Saturday, August 13, 2011

Hebatnya Muslim pada Bulan Ramadhan..~

Assalamualaikum sahabat-sahabat...alhamdulillah,kali ini saya diberi kelapangan waktu oleh Allah S.W.T..untuk berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian..


Sahabat-sahabat..,dalam kita tidak sedar,kita adalah umat Nabi Muhammad yang hebat..kita diberi kelebihan oleh Allah dengan sifat dan jati diri yang kuat..hanya kita yang tidak tahu atau tidak mahu menggunakan kehebatan yang ada pada diri kita.Tahukah sahabat-sahabat sekalian tentang tokoh-tokoh islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin juga pada zaman tabi' dan tabi'in?Saya tahu,mungkin sahabat-sahabat lebih mengetahui dan lebih kenal daripada saya...tetapi sengaja saya post kan di blog saya sebagai perkongsian ilmu,kerana mungkin ada yang belum tahu tentang kehebatan tokoh-tokoh islam ini..

Sama ada kita sedar atau tidak Ramadhan telah mengukir sejarah yang tersendiri dalam pembinaan kejayaan jiwa insan yang benar-benar menghayatinya. Di sini ada  beberapa peristiwa yang menunjukkan kejayaan umat Islam yang terpahat dalam lipatan sejarah di Bulan Ramadhan..

*Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah,dan umat islam telah mencapai kejayaan.
*Pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun ke 8 hijrah.
*Berhala-berhala yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dan kota Makkah, dihancurkan pada bulan Ramadhan oleh Nabi Muhammad pada tahun ke 8 hijarah.
*Kerajaan islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadhan tahun 15 hijrah.
*Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun 584 hijrah.
*Mesir dan Syria menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 hijrah.

~Sahabat-sahabat,sebenarnya banyak lagi tokoh-tokoh yang sanggup berjuang  pada bulan Ramadhan.Ini hanyalah sebahagian daripada mereka.Subhanallah,,lihatlah sahabat-sahabat,,,betapa hebatnya mereka yang sanggup berjuang demi mempertahankan agama islam.Walau dalam keadaan lapar dan dahaga,jiwa mereka sangat kental untuk memperjuangkan agama kita...tetapi,apa sudah jadi dengan umat di akhir zaman ini? Masih ramai lagi umat islam yang tidak mahu menunaikan salah satu daripada Rukun Islam ini,,iaitu berpuasa di bulan Ramadhan..mereka memberikan alasan penat bekerja.Astaghfirullah...tidakkah mereka fikir,tokoh-tokoh islam ini lebih kuat cabaran dan dugaan yang mereka lalui..dalam keadaan panas gersang padang pasir,ditambah pula dengan perut yang lapar dan dahaga,tetapi tetap menunaikan perintah Yang Maha Esa.Berperang pada bulan Ramadhan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan..subhanallah..betapa hebatnya mereka mempertahanlkan agama islam..Sedih melihat sesetengah umat akhir zaman ini,,islam hanya pada nama,tetapi tidak pernah mahu menunaikan 5 rukun islam..mereka hanya memandang enteng dan tidak mengambil berat sedikit pun tentang rukun islam ini...kehidupan barat yang mereka agung-agungkan,,tokoh-tokoh barat yang mereka junjung,akhirat ditolak ketepi,,dunia menjadi keutamaan..

Sedarlah wahai umat akhir zaman,dunia ini hanya persinggahan sementara.Sebentar lagi dunia ini akan hancur luluh.Dan bekal apa yang kita nak bawa untuk mempertahankan diri kita kelak??Sudah cukupkah iman yang senipis kulit bawang ini sebagai bekal untuk mempertahankan diri kita di hadapan Yang Maha Esa nanti? Saya mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat semua..Marilah kita tambah amal ibadat kita pada bulan yang barakah ini...Ramadhan kareem sahabat-sahabat..!

Friday, August 12, 2011

Kasih Sayang..~


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit". (Riwayat at-Tabrani)

Islam Mementingkan Kasih Sayang
1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim.

2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan ummah.
          قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ قُل لِلّهِ كَتَبَ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ katakanlah"Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?""Katakanlah: "Kepunyaan Allah"". Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman''
( Surah Al-An'am 6 : Ayat 12)

http://www.iluvislam.com/

~open minded.~

Assalamualaikum,sahabat2...alhamdulillah,kali ini saya berjaya buka kembali blog saya..saya mohon maaf pada sahabat2 yang selalu melewati blog saya ini..sudah sebulan lebih saya tidak meng'update' kan blog saya ini dengan artikel-artikel yang baru...bukan kerana malas nak menatap skrin laptop,tetapi,sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerja..masa sangat mencemburui saya...''tak boleh tengok saya senang sedikit''...hurrmm....tambahan pula,apabila saya nak update blog pada minggu lepas,password pula buat hal...nak buka blog tak dapat,,sebab salah password..saya sendiri pun terlupa password saya...tapi,alhamdulillah,hari ini saya dapat buka..memandangkan saya baru pulang dari btn(biro tata negara)..,,saya hendak berkongsi serba sedikit tentang kursus yang saya jalani selama 5 hari berturut-turut..


