Monday, July 2, 2012

Ramai lelaki dayus!



BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Ramai lelaki menjadi DAYUS atau tak sedar dirinya dayus.


1) Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya terdedah dan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.


2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.



3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.


6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.


8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki dihilangkan? Tidak sekali-sekali.


9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.


10) Membiarkan isteri dan anak-anak disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.


●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱Muhasabah balik adakah kita seorang lelaki yang dayus atau berani menegakkan kebenaran? bukan membenarkan perkara yang batil dari sisi agama. Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...