Cinta??
Sebenarnya ada apa dengan cinta,sampaikan orang boleh tergila-gilakannya..? Hurmm..entahla..aku pun tak tahu..jujur aku katakan yang aku tidak pernah merasakan kenikmatan bercinta/ lebih dikenali couple.Sememangnya dari dulu lagi aku memang single.Namun,aku juga manusia..yang punya nafsu,ingin dicintai dan mencintai..cinta itu fitrah..
Ingin Bercinta...
Aku mengaku,semasa di tingkatan 3 dulu,aku terasa ingin ,mengenali cinta.Ingin mempunyai couple seperti rakan-rakanku.Bila lihat mereka bahagia dengan pasangan masing-masing,berSMS,bergayut dengan handphone,saling memberi hadiah dan sebagainya.Memang membuatkan aku goyah.Jiwa remajaku memberontak.Memang aku ingin sangat bercinta dek kesunyian yang aku rasai.Melihat rakan-rakan sibuk melayan pasangan masing-masing,aku tinggal keseorangan.Namun tidak semua rakanku mempunyai couple.
Padahal,pada hakikatnya aku tidak mahu berperasaan begitu.Ia sungguh menyakitkan.Aku bermonolog dengan diriku,mengapa perasaan ini hadir tatkala aku masih di alam persekolahan.Masih banyak ilmu yang perlu aku cari.Kenapa?kenapa?kenapa?Bagiku,ia amat meyakitkan.Perasaan ini amat menyakitkan!
Namun,Allah Maha Mengetahui.Alhamdulillah..Allah tidak menemukan aku dengan mana-mana lelaki.Allah hanya menguji aku dengan perasaan sebegini.Aku bersyukur sangat kerana Allah melindungiku daripada 'couple'.Kalimat suci 'i love you',tidak pernah aku lafazkan pada sesiapa pun yang belum layak untuk panggilan itu.Masih tersemat indah dalam sanubariku.Ya..aku tekad dan berjanji pada diriku,yang kalimat ini untuk orang yang sudah menjadi pelindungku,suatu hari nanti.
Diuji lagi..
Semasa aku di tingkatan 5,aku diuji lagi.Kali ini bukan dengan perasaan ingin bercinta.Tetapi dengan kehadiran seorang lelaki, iaitu rakan seperjuanganku.Kehadirannya amat menguji aku.Disebabkan kami mempunyai minat yang sama,kami jadi rapat.Dan ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam dirinya membuatkan aku jatuh hati padanya.Tetapi,aku pendamkan sahaja perasaan ini.Mana mungkin aku mahu berterus terang dengannya pula.'Jatuhlah saham aku sebagai seorang perempuan'.Memandangkan aku tidak mengambil STAM di sekolah kelantan dahulu,kami terpisah jauh. Namun kami masih berhubung melalui segala teknologi terkini.Aku tidak pasti samada dia berperasaan yang sama atau tidak.Tetapi,dia pernah memberitahuku,dia sayangkan aku,melalui SMS.Namun,bagiku itu hanyalah kata-kata yang terbit dari tulisan SMSnya sahaja.padahal dalam hati menidakkan.Ya..aku pegang perinsip aku 'DONT TRUST MEN'..dengan belajar daripada pengalaman melihat rakan-rakan ku bercinta,aku menanamkan perinsip ini dalam diriku.Namun begitu aku tetap berdoa pada Yang Maha Mengetahui,
"Ya Allah,jika betul dia jodohku,baik untukku,mampu membimbing aku ke jalan yang Engkau redhai,pertemukan kami dan satukanlah kami,suatu hari nanti.Ya Allah,jika dia bukanlah yang terbaik untukku,kau pertemukan aku dengan yang lebih baik darinya, dan pertemukan dia dengan gadis yang lebih baik dariku.Dan buanglah perasaanku terhadapnya,kerana kerana aku tidak mahu lalai dengan mengharap cinta manusia daripada cintaMu YA RABBI...."
Memang susah untuk aku lupakan dia.Puasku berdoa agar diluputkan dia dari ingatanku. Bahkan,setiap kali aku melakukan hobiku(minat), pasti dia yang bermain dimindaku.Sememangnya aku ingin sangat melupakan dia.Cinta memang membuatkan aku lemas.Lemas dalam dunia khayalan.Lemas dalam mimpi yang tak sepatutnya wujud.Tapi,apakan dayaku,aku hanya mampu berdoa...berdoa...dan terus berdoa.Aku sendiri tidak pasti,bagaimana aku mudah jatuh hati padanya.Tapi,Alhamdulillah..Allah pisahkan kami jauh sangat...!!Kali terakhir kami bertemu semasa ambil result SPM. Alhamdulillah juga,Allah tidak membenarkan kami berhubung melalui handphone.Dan sekarang aku beransur-ansur dapat memadamkan perasaan kasihku terhadapnya. Dan aku anggap dia tidak lebih dari seorang sahabat seperjuanganku.
" Ya Allah,aku serahkan segala-galanya kepadaMu.Jodohkan aku dengan lelaki yang dapat memimpin aku ke jalan yang Engkau redhai.Yang baik akhlaknya,dan yang beramal dengan agamamu..aminn..."
JIka sahaja kehadiran cinta itu SEkadar untuk mengecewakan,lebih baik cinta tak pernah datang..
ReplyDeletepeace ^_<
hurmm..betul2..memang cinta menyakitkan..walaupun sy x pernah bercinta tp,jatuh hati pd seseorang itu amat menyakitkan..
ReplyDeletesaya pernah rasa perkara yang sama.. memang sukar untuk buangkan perasaan tu, tapi ianya tak mustahil.. berdoalah kpd Allah, semoga cinta kita kepada Allah mampu menyelamatkan hati kita dari pedih dan kecewa.. :)
ReplyDeleteinsyaallah..inilah padahnya cinta manusia!! lebih baik mencari cinta hakiki daripada cinta manusia yang menyakitkan hati!!
ReplyDelete