Friday, September 9, 2011

~Fly ke Jordan..~

بسم الله الرحمن الرحيم,,السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi,ana diberikan masa olehnya untuk menitipkan seerba sedikit tentang diri ana ketika mula-mula menjejakkan kaki di bumi Urdun(Jordan)..Subhanallah walhamdulillah,,syukur yang tidak terhingga kerana dengan izin-Nya dapat juga ana menjejakkan kaki di bumi Urdun...ketika menunggu surat tawaran yang memang tak kunjung tiba,Ya Allah,ana hampir putus asa,ingat kan tak jadi datang urdun dah..rupanya memang kami tidak diberi surat tawaran,yang ada hanya surat pengesahan..jadi ana telefon pihak KPT,dan bertanyakan tentang hal ini,samada ana dapat ketidak tawaran ke jordanni,,Alhamdulillah,ana dapat tawaran menyambung pengajian ke Universiti Aal Al-Bayt,di Mafraq,Jordan.

Subhanallah,mula-mula sampai di bumi syam ini,ana begitu teruja,macam tak percaya ana sekarang di bumi syam..inikah bumi syam yang disebut-sebut di dalam Al-quran,,bumi di mana tempat Nabi Lut berjuang menyebarkan islam..tapi disebabkan kaumnya  ingkar bumi ini dilaknat oleh-Nya..

Ketika DI Airport,KlIA....

Ana hairan dengan sesetengah sikap manusia ini...mahu dikatakan jahil (tidak berilmu), takkanlah benda sebegini yang sudah terang lagi bersuluh pun tidak tahu hukumnya..satu kejadian yang tidak diduga berlaku ke atas diri ana dan sahabat ana..ana ringkaskan,,ketika kami diberikan tiket flight dan pasport,ana dan beberapa sahabat ana yang lain dipanggil oleh syarikat travel tersebut..tak perlulah ana sebutkan nama syarikat tersebut..kami dipanggil kerana membawa barang melebihi kilo yang ditetapkan..kata syarikat tersebut,flight Omman Air diberi had hanya 30kg sahaja...kata seorang sahabat ana yang pernah menjual tiket kapal terbang pula,Omman Air diberi had sebanyak 40 kg...Jadi,ana bawalah 35 kg...ana fikir,''takpe,kalau ikut group boleh je cover,sebab ada yang bawa kurang kilonye..''  tup tup, tiba di KLIA,ana dan beberapa sahabat ana yang lain didenda,1kg didenda sebanyak RM90...so,terpaksalah kami bayar..ana dikenakan bayaransebanyak RM450...ralat juga rasanya RM450 melayang begitu sahaja...sedangkan,kata senior-senior sebelum ni,mereka membawa lebih muatan pun tidak didenda kerana pergi dengan grouping..itu yang membuatkan ana merasa hairan..

Setelah membayar denda tersebut,ana masuk ke balai berlepas.Tiba-tiba ada seorang lelaki menegur ana ''maaf cik,saya nak tanya,tadi ada tak orang mintak bayar denda sebab terlebih muatan?''  saya pun jawab,ada..''tolong telefon ayah awak sekarang dan suruh ayah awak minta balik duit denda tu.Agen syarikat tersebut menipu awak,sebenarnya Omman Air diberi had muatan sebanyak 40kg'' Apalagi,saya pun teefon ayah saya untuk menyatakan hal tersebut..ayah ana contact syarikat tersebut untuk bertanyakan hal ini,,syarikat tersebut susah nak mengaku sehinggakan ayah ana mengugut untuk menaikkan kes ini kepada pihak polis,barulah syarikat tersebut mengaku..dan bejanji akan memasukkan duit tersebut ke akaun ana hari isnin ini..harap ditunaikan janjinya itu,,jika tidak biarlah tuhan membalas segala perbuatannya yang menganiayai orang yang sedang bermusafir untuk menuntut ilmu...besar dosanya itu...tidakkah mereka takut akan azab Allah di akhirat kelak..?tamakkan harta sehinggakan sanggup menipu kami yang masih tiada kemampuan dari segi kewangan...inilah sikap sesetengah masyarakat yang tidak bertanggungjawab,,hanya mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan keadaan kami yang masih memerlukan wang untuk belajar...

semoga Allah membuka hatinya untuk bertaubat dan menggantikan duit kami yang amat sangat diperlukan untuk belajar mencari ilmu agama..ameenn....

1 comment:

  1. MashaAllah, sampai begitu sekali ujian yang dihadapi,

    Inilah tanda ALlah sentiasa bersama mu ya anti ;)

    Sampaikan my salam kepada tanah bumi SYam eh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...