Monday, December 24, 2012

Kalaulah??


Kalaulah kita sedar Allah sedang melihat  kita.
Nak ke kita buat dosa lagi..?
  Kalaulah dosa itu macam batu.
Berapa berat perlu kita angkat?
  Kalaulah pahala itu bagai duit.
Berapa banyak kita boleh simpan dalam akaun?
  Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa,dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka?Atau takut dalam memusuhi mereka..?Atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan..(tetap sama seperti yang biasa kita buat)


Saturday, December 1, 2012

Mengidam: Emosi atau Fitrah?

-Mengidam Dikalangan Ibu Mengandung-

   Mengidam dan kempunan amat sinonim di kalangan wanita-wanita  melayu terutamanya wanita yang sedang mengandung. Dua perkataan ini sering di tafsirkan oleh wanita-wanita melayu yang mana jika tidak dipenuhi maka akan berlaku sesuatu pada anak yang dikandung.  Jadi, di sini adakah 'mengidam' itu merupakan fenomena fitrah atau sekadar emosi yang mana ianya boleh dikawal dengan rasional?

   Menurut kamus pelajar edisi kedua, Mengidam ditakrifkan sebagai, keinginan hendak makan sesuatu terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Manakala kempunan pula dimaksudkan dengan berasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yang diingini. Soalan yang ingin ditimbulkan, adakah  mengidam itu merupakan fenomena fitrah, yang mana jika ianya tidak dipenuhi akan menyebabkan kemudharatan pada diri atau anak yang dikandung itu? Jika ianya dikatogorikan sebagai fitrah maka

Sunday, November 25, 2012

DIA

       Membara semangat DIA untuk mencari pedoman yang entah hilang kemana. Sedang sebelum ini DIA lah yang memberi pedoman kepada SAYA dan seringkali menjadi teman rapat kepada AKU. Kini DIA telah hilang pedoman. Entah mengapa pedoman yang sememangnya teman rapat DIA menghilangkan diri secara tiba-tiba. Hilangya pedoman DIA menjadi bingung tanpa bicara, menjadi tidak keruan ditimpa bencana. Bagi DIA pedoman sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan kehidupan DIA. Pedoman merupakan nadi bagi DIA, apabila ia hilang bagaikan tiada erti lagi kehidupan DIA.

      AKU seringkali meminta bantuan DIA untuk menyelesaikan perbagai kegalauan dan kekusutan dalam diri AKU akan tetapi kini DIA sudah hilang pedoman. Bagaimana mungkin AKU mampu untuk meneruskan hidup ini tanpa DIA. DIA sememangnya yang sering memberi pedoman kepada AKU akan tetapi dengan kehilangan pedoman DIA tidak mampu lagi untuk menuntun AKU dan membantu AKU untuk melaksanakan sesuatu. SAYA hanya mampu bertindak dan pasti sekali tidak mampu untuk bertindak tanpa bantuan AKU dan DIA. Mana mungkin SAYA dapat bertindak tanpa bantuan AKU dan DIA.
      

Tuesday, November 13, 2012

Ujian apakah ini, Ya Allah..?


Sakitnya cintakan makhluq..


Aku disapa angin cinta
pada insan yang tak punya apa..
Aku dicuit angin rindu
pada makhluq yang bernama manusia
Terkadang hatiku berbicara
adakah kehadiranmu ini satu anugerah?
Ataukah sekadar ujian dari Allah?
Untuk menguji sejauh mana cintaku pada-Nya..
setiap saat,setiap detik …

Monday, November 12, 2012

Tanda hidup tak berkat..~

   Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

Thursday, September 13, 2012

Terpedaya Dengan Diri Sendiri



Bismillah . . . . .

Ada ‘pendakwah’ yg kamu dengar asyik mengatakan majoriti ulamak lain tidak mengikut sunnah. Dia sahaja yg betul. Ulamak lain ilmu sangat kurang kononnya. Lalu dia pun membid’ah syirikkan di sana sini.

Wednesday, September 5, 2012

~satu pengalaman~



Assalamualaikum w. b. t...
Apa khabar semua sahabat-sahabat..?? Semoga sihat selalu di bawah lindungan Allah taala,,
MasyaAllah,, rasanya sudah lama saya tidak meng'update' blog ini,, mungkin disebabkan kekangan masa atau 
kehausan idea..hehehe... tiada apa yang ingin saya titipkan di blog ini hari ini, 
hanya untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan...

