Sahabat-sahabat..,dalam kita tidak sedar,kita adalah umat Nabi Muhammad yang hebat..kita diberi kelebihan oleh Allah dengan sifat dan jati diri yang kuat..hanya kita yang tidak tahu atau tidak mahu menggunakan kehebatan yang ada pada diri kita.Tahukah sahabat-sahabat sekalian tentang tokoh-tokoh islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa' Ar-Rasyidin juga pada zaman tabi' dan tabi'in?Saya tahu,mungkin sahabat-sahabat lebih mengetahui dan lebih kenal daripada saya...tetapi sengaja saya post kan di blog saya sebagai perkongsian ilmu,kerana mungkin ada yang belum tahu tentang kehebatan tokoh-tokoh islam ini..
Sama ada kita sedar atau tidak Ramadhan telah mengukir sejarah yang tersendiri dalam pembinaan kejayaan jiwa insan yang benar-benar menghayatinya. Di sini ada beberapa peristiwa yang menunjukkan kejayaan umat Islam yang terpahat dalam lipatan sejarah di Bulan Ramadhan..
*Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah,dan umat islam telah mencapai kejayaan.
*Pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun ke 8 hijrah.
*Berhala-berhala yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dan kota Makkah, dihancurkan pada bulan Ramadhan oleh Nabi Muhammad pada tahun ke 8 hijarah.
*Kerajaan islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadhan tahun 15 hijrah.
*Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun 584 hijrah.
*Mesir dan Syria menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 hijrah.
~Sahabat-sahabat,sebenarnya banyak lagi tokoh-tokoh yang sanggup berjuang pada bulan Ramadhan.Ini hanyalah sebahagian daripada mereka.Subhanallah,,lihatlah sahabat-sahabat,,,betapa hebatnya mereka yang sanggup berjuang demi mempertahankan agama islam.Walau dalam keadaan lapar dan dahaga,jiwa mereka sangat kental untuk memperjuangkan agama kita...tetapi,apa sudah jadi dengan umat di akhir zaman ini? Masih ramai lagi umat islam yang tidak mahu menunaikan salah satu daripada Rukun Islam ini,,iaitu berpuasa di bulan Ramadhan..mereka memberikan alasan penat bekerja.Astaghfirullah...tidakkah mereka fikir,tokoh-tokoh islam ini lebih kuat cabaran dan dugaan yang mereka lalui..dalam keadaan panas gersang padang pasir,ditambah pula dengan perut yang lapar dan dahaga,tetapi tetap menunaikan perintah Yang Maha Esa.Berperang pada bulan Ramadhan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan..subhanallah..betapa hebatnya mereka mempertahanlkan agama islam..Sedih melihat sesetengah umat akhir zaman ini,,islam hanya pada nama,tetapi tidak pernah mahu menunaikan 5 rukun islam..mereka hanya memandang enteng dan tidak mengambil berat sedikit pun tentang rukun islam ini...kehidupan barat yang mereka agung-agungkan,,tokoh-tokoh barat yang mereka junjung,akhirat ditolak ketepi,,dunia menjadi keutamaan..
Sedarlah wahai umat akhir zaman,dunia ini hanya persinggahan sementara.Sebentar lagi dunia ini akan hancur luluh.Dan bekal apa yang kita nak bawa untuk mempertahankan diri kita kelak??Sudah cukupkah iman yang senipis kulit bawang ini sebagai bekal untuk mempertahankan diri kita di hadapan Yang Maha Esa nanti? Saya mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat semua..Marilah kita tambah amal ibadat kita pada bulan yang barakah ini...Ramadhan kareem sahabat-sahabat..!
تقبل الله منا ومنك
ReplyDeletesmoga Allah menerima amalam kami dan kamu :)
perkongsian yang menarik ^_^