah pendek mengenai pinangan Imam Hassan Al- Basri terhadap Rabiah Adawiyah.


~Perang Fi Sabilillah.~


Abu Musa R.A bercerita bahawa seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW.Tanya lelaki itu kepada baginda, " Ya Rasulullah,apakah ertinya perang fisabilillah? Antara kami ada yang berperang kerana marah dan rasa tidak puas hati." Lantas Nabi Muhammad pun mendongakkan kepala kerana lelaki itu sedang berdiri di hadapannya. Baginda pun berkata, " Siapa yang berperang kerana hendak menegakkan kalimah Allah(islam) setinggi-tingginya,maka dia berperang fi sabilillah 'azza wa jalla."


~Tiga biji batu~


Pada suatu hari, Rasulullah SAW hendak membuang air besar. Baginda pun meminta Abdullah bin Mas'ud r.a. mencarikannya tiga biji batu. Setelah jenuh mencari, akhirnya Abdullah berjaya mendapatkan dua biji batu. Lalu diambilnya tahi yang telah keras dan kemudian diberikannya kepada Rasulullah SAW. Baginda mengambil kedua-dua biji batu itu dan membuang tahi yang telah keras itu seraya berkata, "Ini kotor!"


Demikianlah 3 kisah pendek yang ana petik daripada paper I luv islam...semoga ianya mempunyai ilmu yang manfaat,tauladan dan pengajaran yang dapat diambil daripada kisah-kisah di atas....Syukran kerana telah membacanya..

Wednesday, January 12, 2011

Sifat Takabbur!!

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurnianya,ana dapat sedikit ilmu pada hari ini,hasil mendengar tazkirah pada pagi tadi,di tv9.Tajuk yang dibincangkan oleh penceramah tersebut ialah soal takabbur.Subhanallah!! Ini merupakan salah satu penyakit hati yang paling berbahaya pada umat islam. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan penyakit ini mudah sahaja menguasai diri kita.Di sini,ana nyatakan 7 faktor manusia menjadi takabbur(Yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali).

7 Sebab manusia mempunyai sifat takabbur.

  1.  Manusia akan takabbur dengan sebab ilmu.Ini kerana niatnya menuntut ilmu tidak ikhlas,dan bukan semata-mata kerana Allah.
  2. Kerana amal ibadat yang dilakukannya.
  3. Kerana hartanya yang melimpah ruah.
  4. Kerana keturunannya dan darjat yang ada padanya.
  5. Kerana kecantikannya atau fizikalnya yang sempurna.
  6. Mempunyai kekuatan dan kegagahan.
  7. Mempunyai kekuasaan atau kehebatan menguasai sesuatu.
Dan takabbur yang sebenarnya menolak kebenaran dan merendah-rendahkan manusia.

~Balasan~

  1. Mendapat kemurkaan Allah /menjadi hamba yang dibenci Allah.
  2. Amalan ibadatnya tidak akan diterima oleh Allah
  3. Menjadi ahli neraka.
  4. Dikunci hati mereka.
* Sifat takabbur adalah sifat yang tercela.

Rasulullah pernah bersabda:
"Tidak akan masuk syurga seseorang muslim tika ada di dalam hatinya sikap takabbur walau sebesar zarah."

Nauzubillahimin zaalik!!! Semoga kita dijauhkan daripada sifat-sifat takabbur,riya',menunjuk-nunjuk dan yang sejenis dengannya..Amiinn....
bERdoalah kepada Allah agar kita dijauhkan daripada sifat-sifat tersebut..Ikhlaskan amal ibadat kita hanya kerana ALLAH S. W.T...Semoga amal ibadat kita selama ini diterima oleh Allah...

Thursday, January 6, 2011

Aku mencari diriKu!!

aku mencari diriKu
diri itu adalah aku


sebagai seorang dai'e
aku perkenalkan Aku
kepada mereka yang mahu
mengaku tentang Aku.


engkau
adalah Aku
dalam dirimu adanya Aku
dalam dirimu mentajalilah Aku
sedarkan aku,akan hakikat Aku


dari mana asalmu?
kini, di manakah kamu?
esok, ke mana arahmu?


cari jawapannya,
dari lisanKu
cari petunjukKu
dari RasulKu


wahai umat bongsu
ini pesan buat mu
dari pesanan Rasulmu
agar selamat di alam barzakh
usah biar hatimu mati


"wahai Nabi khatamannabiyin
nyatakan apa pesanan untukku?
terasa sangat ingin kutahu"


"Aku tinggalkanmu dua nasihat."
"satu,yang bisa bicara,
satu,yang sunyi sahaja"


"apakah itu wahai Rasulku?"


