Assalamualaikum..kepada semua sahabat-sahabat..alhamdulillah,dengan limpah dan kurnia-Nya,ana diberi kekuatan untuk menitipkan kalam bicara di wadah bicara ini...sudah lama rasanya ana tidak meng-updatekan blog ini..memandangkan ana baru sahaja pulang dari taklimat ISMEP(Islamic Studies of Middle East Program),kali ini ana akan meceritakan pengalaman ana dan peserta-peserta lain sepanjang program tersebut..
Selama 2 hari 1 malam ana di sana sudah cukup menambahkan pengalaman dan kenangan yang amat berharga buat ana.Peserta yang mengikuti program tersebut seramai 13 orang sahaja. 4 perempuan 9 lelaki,Wakil daripada perak.7 orang pelajar dari Akademi Ikatan Muslimin,4 orang dari SARJANA(Sekolah Nazreen Shah),Dan yang amat menyedihkan hanya 2 orang dari SERATA(Sekolah RJ,Perempuan Taayah).Padahal peserta yang mendaftarkan diri dari SERATA seramai 9 orang.Tatkala sudah hampir pada tarikh yang dijanjikan, mereka seramai 7 orang menarik diri.Walaupun ramai yang telah menarik diri dari mengikuti program tersebut,ana dan hidayah samad tidak patah semangat untuk meneruskan rancangan mengikuti program itu.
21/1/2011
Pada tarikh ini,ana serta rakan-rakan yang mengikuti program tersebut diminta berkumpul di Bangunan Akademi Ikatan Muslimin,Gopeng,Perak. Kami diminta berkumpul sebelum jam 5 petang. Kerana tepat jam 5 petang kami akan bertolak ke sana.Itulah yang dirancangkan.Namun kita hanya merancang,DIA yang menentukan. Kami bertolak tidak tepat pada jam 5 petang. Mungkin disebabkan ada sedikit masalah teknikal.Dan alhamdulillah,jam 6.15 petang kami bertolak ke pulau pinang.Waktu yang sepatutnya tiba pada pukul 9 malam menjadi lewat disebabkan berlaku kesesatan di lebuhraya bukit mertajam. Ini semua gara-gara driver yang memandu van peserta-peserta lelaki itu memecut laju (kerana perut lapar dan semata-mata nak cari gerai nasi kandar) lalu meninggalkan kami berlima(ana,hidayah,masliana,tasnim dan kak balqis) jauh di belakang. Masyaallah..jalan di p.pinang amatlah memeningkan kepala.Lalu kami tersesat jauh menuju ke Bukit Mertajam dan Ipoh mengikut singboard. Kalau tidak diusahakan mencari Uturn untuk balik semula ke SG.DUA,mungkin kami akan pulang ke ipoh semula..hahahahhh...tapi,dengan izin Allah,kami masih diberi peluang untuk mengikuti program tersebut.Kasihan kak balqis,dia lah yang paling penat di antara kami berlima..nak tahu sebab apa??sebab dialah driver kami..hihihi..
Pusing punya pusing,akhirnya kami sampai juga di gerai nasi kandaq...disebabkan perut yang berkeroncong meminta untuk diisi kami orderlah nasi kandaq..bagi orang p.pinang,nasi kandaq ini adalah menu yang paling mereka gemari.Itulah kali pertama ana merasai nasi kandaq oghang pineng..fuhhh...kali pertama mencubanya dan kali pertama jugalah ana makan makanan yang paling pedas dan berasap...hahahhh...walaupun pedas,ana habiskan juga kerana masakannya yang enak.Selsema dibuatnya oleh tukang masak itu,kerana makan masakannya yang teramat pedas...tapi sedap..
Setelah habis makan,kami menuju ke taska.Kerana di situ lah kami menginap.Free..tanpa dikenakan bayaran..Kami sampai di taska tersebut pada pukul 11.30 malam..memang amat memenatkan..baru sahaja sampai,Allah hantarkan tetamu dari USM datang melawat kami..maklumlah kami kan datang dari jauh..alhamdulillah..ada juga orang yang sanggup datang hampir jam 12 malam semata-mata nak jenguk kami.Semua kakak-kakak USM itu baik-baik belaka..sempat kami bertanya khabar dan berkenalan sesama sendiri..walaupun hanya sekejap,ianya telah membina satu ikatan ukhwah di antara kami...Subhanallah..baiknya mereka..
setelah mereka pulang,kami terus melelapkan mata dek kepenatan yang teramat sangat..
22/1/2011
Seawal jam 5 pagi kami bangun kerana telah dikejutkan oleh nyamuk-nyamuk liar yang amat mencemburui kami..haiissy..nak tido pun tak boleh..=)
Kami bersiap-siap untuk ke taklimat tersebut.Tepat jam 7 pagi kami bertolak ke Masjid Jamek Seberang Jaya,Seberang Prai. Tidak sempat bersarapan pagi kerana majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi. Setelah mendaftarkan diri kami masuk ke dewan masjid tersebut untuk mendengar taklimat.Semua yang memberi taklimat tersebut adalah bekas pelajar dari Mesir.Jadi ia banyak menekankan pengajian di Mesir.Kata penceramah tersebut,mereka ada wakil pelajar dari Jordan tetapi,pelajar tersebut telah pulang semula ke Jordan sebelum tarikh taklimat itu.Itulah yang membuatkan ana sedikit terkilan. Namun tidak mengapa.Ada hikmahnya di sebalik itu.Ana telah mendapat banyak info tentang pengajian ke Mesir yang dibentangkan dalam taklimat tersebut.Dan info-info yang ana dapat inilah membuatkan ana pening kepala untuk memilih pengajian di Mesir atau Jordan.Kedua-dua negara tersebut banyak kelebihannya..apapun ana akan lakukan istikhoroh..
* Sampai di sini sahajalah yang dapat ana ceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman ana sepanjang taklimat tersebut.Rasanya sudah terlalu panjang ana menulis..Namun,masih belum selesai lagi kalam bicara yang hendak ana titipkan di sini..Atas permintaan rakan-rakan,ana dikehendaki berkongsi maklumat atau info yang diberitahu dalam seminar tersebut.Akan ana coretkan segala maklumat yang ana dapat selepas ini..
No comments:
Post a Comment