Friday, March 25, 2011

~ Menguap..~

Adab Menguap.

1. Menahan menguap sekadar termampu.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w, bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah Taa'la suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah'. Adapun yang menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila salah seorang dari kamu menguap syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila seseorang daripada kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui rongga mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap samada dalam solat atau di luarnya.

3.Makruh mengangkat suara ketika menguap.

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Termizi daripada Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: 
Sesungguhnya Allah Taa'la suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap jangan sampai berbunyi haa..ha.., kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawaknmu. Ibnu As- Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Azzubair r.a, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...