Saturday, September 24, 2011

~Kebejatan nilai dalam kalangan mahasiswa,,salah siapa??

Assalamualaikum..sahabat-sahabat....alhamdulillah kali ini ana diberi kelapangan waktu untuk melakar tinta di blog ini...syukur juga terhadap-Nya,,dengan izin-Nya selesai juga 
Minggu Haluan Siswa(MHS) yang diadakan di universiti aal-albayt selama dua hari..
alhamdulillah,,banyak yang ana dapat dari mengikuti MHS ini..

Apa yang ana nak utarakan di sini ialah tentang tajuk di atas..inilah tajuk yang menarik perhatian ana dalam sesi debat terbuka antara mahasiswa@mahasiswi baru...semuanya berbakat dalam perdebatan..
Kebejatan nilai dalam kalangan mahasiswa,salah siapa??
adakah salah ibu mengandung@ bapa yang membesarkan kita?
adakah salah rakan sebaya?
adakah salah media masa yang menyiarkan pelbagai informasi kepada kita?
adakah salah kerajaan?
adakah ianya salah masyarakat sekeliling yang hanya tahu memandang dan menuding jari?
adakah salah pendidik yang tidak mendidik dengan sempurna?
ataupun salah ulama' yang tidak menyebarkan ilmunya kepada kita?

inilah punca-punca  bagi tajuk di atas yang diperdebatkan di dalam dewan semalam...
kami dibahagikan tujuh kumpulan mengikut punca-punca di atas..
kami selaku mahasiswa dan mahasiswi barulah yang menggegarkan dan menghangatkan dewan tersebut.
saling menyalahkan antara satu sama lain..
ramai yang menyalahkan ibu bapa,media masa dan rakan sebaya...
kerana ini adalah faktor-faktor yang selalu kita dengar,antara punca yang merosakkan nilai seseorang pelajar..

sedang mereka hangat memperdebatkan isu ini,ingin sahaja saya mencelah,kerana bagi saya ianya adalah salah diri sendiri..
tetapi disebabkan ''salah diri sendiri'' tidak diutarakan dalam isu debat tersebut,,saya mendiamkan diri..
rupa-rupanya ada udang di sebalik batu,mengapa ia tidak mengutarakan faktor,''salah diri sendiri'

di akhir sesi perdebatan,speaker dewan menyuarakannya...
''hebat..!! hebat..!!..kalian adalah mahasiswa&mahasiswi yang hebat dan mempunyai bakat dalam perdebatan..(lebih kurang begitulah ayatnya)..
''tetapi,mengapa kamu tidak fikir,ianya merupakan salah diri sendiri..ianya bukan salah sesiapa..(dan banyak lagi yang disebutkan oleh speaker dewan semalam)..

saya terifikir,,'ooh..inilah punca yang sebenar..telah kufikirkan tadi,,tetapi mengapa tiada kekuatan untuk 
menyuarakannya..'  rasa menyesal menyelubungi diri.tapi tidak mengapa,jika diberi peluang untuk berdebat,saya akan memberanikan diri..insyaAllah..

berbalik pada tajuk yang sebenar,,
ya..betul..sebenarnya ia bukanlah salah sesiapa..
ia bukan salah ibu mengandung,
ia bukanlah salah rakan sebaya,,
mahupun salah masyarakat,kerajaan,,ulama',pendidik media masa dan sebagainye..
ia merupakan SALAH DIRI SENDIRI..kita yang salah...
satu jari telunjuk kita tuding,empat lagi jari yang lain akan berbalik kepada diri kita sendiri..
ya,,mungkin faktor-faktor di atas adalah puncanya ..ianya tidak dinafikan..
tetapi mereka sudah menjalankan tugas mereka masing-masing..walaupun ada cacat celanya,,
saya percaya mereka telah cuba menjalankan tugas yang terbaik..
cuma,biasalah,,mungkin ada yang kurang..manusia memang tidak sempurna..
TETAPI,kita sendirilah yang sepatutnya dipersalahkan..
kita selaku mahasiswa,sepatutnya sudah tahu menilai yang mana kaca,yang mana permata..
dan yang mana perlu di ambil untuk menghias diri kita menjadi cantik dan berkualiti..
seorang mahasiswa@mahasiswi sepatutnya tidak perlu mengharap orang lain mengubah diri kita..kitalah yang perlu mengatur hidup kita mengikut acuan yang betul...jika tidak tahu untuk mengatur hidup carilah ALQURAN &SUNNAH...ikutlah segala perintah Allah,,supaya kita sentiasa hidup dalam Redhanya..malah dilindungi dan dijauhkan dari terjebak dengan perkara-perkara yang merosakkan diri...
jadi,apa-apa yang berlaku pada diri kita,muhasabahlah..ianya salah siapa..?
jangan hanya tahu menuding jari tanpa memikirkan ia sebenarnya salah diri sendiri..
~MUHASABAH~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...