Tuesday, November 13, 2012

Ujian apakah ini, Ya Allah..?


Sakitnya cintakan makhluq..


Aku disapa angin cinta
pada insan yang tak punya apa..
Aku dicuit angin rindu
pada makhluq yang bernama manusia
Terkadang hatiku berbicara
adakah kehadiranmu ini satu anugerah?
Ataukah sekadar ujian dari Allah?
Untuk menguji sejauh mana cintaku pada-Nya..
setiap saat,setiap detik …
hanya kau yang bermain di fikiran..Astaghfirullah...
Ya Allah, ujian apakah ini?
Aku menangis tatkala menanggung derita cinta manusia...
Aku menangis di kala aku alpa
dengan cinta Hakiki-Nya...
cinta yang aku sendiri tidak pasti
berbalas ataupun tidak..
hendak diluah rasa cinta itu,,,
malu menyapa,takut mendatang...
Lalu,jiwa sakit menanggung derita cinta...

SYAITAN...SYAITAN...SYAITAN....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ada saja idea engkau untuk melalaikan manusia dari mengingati-Nya...
engkau memang bijak bermain tarik tali...
supaya aku turut terjun bersamamu ke neraka Jahannam...(nauzubillah)
tahukah engkau aku cukup derita menanggungnya...?!
Aku cukup sakit menahan rindu...
Aku cukup siksa menepisnya dari terus bertapak di fikiran

Namun,
aku masih punya fitrah Iman...
hatta walau senipis kulit bawang...
aku cuba untuk tidak tergelincir,,
dari landasan yang betul..

Doa aku titipkan pada-Nya
agar cintaku pada-Nya tidak tersasar jauh..
serta
mencintai Imamku yang mencintai Pencipta kepada CINTA..
lebih dari segala-galanya...


<3 BUAT BAKAL IMAMKU,
aku tahu kau seorang yang kuat,,tabah,dan cekal
dalam mengharungi mehnah kehidupan
berlandaskan Al-quran & sunnah..
aku tahu kau juga sedang berusaha
keras untuk melawan nafsu
dan mengukuhkan lagi benteng keimananmu
dengan Ad-diinul islam,
demi keluarga kita kelak......
Buat pengetahuanmu juga,
aku juga begitu,,sedang bermujahadah melawan nafsu,
dari terus menguasai diri,,dan aku juga sedang mempersiapkan diri
untuk menjadi Bidadari di hadapanmu kelak...
untuk menjadi penggoncang buaian
buat tentera-tentera agama kita kelak...
aku bukan sahaja mahu menjadi penggoncang buaian tentera-tentera kita..
tetapi...
mempersiapkan mereka untuk menjadi tentera-tentera yang hebat untuk islam,
hebat dari segi shakhsiah,ilmu dan amalan
berbentengkan aqidah yang salim,
dan taqwa yang tinggi terhadap-Nya..
yang bersedia menjadi pembela kepada islam
dari terus diinjak-injak dek musuh islam laknatullah....

Wahai bakal imamku,,
Marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri kita,
demi Ad-dien yang mulia,,
bagaimana kita nak mempersiapkan tentera-tentera kita
jika kita sendiri masih hanyut dibuai kenikmatan dunia??
bagaimana kita nak memperkukuh benteng keimanan mereka
jika iman kita masih goyah dengan kecintaan dunia,
Marilah kita sama-sama muhasabah diri,
adakah sudah kukuh benteng keimanan kita untuk mempersiapkan
tentera-tentera kita kelak..?
Jika belum kukuh benteng keimanan kita,perkukuhkanlah dahulu,
agar senang untuk kita persiapkan mereka demi Ad-Dien yang mulia...

''Ya Allah,temukan aku dengan bakal Imamku yang mencintai-Mu
lebih dari segala-galanya...''
*Imam yang aku belum pasti siapa gerangannya*

~bakal makmummu,
Nur Afiefah binti Amir,
 Mafraq,Jordan..~








5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...