Tuesday, August 21, 2012

Pengalaman berpuasa dan beraya di perantauan..~




Assalamualaikum w.b.t...to all readers..
Selamat hari raya dan maaf zahir batin ...
كل عام وأنتم بخير
Apa khabar semua? harapnya sihat wal a'fiat lah ye baru lepas bulan Ramadhan ni..
jangan pula anda ditimpa penyakit sebab makan terlalu banyak di hari raya aidilfitri ini..
maaf pada semua pelawat blog ini kerana telah sekian lama saya tidak meng'update'nya...
disebabkan kekangan masa yang tidak mengizinkan saya,jadi agak susah untuk saya curi masa untuk postkan sesuatu di blog..

Monday, July 2, 2012

Ramai lelaki dayus!



BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Ramai lelaki menjadi DAYUS atau tak sedar dirinya dayus.


1) Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya terdedah dan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.


2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

Thursday, June 7, 2012

Epilog Perjalanan Ini...~




Assalamualaikum..to all readers...apa khabar semua?
 Harapnya sihat wal afiat di bawah lindungan Allah taala...hari ini ana saja nak berkongsi satu puisi 
dengan kalian semua..tapi puisi ini bukan ana yang tulis,hamba Allah lain yang menulisnya..
tapi ana tak ingat siapa..puisi ni dh lama dah,,
masa tengah belek-belek fail-fail lama tadi ana terjumpa puisi ni..
puisi ni ana salin dari internet kot...

Monday, June 4, 2012

Kisah Abu Yazid Al-Bustami..~


Kisah Abu Yazid Al-Bustami

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Friday, May 11, 2012

Betapa Malunya Kita Apabila….


Betapa Malunya Kita Apabila….

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yan bersih di muka pintu kita. Apakah yang akan kita lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagi memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Namun mungkin kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di hadapan pintu kerana kita teringatkan VCD rated XXX yang ada di ruang tamu dan dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum…

….Atau kita teringat lukisan wanita separuh bogel yang kita pasang di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan teresa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita ganti kepada gambar wanita separuh bogel yang telah kita susupkan.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita? Barankali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentan lagu-lau barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yan tidak mengetahui sirah Rasulullah kerana kelalaian kita mengajar mereka.

Baginda tentu tetap tersenyum…

……

Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mandi menjadi satu ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah.

Belum lagi koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini…?

…….

Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.
Baginda akan tetap tersenyum…

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan bola dan TV. Barangkali kita merasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluara kita tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.

Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..Apa yang kita akan lakukan..? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita…?

Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjungan Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dengan rasa malu…

…………..

Maafkan kami wahai Rasulullah…
Masihkan baginda tersenyum…?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir….

Oh betapanya malunya hidup kita ketika itu dihadapan mata Rasulullah…
Fikirkanlah…



Sumber: http://ubs-pmram.blogspot.com/


Thursday, March 29, 2012

Sedarilah wahai WANITA!

Assalamualaikum...sahabat-sahabat semua...masa jalan-jalan dalam facebook tadi,terjumpalah satu artikel ni yang dikongsi oleh rakan-rakan facebook ana...terkesan apabila baca pengakuan seorang lelaki yang ana tidak kenali siapa punye artikel..so,ana rasa elok juga kiranya kita 'menyebarluaskan' artikel sebegini untuk kita ambil pengajaran darinya...setelah membaca artikel ni,,MUHASABAHLAH diri masing2...kita sebagai WANITA,Allah dah jadikan kita sebagai sesuatu yang amat bernilai...dalam Al-quran&hadith pun banyak mengangkat martabat seorang wanita..so,hargailah diri sendiri dan teruslah menjadi mutiara di dalam tiram (kalau nak ambik mutiara tu takut luka tangan,kene gigit dengan tiram...heheh)..susah untuk disentuh,cantik terlindung dek cengkerang....semoga bermanfaat untuk semua! ^__^

WANITA.....!!!!!!!!! JANGAN SEKSA LELAKI....!!!

Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.


Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.


Si lelaki ini, masa mula-mula dia duduk di sebelah perempuan tu dia masih dapat ‘control’ lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala.


Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.


Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok ‘real’ kan?”


Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas.


Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.


“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya.


Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?


Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.


Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya.


Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak. You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu.


Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.


Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.


Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”


etapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:


Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.


Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka..


Atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.


Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”


You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak.


Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.


Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri.


Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.



Thursday, March 15, 2012

Pesanan buat wanita...!



Enam pesanan khusus untuk wanita..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.


3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.


4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.


5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.