"yang berkata-kata itu
kalam Rabbmu,
yang sunyi itu,
mengingati matimu."


"siapa yang beramal
dengan nasihatku ini,
hatinya hidup
tiadalah mati."




Tinta,
Afiefah Amir,
Ipoh,Perak...

Monday, January 3, 2011

Cinta??

Cinta??
Sebenarnya ada apa dengan cinta,sampaikan orang boleh tergila-gilakannya..? Hurmm..entahla..aku pun tak tahu..jujur aku katakan yang aku tidak pernah merasakan kenikmatan bercinta/ lebih dikenali couple.Sememangnya dari dulu lagi aku memang single.Namun,aku juga manusia..yang punya nafsu,ingin dicintai dan mencintai..cinta itu fitrah..


Ingin Bercinta...


Aku mengaku,semasa di tingkatan 3 dulu,aku terasa ingin ,mengenali cinta.Ingin mempunyai couple seperti rakan-rakanku.Bila lihat mereka bahagia dengan pasangan masing-masing,berSMS,bergayut dengan handphone,saling memberi hadiah dan sebagainya.Memang membuatkan aku goyah.Jiwa remajaku memberontak.Memang aku ingin sangat bercinta dek kesunyian yang aku rasai.Melihat rakan-rakan sibuk melayan pasangan masing-masing,aku tinggal keseorangan.Namun tidak semua rakanku mempunyai couple.
Padahal,pada hakikatnya aku tidak mahu berperasaan begitu.Ia sungguh menyakitkan.Aku bermonolog dengan diriku,mengapa perasaan ini hadir tatkala aku masih di alam persekolahan.Masih banyak ilmu yang perlu aku cari.Kenapa?kenapa?kenapa?Bagiku,ia amat meyakitkan.Perasaan ini amat menyakitkan!
Namun,Allah Maha Mengetahui.Alhamdulillah..Allah tidak menemukan aku dengan mana-mana lelaki.Allah hanya menguji aku dengan perasaan sebegini.Aku bersyukur sangat kerana Allah melindungiku daripada 'couple'.Kalimat suci 'i love you',tidak pernah aku lafazkan pada sesiapa pun yang belum layak untuk panggilan itu.Masih tersemat indah dalam sanubariku.Ya..aku tekad dan berjanji pada diriku,yang kalimat ini untuk orang yang sudah menjadi pelindungku,suatu hari nanti.


Diuji lagi..


Semasa aku di tingkatan 5,aku diuji lagi.Kali ini bukan dengan perasaan ingin bercinta.Tetapi dengan kehadiran seorang lelaki, iaitu rakan seperjuanganku.Kehadirannya amat menguji aku.Disebabkan kami mempunyai minat yang sama,kami jadi rapat.Dan ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam dirinya membuatkan aku jatuh hati padanya.Tetapi,aku pendamkan sahaja perasaan ini.Mana mungkin aku mahu berterus terang dengannya pula.'Jatuhlah saham aku sebagai seorang perempuan'.Memandangkan aku tidak mengambil STAM di sekolah kelantan dahulu,kami terpisah jauh. Namun kami masih berhubung melalui segala teknologi terkini.Aku tidak pasti samada dia berperasaan yang sama atau tidak.Tetapi,dia pernah memberitahuku,dia sayangkan aku,melalui SMS.Namun,bagiku itu hanyalah kata-kata yang terbit dari tulisan SMSnya sahaja.padahal dalam hati menidakkan.Ya..aku pegang perinsip aku 'DONT TRUST MEN'..dengan belajar daripada pengalaman melihat rakan-rakan ku bercinta,aku menanamkan perinsip ini dalam diriku.Namun begitu aku tetap berdoa pada Yang Maha Mengetahui,


"Ya Allah,jika betul dia jodohku,baik untukku,mampu membimbing aku ke jalan yang Engkau redhai,pertemukan kami dan satukanlah kami,suatu hari nanti.Ya Allah,jika dia bukanlah yang terbaik untukku,kau pertemukan aku dengan yang lebih baik darinya, dan pertemukan dia dengan gadis yang lebih baik dariku.Dan buanglah perasaanku terhadapnya,kerana kerana aku tidak mahu lalai dengan mengharap cinta manusia daripada cintaMu YA RABBI...."


