Tuesday, August 21, 2012

Pengalaman berpuasa dan beraya di perantauan..~




Assalamualaikum w.b.t...to all readers..
Selamat hari raya dan maaf zahir batin ...
كل عام وأنتم بخير
Apa khabar semua? harapnya sihat wal a'fiat lah ye baru lepas bulan Ramadhan ni..
jangan pula anda ditimpa penyakit sebab makan terlalu banyak di hari raya aidilfitri ini..
maaf pada semua pelawat blog ini kerana telah sekian lama saya tidak meng'update'nya...
disebabkan kekangan masa yang tidak mengizinkan saya,jadi agak susah untuk saya curi masa untuk postkan sesuatu di blog..
kali ini, saya hanya nak kongsikan serba sedikit pengalaman saya berpuasa dan beraya
 di perantauan, tempat saya belajar, Jordan.
Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah taala yang memberi peluang untuk saya 
merasai pengalaman berpuasa dan beraya di negara orang..
bumi para anbiya' pulak tu..
banyak pengalaman yang saya perolehi di sini, pelbagai orang pelbagai juga ragam mereka...
satu perkara yang saya kagum dengan sikap orang arab di sini ialah, 
mereka suka bersedekah di bulan Ramadhan..
mereka sangat mengagung-agungkan sedekah pada bulan Ramadhan..
Alhamdulillah, perbelanjaan saya agak jimat pada bulan Ramadhan kali ini, kerana boleh dikatakan 
dua atau tiga kali seminggu pelajar Malaysia akan dapat jemputan dari orang arab..
ada jemputan dari restoran, ade juga dari rumah-rumah orang arab..
bahkan ade juga yang menjemput untuk more di rumah mereka..
Alhamdulillah, memang rezeki daripada Allah tidak putus-putus..
tetapi ada satu perkara yang saya tak suka pada sesetengah orang arab di Jordan ini
ialah tabiat merokok..
jika nak dikatakan tentang tabiat merokok, di Jordan memang lebih ramai yang merokok berbanding 
di Malaysia..boleh dikatakan 95% daripada rakyat jordan ini merokok...
termasuklah wanita..(tapi wanita yang kuat bersosial la)
bagi mereka rokok ini ibarat makanan mereka..
Alhamdulillah,sepanjang bulan Ramadhan yang lepas saya rasa lebih  tenang sebab tak berbau asap rokok..
kalau bukan bulan Ramadhan, Tuhan sahaja yang tahu betapa sesaknya dada saya
sebab bau asap rokok yang sangat meloyakan...
tapi...ada juga yang berpuasa tapi hisap rokok..bila ditanya, ''kamu puasa?'' 
jawabnya, ''saya puasa makanan je, saya tak puasa rokok'' ..
masyaAllah, sampai begitu sekali kesan rokok yang menyebabkan orang tak boleh berhenti merokok 
walaupun separuh hari...tapi mereka masih ada rasa hormat pada orang yang betul-betul berpuasa,,

tapi yang peliknya, mereka kurang berpenyakit..
kalau nak dilihat dengan mata kasarnya,,memang mereka nampak sihat dan kuat..
mungkin disebabkan mereka selalu minum kopi pahit...
minum kopi yang sangat pahit memang amalan mereka.. tapi tak kurang juga manisnya..
halawiyat(manisan) memang kegemaran mereka..
tapi pratus yang mendapat penyakit kencing manisnya kurang...
selain itu, mereka juga amat sukakan air gas, terutamanya pepsi dan coca-cola..
pelikkan?? cuba gabungkan rokok+halawiyat(manisan)+air gas=??
kalau di malaysia, cuba amalkan 3 benda ni,,jadikan ianya amalan harian anda,,lihat apa akan jadi...
sudah tentunya pelbagai penyakit akan menjadi sahabat andakan..??

PENGALAMAN BERAYA DI PERANTAUAN

Sedih..sayu..gembira..rindu family...semua ada ...bercampur baur perasaan tersebut memandangkan
tahun ini kali pertama beraya di perantauan..tapi Alhamdulillah,,dengan ketiadaan family di sini
lagi merapatkan ukhuwwah antara pelajar-pelajar yang tinggal di sini..
baki yang sedikit ini lah saling bertaut antara satu sama lain...
pada hari raya pertama, memang menyedihkan...
kami pelajar-pelajar Malaysia menyambut hari raya pertama di Kedutaan Malaysia( Embassy)..
agak menyedihkan dengan bilangan pelajar yang sedikit, cuaca yang panas, dan waktu yang sekejap di Embassy..tak dapat rasa kemeriahannya..
masuk hari kedua, Alhamdulillah,,rumah kami mengadakan open house...
sangat meriah dengan kehadiran sahabat-sahabat dengan pelbagai ragam mereka...
seronok melayan tetamu sampaikan pukul 10.30 malam baru kunci pintu rumah..
on that day juga saya dapat kongsi ilmu baru yang selama ini saya tak pernah tahu...
sambil-sambil sembang kosong tu, ada sesuatu bermanfaat yang saya dapat..

endingnya,,, happy but the same time rasa sayu jugaklah tak dapat beraya di Malaysia..
by the way...ini satu pengalaman bagi orang-orang yang terpilih...heheh...
*maaflah,post kali ini tak berapa ilmiah,,sebab dh lama tak menulis,,so,takde idea,,jadi,saya hanya ceritakan pengalaman saya berpuasa dan beraya di perantauan...
Assalamualaikum..








2 comments:

  1. salam deq..maaflah ye xdpt dtg beraya..akk x sehat..muntah2 n xsdap badan...dont worry,xde pape pun..salah mkn je..apapun,tahniah dpt buat open house... :)

    ReplyDelete
  2. wsalam..oouh.. ye ke...nanti kitorang dtg melawat akak ekk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...