Dipetik dari: malaysiaria.ning.com





Friday, February 24, 2012

~Muslimah~

Bismillahirrahmaanirrahiim....
Ya Allah,terasa sangat dihargai apabila Allah meletakkan 'Muslimah'
itu sebagai perhiasan dunia...dan sebaik-baik perhiasan dunia itu 
adalah wanita solehah..Islam telah meletakkan Muslimah itu di tempat yang tinggi..
Namun kita sebagai Muslimah perlulah menjaganya dengan akhlak dan pribadi yang mulia,,
supaya nilai seorang muslimah itu tetap tinggi dan dihargai...
Betapa bernilainya seorang wanita itu kerana hanya melakukan 4 perkara ini,
 1.menjaga solat lima waktunya,
2.mentaati suaminya,
3.berpuasa di bulan Ramadhan,
4.menjaga kehormatannya...
seseorang wanita itu dijanjikan syurga..

Tetapi..perlu diingat bahawa,,wanita itu juga amat mudah untuk masuk ke neraka,,hanya kerana mulutnya..
malah boleh mengheret bapanya,suaminya atau saudara lelakinya ke neraka juga jika tidak menjaga 
4  perkara yang telah disebutkan tadi..Jadi berusahalah untuk jadi wanita solehah,yang turut membawa bapanya,suaminya atau saudara lelakinya ke syurga kelak...insyaallah..

''Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, ''Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.'' Yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali,sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.'' (ayat 59,Surah Al-Ahzab)
   

*Sebuah lagu nasyid yang mengagungkan seorang Muslimah...semoga ana dan sahabat-sahabat sejantina 
tergolong di kalangan wanita solehah...amiin...^_^

Saturday, February 18, 2012

Jahiliyah seorang dai'e..~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..!
Bismillahirrahmanirrahim...

Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang al haq ini.

Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat, dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang dai’e yang baru mulai sedar, bahawa dia seorang dai’e!

Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu folder nya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.

Dai’e itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang dai’e!

Ada masa, dia seorang dai’e yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan – twilight, di persisiran rindu, eat pray love, dan bermacam lagi. Dia lah dai’e yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek majalah-majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.

Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang berjam-jam juga dia melekat. Dia dai’e yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini, dan seribu macam lagi interaksi di laman Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.

Dia juga merupakan dai’e yang masih ringan menjaga ikhtilat – masih ber’sms’ dan becakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seorang dai’e yang sudah faham.

Ada waktu pula, dia adalah dai’e yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat ‘bergembira’ seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan rasional bahawa, dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama, dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang dai’e, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday party bukan salah pun.

Sounds familiar? Itulah hakikat seorang dai’e, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya, dai’e yang masih gagal mengikis karat-karat jahiliyah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya – yaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.

Wahai dai’e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

(al-jatsiyah ayat 23)

Wahai dai’e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.

Masih ingatkah kamu wahai dai’e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?

1.Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur’an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sedarkah kamu wahai dai’e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.

Sedarkah kamu wahai dai’e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

Wahai dai’e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”

(albaqarah:42)

Wahai dai’e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.

Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyan nya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggera nya.

Ayuh dai’e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu,benar-benar berjihad!

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(attaubah:39)



Ayuh wahai dai’e, kita maju ke hadapan!

Penulis asal : Eushahida Farizza Raffar

http://eushahidaraffar.com/

Friday, January 27, 2012

. . :Ulul Albab : . .

Ulul Albab merupakan modal insan yang terbaik untuk negara.Di tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan perancangan dilaksanakan.Berasaskan peranan penting modal insan inilah maka Islam memberikan peranan lebih utama terhadap pembangunan dari sudut fizikal.Alasannya begitu jelas,bahawa insan yang terbina akal dan jiwanyalah yang akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syaria't dan mengarahkannya kepada kebaikan. Ini kerana dengan keutuhan rohani,kekentalan jiwa,ketajaman fikiran dan keteguhan sahsiah yang dimiliki mereka benara-benar memahami isyarat perintah dan larangan Tuhan.

Insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas penting ini seringkali dikaitkan dengan ta'arif dalam Al-Quran sebagai mereka yang memiliki akal fikiran yang sempurna(ulul albab) iaitu golongan yang dikatakan dapat mengerti nilai sebuah kehidupan dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Dengan ketaqwaan dan kebijaksanaan yang dimiliki,mereka ini diyakini dapat membawa masyarakat kembali menghayati sepenuhnya kehidupan beriman dan beramal dengan manhaj serta syaria't Islam.




Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang betul. Mereka mementingkan fikir dan zikir. Dalam konteks ini mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam, mereka mengingati Allah sambil berdiri ataupun baring.

“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah ali-’Imran:190-191)

Justeru, ayat 190 dalam surah ali-’Imran berhubung ulul albab merangsang umat islam supaya menjadi saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Al-quran, adalah saintis yang sentiasa mengingati Allah walau di mana sahaja dia berada. Bukan Saintis yang ateis.

Al-Quran menuntut umat Islam yang memiliki minda yang saintifik. Minda yang saintifik pula ialah minda yang kuat berfikir dengan betul, bersifat kritikal, mampu menganalisa data dan fakta, serta mampu  membuat andaian dan konklusi kepada apa yang diserap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan Al-Quran dan dalil. Dalam surah Al-Israk ayat 36 Allah menyatakan,”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.”

“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”-Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran.



Tuesday, January 24, 2012

Kembali bertinta..~

Assalamualaikum to all readers...sudah sekian lama blog ini dibiarkan sepi begitu sahaja..almaklumlah,hidup sebagai seorang mahasiswi yang sibuk dengan pelbagai aktiviti dan pelajaran...tambahan pula sistem pelajaran di Jordan ini bukan seperti di Malaysia..di Jordan exam memang tak pernah putus,dalam satu sem itu tiga kali exam,satu sem pula hanya diperuntukkan empat bulan,bukan seperti di Malaysia satu sem enam bulan. Alhamdulillah..hari ini ana diberikan peluang untuk menitipkan serba sedikit tentang pengalaman ana sepanjang berada di Bumi Syam ini..oleh kerana sekarang sedang cuti semester,ana ambil peluang untuk meng'update' blog yang bersepah ini..

BUMI SYAM..bumi yang UNIK.
Alhamdulillah..syukur sangat ke Hadhrat Ilahi..kerana dengan izinnya lah ana berada di Bumi ini..sebelum ana ke sini,pelbagai ujian yang ana tempuhi..dengan hasutan-hasutan jiran-jiran terhadap Ibubapa ana,agar tidak membenarkan ana belajar di negara ini,katanya bahaya belajar jauh-jauh dan dikatakan pula negara ini tidak aman..(tetapi alhamdulillah,,baik sahaja ana di sini,,aman damai sahaja dengan kehidupan di sini)..ada juga yang mengatakan belajar di Jordan mahal,(ya,,memang mahal,,tapi,alhamdulillah,,Allah masih memberikan rezeki pada hambanya yang bermusafir kerana-Nya,,ada sahaja rezeki Allah bagi,,tidak mengahalang ana untuk terus menuntut ilmu di sni..)dan,ada pula yang mengatakan orang arab di sini jahat,banyak berlaku sumbang mahram,kasar dan sebaginya..(alhamdulillah,,Allah adalah sebaik-baik penjaga..masih lagi selamat tanpa diganggu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab..).ada juga yang mengatakan pelajar jordan ini tidak berkualiti,,banyak yang wahabi,syia'h dan sebagainya...dan inilah yang menambahkan kerisauan terhadap ibu dan bapa ana...dan semua hasutan-hasutan inilah yang menyebabkan ana hampir gagal untuk ke Jordan..tambah pula dengan sogokan Media yang melebih-lebihkan cerita yang  asal..geram,kecewa dan putus asa bercampur menjadi satu..namun,hanya doa dan tawakkal yang mampu ana lakukan..dan akhirnya..alhamdulillah,,Allah memberi keizinan pada hambanya untuk merasa susah dan senang tinggal di Bumi Anbiya'..