Memang susah untuk aku lupakan dia.Puasku berdoa agar diluputkan dia dari ingatanku. Bahkan,setiap kali aku melakukan hobiku(minat), pasti dia yang bermain dimindaku.Sememangnya aku ingin sangat melupakan dia.Cinta memang membuatkan aku lemas.Lemas dalam dunia khayalan.Lemas dalam mimpi yang tak sepatutnya wujud.Tapi,apakan dayaku,aku hanya mampu berdoa...berdoa...dan terus berdoa.Aku sendiri tidak pasti,bagaimana aku mudah jatuh hati padanya.Tapi,Alhamdulillah..Allah pisahkan kami jauh sangat...!!Kali terakhir kami bertemu semasa ambil result SPM. Alhamdulillah juga,Allah tidak membenarkan kami berhubung melalui handphone.Dan sekarang aku beransur-ansur dapat memadamkan perasaan kasihku terhadapnya. Dan aku anggap dia tidak lebih dari seorang sahabat seperjuanganku.


" Ya Allah,aku serahkan segala-galanya kepadaMu.Jodohkan aku dengan lelaki yang dapat memimpin aku ke jalan yang Engkau redhai.Yang baik akhlaknya,dan yang beramal dengan agamamu..aminn..."

Sunday, January 2, 2011

Rabiatul Adawiyah..wali Allah..




Beliau ialah seorang perempuan suci yang tidak pernah berkahwin. Allah memelihara kehormatan dan kemuliaannya sepanjang hidupnya, dengan tidak pernah beliau berbuat perkara-perkara yg mendatangkan kehinaan kepada dirinya. Beliau juga ialah seorang wanita yang solehah dan sentiasa bermunajat kepada Allah SWT. Beliau bukan sahaja wali Allah, tetapi juga guru dan ulama'. Murid-muridnya juga bukan calang-calang, malah para ulama' di zamannya.


Tuduhan dan fitnah yang menyatakan beliau seorang pelacur atau janda itu hanyalah tuduhan dan fitnah daripada orang-orang munafik yang menulis dan membuat sejarah palsu tentang dirinya. Mengapa percayakan cerita-cerita palsu? Janganlah tertipu dengan cerita para munafik. Banyakkanlah berdoa supaya Allah mendatangkan kebenaran kerana Rabiatul 'Adawiyah ialah seorang wali Allah. Jika kita turut sama membawa fitnah ke atasnya, ketahuilah, amaran Allah bahawa:

Sesiapa yang memerangi wali-Ku, Aku akan perangi orang itu. (Hadith Qudsi)

Jangan sampai kerana cepat sangat percaya pada cerita-cerita dalam internet dan orang-orang munafik, lalu kita turut sekali mengambil saham atas fitnah tersebut.

Sila cari buku yang bertajuk Rabiatul Adawiyah dan Cinta karangan Abdul Munim Qindil, diterbitkan oleh
Pustaka Syuhada. Membaca buku ini, kita akan faham mengapa Rabiatul 'Adawiyah tidak berkahwin dan kita akan faham betapa cinta agung yang hidup di hatinya kepada Allah SWT. Buku ini juga menolak segala cerita orang munafik ke atas Rabiatul 'Adawiyah yang difitnah kemuliaaannya.

Memang menjadi kebiasaan orang munafik, mereka memang sakit hati jika dibawa kebenaran kepadanya. Kalau diberitahu pun, mereka tidak akan percaya, malah masih ragu-ragu lagi. Memang begitu sikap orang munafik. Mereka cenderung untuk percaya pada hal yang samar-samar dan hal yang buruk-buruk, tetapi memberi alasan mengikut logik mereka sahaja. Mohonlah perlindungan daripada menjadi hati-hati yg sebegini, InsyaAllah..





Allah is enough for me, InsyaAllah. Wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...