Biro tata negara....merupakan kursus tentang kenegaraan,wajib dihadiri oleh setiap pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara...sepanjang kursus ini saya dapat banyak info tentang hal-hal kenegaraan,sejarah malaysia dan pelbagai lagi pengalaman yang saya peroleh.Saya bersyukur sangat sebab dapat mengikuti kursus ini.Sebab selama ini,saya tak pernah nak ambil tahu tentang semua ni..saya memang kurang meminati sejarah..tambahan pula yang berkaitan dengan politik..sangat memeningkan kepala saya..saya bukanlah seperti rakan-rakan saya yang lain,,bersemangat dengan politik dalam menyokong parti-parti tertentu..tetapi,saya hanya menyokong di dalam hati..tidak terlalu 'bersemangat' dalam menyokong sesuatu parti...adakah salah jika saya hanya menyokong di dalam hati??sesiapa yang rasa saya salah apabila tidak 'bersemangat' menyokong sesuatu parti politik,,sila berikan sebab yang munasabah di kotak komen di bawah...insyaallah saya terima teguran anda..

Semasa kursus tersebut,kami diperdengarkan dengan pelbagai hal-hal kenegaraan,terutamanya tentang hal pergolakan politik yang sedang melanda negara kita ini...di dalam kursus tersebut,kami dibentangkan tentang sejarah yang berlaku di Malaysia pada zaman dahulu.Bagaimana cina dan india boleh menjadi rakyat Malaysia,sedangkan mereka bukan asal dari negara ini..tidak perlulah saya ceritakan secara terperinci tentang hal itu...ya..saya mengaku,ada betulnya apa yang dikatakan oleh fasilitator tersebut..''Apabila rakyat Malaysia tidak bersatu padu,mungkin negara kita akan dijajah oleh kuasa barat dan sejarah pasti berulang'' Jadi bagaimanakah kita kelak,jika Malaysia di rampas oleh cina,atau india..atau mungkin juga kuasa barat..??mahukah kita menjadi seperti negara-negara lain yang keamanannya sudah hilang entah ke mana..??? Jadi,ayat inilah yang menyebabkan saya terfikir..mengapa kita sesama melayu,yang beragama islam bertelagah sesama sendiri? Kenapa kita tidak cuba untuk sama-sama berjalan menuju ke arah matlamat yang satu,,iaitu berjaya di dunia dan di akhirat..?Barulah negara kita aman dan bebas tanpa campur tangan dari mana-mana kuasa asing...Tidak bolehkah kita cuba bersatu dan bekerjasama untuk mempertahankan negara kita dari dijajah oleh kuasa asing...saya teringin melihat rakyat malaysia yang beragama islam dan berbangsa melayu,bersatu...tanpa ada pergaduhan politk...dan apabila bersatu,masing-masing diberi tugas,untuk mentadbir agama,pembangunan,kewangan,pendidikan,dan sebagainya..

Tetapi,untuk mencapai sesebuah negara yang harmoni,pada hemat saya,kita perlulah mengutamakan syariat agama dahulu.Kerana,tanpa penghayatan agama,pincanglah sesebuah negara...Seperti yang kita lihat di Jepun dan United Kingdom..negara yang dulunya terkenal dengan status negara maju,habis musnah ditimpa bala..Mengapa ini boleh berlaku? Kita lihat,mereka hanya berusaha untuk memajukan negara,tanpa memikirkan agama..dunia ini adalah syurga bagi mereka..maka dengan sebabt itulah Allah s.wt. menurunkan bala yang sekaligus telah memusnahkan segala peralatan teknologi yang mereka ciptakan...Jadi,saya sarankan marilah kita sama-sama bersepakat,bekerjasama,bersepadu untuk mempertahankan negara kita mengikut syariat islam...Insyaallah,dengan redha Allah,negara kita akan terus maju dan berjaya melahirkan masyarakat yang berkualiti dari segi akademik dan agama..Lagi pula,dunia ini akan hancur tidak lama lagi...jadi penghayatan agama lah yang menjadi tunjang untuk kita bersatu padu dalam mempertahankan maruah bangsa dan agama...jangan biarkan kita di pijak-pijak oleh orang kafir..
maaf jika ada yang menyinggung sebarang pihak....jika ada komen sila komen di bawah..
terima kasih...sekian...wallahua'lam..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...