Friday, January 27, 2012

. . :Ulul Albab : . .

Ulul Albab merupakan modal insan yang terbaik untuk negara.Di tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan perancangan dilaksanakan.Berasaskan peranan penting modal insan inilah maka Islam memberikan peranan lebih utama terhadap pembangunan dari sudut fizikal.Alasannya begitu jelas,bahawa insan yang terbina akal dan jiwanyalah yang akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syaria't dan mengarahkannya kepada kebaikan. Ini kerana dengan keutuhan rohani,kekentalan jiwa,ketajaman fikiran dan keteguhan sahsiah yang dimiliki mereka benara-benar memahami isyarat perintah dan larangan Tuhan.

Insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas penting ini seringkali dikaitkan dengan ta'arif dalam Al-Quran sebagai mereka yang memiliki akal fikiran yang sempurna(ulul albab) iaitu golongan yang dikatakan dapat mengerti nilai sebuah kehidupan dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Dengan ketaqwaan dan kebijaksanaan yang dimiliki,mereka ini diyakini dapat membawa masyarakat kembali menghayati sepenuhnya kehidupan beriman dan beramal dengan manhaj serta syaria't Islam.




Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang betul. Mereka mementingkan fikir dan zikir. Dalam konteks ini mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam, mereka mengingati Allah sambil berdiri ataupun baring.

“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah ali-’Imran:190-191)

Justeru, ayat 190 dalam surah ali-’Imran berhubung ulul albab merangsang umat islam supaya menjadi saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Al-quran, adalah saintis yang sentiasa mengingati Allah walau di mana sahaja dia berada. Bukan Saintis yang ateis.

Al-Quran menuntut umat Islam yang memiliki minda yang saintifik. Minda yang saintifik pula ialah minda yang kuat berfikir dengan betul, bersifat kritikal, mampu menganalisa data dan fakta, serta mampu  membuat andaian dan konklusi kepada apa yang diserap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan Al-Quran dan dalil. Dalam surah Al-Israk ayat 36 Allah menyatakan,”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.”

“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”-Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...