Monday, October 31, 2011

Tahsin Al-fatihah (sedikit perkongsian)~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...sahabat-sahabat sekalian...kaifa haalukum?Apa khabar semua?Ya Allah,,sudah terlalu lama saya tidak meng'update'kan blog ini dek kerana kesibukan tugas sebagai seorang mahasiswi..alhamdulillah,,kali ini saya diizinkan oleh-Nya untuk berkongsi sedikit ilmu tentang Tahsin Al-fatihah,,yang saya perolehi dari mengikuti kelas tersebut...setelah mengikuti kelas tahsin al-fatihah ini,,rupanya banyak yang saya tidak tahu,,terdetik di hati,betapa ceteknya ilmu di dadaku ini...syukur alhamdulillah,,kalau tidak kerana izin-Nya,mungkin saya masih di tempat yang lama...apa yang dapat saya kongsikan ialah tentang TAHSIN AL-FATIHAH,..apa itu tahsin al-fatihah?Tahsin bermaksud 'memperelokkan'..maksud keseluruhannya memperelokkan Al-fatihah..
sahabat-sahabat,,sedarkah kita,adakah betul bacaan AL-Fatihah kita selama ini?Terutamanya di dalam solat wajib lima waktu sehari semalam..sudah betulkah tajwid dan makhraj surah Al-Fatihah yang kita baca itu?
Yakinkah kita bahawasolat kita itu diterima oleh Allah?
Jika salah bacaan kita,maka tidak sempurnalah solat kita..
Jadi,,cek n periksa balik betulkah bacaan Al-Fatihah kita selama ini,,dari segi tajwid dan makhraj hurufnya?
Baiklah,,apa yang saya nak kongsi di sini ialah,,ikhtilaf pendapat tentang Bismillah..

*Ijmak ulamak mengatakan 'بسم الله الرحمان الرحيم"  daripada surah an-namlu.
*Pendapat imam syafie' :Bismillah dari ayat Al-Quran(surah Al-fatihah)
*Pendapat imam malik:Bismillah bukan dari ayat al-quran
*Pendapat imam hanafi: Bismillah membezakan/memisahkan antara surah.
 (Kitab Rawaai'ul bayan)

Hukum membaca Bismillah di dalam solat...
Pendapat Imam Malik:Tidak boleh baca Bismillah di dalam solat.
Pendapat Imam Hanafi:Membaca secara sir(rahsia/dalam hati/perlahan)
Pendapat Imam Syafie' :wajib baca Bismillah samada secara  sir atau secara jahar(kuat). 
Pendapat Imam Hanbali:Membaca secara sir dan tidak digalakkan jahar..

هل يقرأ مأموم خلف الأمام؟(Adakah makmum membaca (Al-Fatihah)di belakang imam?

Bagi pendapat Imam Hanafi,,:solat tanpa Al-Fatihah adalah sah,bahkan wajib membaca tiga ayat pendek...ini kerana beliau berpendapat dari dalil al-quran yang bermaksud''Bacalah kamu apa yang mudah dari Al-Quran''-surah al-muzammil,ayat 20.
~Agak terkejut dengan pendapat ini,,maklumlah sebelum ni kita tak pernah kaji pendapat mazhab lain..

Ulamak Jumhur(Imam Malik,Syafie',Hanbali)
Mereka berpendapat 
Imam Syafie' : wajib membaca Al-Fatihah di belakang imam(setelah Imam habis baca)
Imam Malik: kita boleh baca dalam solat sir(solat yang dibaca perlahan,,solat zuhur,dan asar)
Imam Hanafi:hanya imam sahaja yang baca makmum tak perlu baca..sebabnya beliau memegang dalil dari Al-Quran,surah al-a'araf,ayat 204,,''واءذا قرئ القرأن فاستمعوا له" yang bermaksud:"Dan apabila dibacakan alquran maka dengarkanlah dan diamkanlah"
Dan bagaimana pula dengan Taawuz??Pendapat paling raajih(tepat) mengatakan Taawuz hendaklah dibaca secara sir sebelum memabaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lain..

*Jadi sekadar ini dahulu perkongsian dari saya...jika mahukan ianya lebih jelas rujuklah kitab Rawaa'iul Bayan..Insyaallah,,semoga ianya bermanfaat..maaf susunan ayat masih tidak sempurna..disebabkan lama tak update blog..





Wednesday, October 19, 2011

kerinduan malam~


Syahdu ini mendatang lagi,
Terpinga-pinga aku diulit mimpi,
Kian jernih kian nyaman,
Mengaburi setiap langkah serta ruang.
Malam ini dalam lagi,
Sungguh indah berseri-seri,
Di terangi cahaya rembulan,
Jauh meninggalkan awan.
Malam ini,
Aku teringat satu kisah lalu,
Satu kisah yang menerbit di pipi,
Yang datang menghinggap memori.
Waktu dulu...
Kisah ini berlaku takkala umur dan usia ini masih bergelar belasan tahun. Afif merupakan seorang pelajar cemerlang baik dari segi pencapaian akademik mahupun akhlaknya. Sikapnya yang sering mengalah, lemah lembut, menghormati orang lain membuatkan sesiapa sahaja yang berada di sekitarnya akan berasa senang dan selesa sehinggakan dalam diam dan tidak, Afif telah diminati oleh seorang rakan sebaya bernama Asmah. Asmah yang dulunya tidak pernah bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim baginya bagaikan terpukau dek sikap dan perilaku Afif di samping merasakan Afif mampu memimpin dia ke jalan yang diredhai.
Secara tidak sengaja, di dalam satu aktiviti di suatu petang, Afif dan Asmah telah dapat berkenalan dengan lebih rapat dan dari situ bermulalah bibik percintaan walaupun pada mulanya mereka berdua ini malu untuk mengaku memandangkan kedua-dua mereka dididik dalam keluarga yang penuh dengan norma dan cara hidup beragama. Namun, nafsu yang menguasai diri telah mengheret mereka ke lembah yang dibenci oleh Allah S.W.T juga Nabi S.A.W. Percintaan mereka berlanjutan selama setahun sehinggalah satu peristiwa yang menyedarkan Afif bahawa perilaku mereka adalah salah di sisi Islam. Oleh itu, Afif memutuskan untuk meleraikan hubungan yang terbina bukannya atas dasar iman itu.
Kini, mereka berdua bebas dari kancah kehinaan dan kembali ke jalan yang diredhai oleh-Nya.
Alhamdulillah...
Malam itu telah berlalu,
Meninggalkan daku sendiri,
Mengenang sebuah kisah,
Yang sering menyapa diari sendiri.
Moral Cerita: Tiada salah mencintai, tapi cintailah yang halal bagi kamu.
Sumber Grafik: Google Image

Sunday, October 2, 2011

Tatkala diri resah gelisah..!


Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!
Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.
Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusanexam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.
Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.
Setelah ujian datang :
Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.
Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.
Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.
Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan downdan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat
Masih bersedih ?
Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.
Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.
Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...