Uniknya bumi anbiya' ini dengan pelbagai sejarah islam yang tiada di Malaysia..di sini ana dapat melawat makam para syuhada',,yang terkorban di dalam perang yarmouk dan perang mu'tah..subhanallah,,bau wangi darah syahidnya kekal hingga ke hari ini..alhamdulillah,dapat juga ana hidu bau darah para syuhada'...makam Mua'z bin Jabal,Zaid bin Harithah,dan Jaafar At-Toiyyar.....serta kesan-kesan sejarah seperti tapak perang yarmouk dan mu'tah.. kubu Solahuddin al-Ayubi,Madaba..tempat gereja-gereja lama,,serta tempat yang dikatakan Nabi Isa disalib..dan dari puncak jabal nebo itu ana dapat lihat kubah masjidil Aqsa..walaupun jauh sangat dari jabal nebo,,selain itu,ana dapat lihat tempat kaum Nabi luth dilaknat dek kerana perbuatan kaumnya yang melanggar fitrah sebenar manusia(homeseksual),,iaitu laut mati,sebuah kota yang diterbalikkan lalu jadilah sebuah lautan yang tiada sebarang hidupan pun di dalamnya..kalau nak mandi badan kita akan terapung kerana ketumpatan garamnya yang terlalu tinggi,,hanya garam sahaja yang ada di laut tersebut..ana juga dapat lihat ashabul kahfi,,tempat yang  diceritakan di dalam al-quran(surah al-kahfi),tujuh orang manusia yang ditidurkan oleh ALLAH  selama 309 tahun..dan petra..tempat masyarakat arab hidup dengan memahat gunung-gunung untuk dijadikan rumah...subhanallah..syukur sangat dapat melihat dan menambahkan lagi pengetahuan ana tentang sejarah islam..selama ini hanya mengetahui melalui pembacaan dan cerita orang sahaja,,tetapi kali ini,dapat lihat sendiri di depan mata..

Dan kelebihan berada di Bumi Jordan ini,kita dapat melakukan umrah dan haji dengan tambang yang murah..
kerana ia dekat dengan mekah dan madinah..dan kita juga boleh melawat negara-negara islam yang lain seperti turkey,syria,mesir,lubnan,palestin dan sebagainya..juga dengan tambang yang murah..dan bumi anbiya' ini juga adalah tempat yang mudah maqbul doa..insyaallah..

Secara kesimpulannya,apa-apa pun yang terjadi,itu semua adalah kehendak Allah..ana berada di Jordan ini pun atas kehendak dan izin-Nya..kalau bukan kehendak Allah,,mungkin ana berada di Malaysia sekarang..Rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja,,dan inilah diantara hikmahnya yang ana dapat sepanjang berada di Jordan,,yang penting sekali kebergantungan kita terhadap Allah itu penting..ana masih ingat lagi pesan abah yang tercinta,,''ada masalah mengadu pada Allah dulu,jangan mengadu pada manusia,sebab Allah yang menciptakan kita''..jadi,doa dan tawakkal itu amat penting bagi ana..hubungan dengan Allah harus dijaga dengan baik kerana dialah sebaik-baik pelindung bagi kita..

''Sungguh,Tuhanmu melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki);sungguh,Dia Maha Mengetahui,Maha Melihat haba-hambanya.."-ayat 30,surah Al-Isra'-

dan satu lagi yang ana nak pesan,janganlah dengar cakap-cakap orang sahaja tanpa mengkaji terlebih dahulu kebenaran yang sebenarnya..apabila kita dapat sesuatu maklumat itu kaji dan selidiklah terlebih dahulu..

''Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani,semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.."-ayat 36,surah Al-Isra'-

*Buat abah dan umi,,janganlah risau kak ngah di sini,,Allah ada untuk melindungi k.ngah..insyaallah,k.ngah akan bawa balik ilmu dan pengalaman yang berguna suatu hari nanti..terima kasih sebab izinkan k.ngah di sini,walau berat hati nak melepaskan anakmu ke negeri orang..di sini mengajar k.ngah erti hidup berdikari dan   susah,,dan lebih mendekatkan lagi hubungan dengan Allah..rezeki di sini alhamdulillah,Allah yang bagi rezeki..walaupun ada sekali-sekala ujian Allah bagi,tapi itu mengajar k.ngah erti kesabaran hidup di bumi anbiya'...salam perantauan dari anakmu..

di tiang inilah dikatakan tempat Nabi Isa disalib..-MADABA,JORDAN..


LAUT MATI,,tempat kaum Nabi Luth dilaknat..kaum bani sadum
batu-batu ditepi laut mati yang diselaputi garam,,ketumpatan garam yang sangat tinggi di laut ini menyebabkan
tiada satu hidupan pun boleh hidup di dalamnya..


Makam Jaafar bin abi talib(Jaafar at-toiyyar)
gua ashabul kahfi.
dalam gua ashabul kahfi

ini adalah uyun musa,,air mata air yang keluar dari batu yang diketuk 
dengan tongkat Nabi Musa..air kedua yang terbersih selepas air zam-zam..
-uyun musa,petra,jordan..

petra,,gunung yang dipahat untuk dijadikan tempat tinggal..
penat panjat sampai ke atas..
kubu solahuddin al-ayubi..-karak,jordan.

main salji..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...