Sunday, May 29, 2011

~Hadis Rasulullah mengenai wanita.~

Sahabat-sahabat,Rasulullah tinggalkan umatnya dengan Al-quran dan Hadith..sesiapa yang berpegang dengan dua benda yang tidak ternilai ini,maka hidupnya akan berjaya dan jalannya sentiasa terbuka luas untuk mengejar kejayaan dunia dan lebih-lebih lagi akhirat..Pada post kali ini saya titipkan beberapa hadith Rasulullah mengenai wanita..sebenarnya banyak lagi hadith-hadith mengenai wanita..tetapi,memandangkan masa amat mencemburui saya,tidak sempat untuk saya mencari lebih banyak lagi hadith-hadith Rasulullah mengenai wanita..insya-Allah di lain waktu saya akan cuba cari dan huraikannya untuk perkongsian bersama....semoga hadith-hadith di bawah ini dapat memberi peringatan kepada kita untuk memperbaiki diri dan akhlak kita sebagai wanita...Ayuh..! sama-sama kita martabatkan kaum wanita dengan akhlak yang terpuji..

*Dunia ini ialah perhiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).


*Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi,agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

*Wanita apabila ia sembahyang lima waktu,puasa sebulan Ramadhan,memelihara kehormatan serta taat pada suami,maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,Thabrani,Anas bin Malik).


*Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,tiada nur baginya.(Riwayat Tarmizi).


*Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya,tidak diterima sembahyangnya,sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

***Semoga saya dan sahabat-sahabat yang lain tergolong dalam wanita Ahlul Jannah...marilah kita sama-sama perbaiki diri dan akhlak untuk menjadi perhiasan dunia yang paling agung di mata-Nya...''Wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik,dan wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji''

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...