Friday, August 12, 2011

~open minded.~

Assalamualaikum,sahabat2...alhamdulillah,kali ini saya berjaya buka kembali blog saya..saya mohon maaf pada sahabat2 yang selalu melewati blog saya ini..sudah sebulan lebih saya tidak meng'update' kan blog saya ini dengan artikel-artikel yang baru...bukan kerana malas nak menatap skrin laptop,tetapi,sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerja..masa sangat mencemburui saya...''tak boleh tengok saya senang sedikit''...hurrmm....tambahan pula,apabila saya nak update blog pada minggu lepas,password pula buat hal...nak buka blog tak dapat,,sebab salah password..saya sendiri pun terlupa password saya...tapi,alhamdulillah,hari ini saya dapat buka..memandangkan saya baru pulang dari btn(biro tata negara)..,,saya hendak berkongsi serba sedikit tentang kursus yang saya jalani selama 5 hari berturut-turut..


Biro tata negara....merupakan kursus tentang kenegaraan,wajib dihadiri oleh setiap pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara...sepanjang kursus ini saya dapat banyak info tentang hal-hal kenegaraan,sejarah malaysia dan pelbagai lagi pengalaman yang saya peroleh.Saya bersyukur sangat sebab dapat mengikuti kursus ini.Sebab selama ini,saya tak pernah nak ambil tahu tentang semua ni..saya memang kurang meminati sejarah..tambahan pula yang berkaitan dengan politik..sangat memeningkan kepala saya..saya bukanlah seperti rakan-rakan saya yang lain,,bersemangat dengan politik dalam menyokong parti-parti tertentu..tetapi,saya hanya menyokong di dalam hati..tidak terlalu 'bersemangat' dalam menyokong sesuatu parti...adakah salah jika saya hanya menyokong di dalam hati??sesiapa yang rasa saya salah apabila tidak 'bersemangat' menyokong sesuatu parti politik,,sila berikan sebab yang munasabah di kotak komen di bawah...insyaallah saya terima teguran anda..

Semasa kursus tersebut,kami diperdengarkan dengan pelbagai hal-hal kenegaraan,terutamanya tentang hal pergolakan politik yang sedang melanda negara kita ini...di dalam kursus tersebut,kami dibentangkan tentang sejarah yang berlaku di Malaysia pada zaman dahulu.Bagaimana cina dan india boleh menjadi rakyat Malaysia,sedangkan mereka bukan asal dari negara ini..tidak perlulah saya ceritakan secara terperinci tentang hal itu...ya..saya mengaku,ada betulnya apa yang dikatakan oleh fasilitator tersebut..''Apabila rakyat Malaysia tidak bersatu padu,mungkin negara kita akan dijajah oleh kuasa barat dan sejarah pasti berulang'' Jadi bagaimanakah kita kelak,jika Malaysia di rampas oleh cina,atau india..atau mungkin juga kuasa barat..??mahukah kita menjadi seperti negara-negara lain yang keamanannya sudah hilang entah ke mana..??? Jadi,ayat inilah yang menyebabkan saya terfikir..mengapa kita sesama melayu,yang beragama islam bertelagah sesama sendiri? Kenapa kita tidak cuba untuk sama-sama berjalan menuju ke arah matlamat yang satu,,iaitu berjaya di dunia dan di akhirat..?Barulah negara kita aman dan bebas tanpa campur tangan dari mana-mana kuasa asing...Tidak bolehkah kita cuba bersatu dan bekerjasama untuk mempertahankan negara kita dari dijajah oleh kuasa asing...saya teringin melihat rakyat malaysia yang beragama islam dan berbangsa melayu,bersatu...tanpa ada pergaduhan politk...dan apabila bersatu,masing-masing diberi tugas,untuk mentadbir agama,pembangunan,kewangan,pendidikan,dan sebagainya..

Tetapi,untuk mencapai sesebuah negara yang harmoni,pada hemat saya,kita perlulah mengutamakan syariat agama dahulu.Kerana,tanpa penghayatan agama,pincanglah sesebuah negara...Seperti yang kita lihat di Jepun dan United Kingdom..negara yang dulunya terkenal dengan status negara maju,habis musnah ditimpa bala..Mengapa ini boleh berlaku? Kita lihat,mereka hanya berusaha untuk memajukan negara,tanpa memikirkan agama..dunia ini adalah syurga bagi mereka..maka dengan sebabt itulah Allah s.wt. menurunkan bala yang sekaligus telah memusnahkan segala peralatan teknologi yang mereka ciptakan...Jadi,saya sarankan marilah kita sama-sama bersepakat,bekerjasama,bersepadu untuk mempertahankan negara kita mengikut syariat islam...Insyaallah,dengan redha Allah,negara kita akan terus maju dan berjaya melahirkan masyarakat yang berkualiti dari segi akademik dan agama..Lagi pula,dunia ini akan hancur tidak lama lagi...jadi penghayatan agama lah yang menjadi tunjang untuk kita bersatu padu dalam mempertahankan maruah bangsa dan agama...jangan biarkan kita di pijak-pijak oleh orang kafir..
maaf jika ada yang menyinggung sebarang pihak....jika ada komen sila komen di bawah..
terima kasih...sekian...wallahua'lam..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...