Memandangkan sudah beberapa hari blog ini sunyi daripada di updatekan,so hari ini ana akan post kan cerit-cerita /kisah pada zaman Rasulullah dan para sahabat terdahulu...Mungkin ada di antara antum semua sudah tahu/pernah membacanya..sebab kisah-kisah yang akan ana postkan ini daripada paper I LUV ISLAM..tapi,tidak mengapalah..daripada blog ini sunyi begitu sahaja mendingan ana postkan sesuatu..harap ianya akan dibaca oleh antum semua...hurrmmm...
~9 Nafsu 1 Akal,1 Nafsu 9 akal...~
Pada suatu hari,Imam Hassan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah Adawiyah bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah Adawiyah untuk meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Niat murni mereka disambut baik oleh Rabiah. Rabiah akan menjawab sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pinangan itu jika soalannya dijawab.
Lalu Rabiah pun bertanya kepada mereka,
"Berapakah nafsu bagi lelaki dan nafsu bagi wanita?".Lantas Imam Hassan Al-Basri menjawab, "Lelaki mempunyai 1 nafsu dan 9 akal,manakala wanita mempunyai 9 nafsu 1 akal". Rabiah tersenyum lalu berkata, "Jika benar apa yang kamu katakan sebentar tadi, kenapa kamu tidak boleh menahan nafsumu meskipun kamu mempunyai 1 nafsu sahaja dan kenapa aku boleh menahan nafsuku meskipun aku mempunyai 9 nafsu?" Mendengar kata-kata daripada Rabiah itu,mereka pun tunduk malu dan sedih lalu meminta diri untuk pulang dalam keadaan kecewa dan janggutnya basah terkena air matanya yang mengalir keluar. Demikianlah satu kisah pendek mengenai pinangan Imam Hassan Al- Basri terhadap Rabiah Adawiyah.
~Perang Fi Sabilillah.~
Abu Musa R.A bercerita bahawa seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW.Tanya lelaki itu kepada baginda, " Ya Rasulullah,apakah ertinya perang fisabilillah? Antara kami ada yang berperang kerana marah dan rasa tidak puas hati." Lantas Nabi Muhammad pun mendongakkan kepala kerana lelaki itu sedang berdiri di hadapannya. Baginda pun berkata, " Siapa yang berperang kerana hendak menegakkan kalimah Allah(islam) setinggi-tingginya,maka dia berperang fi sabilillah 'azza wa jalla."
~Tiga biji batu~
Pada suatu hari, Rasulullah SAW hendak membuang air besar. Baginda pun meminta Abdullah bin Mas'ud r.a. mencarikannya tiga biji batu. Setelah jenuh mencari, akhirnya Abdullah berjaya mendapatkan dua biji batu. Lalu diambilnya tahi yang telah keras dan kemudian diberikannya kepada Rasulullah SAW. Baginda mengambil kedua-dua biji batu itu dan membuang tahi yang telah keras itu seraya berkata, "Ini kotor!"
Demikianlah 3 kisah pendek yang ana petik daripada paper I luv islam...semoga ianya mempunyai ilmu yang manfaat,tauladan dan pengajaran yang dapat diambil daripada kisah-kisah di atas....Syukran kerana telah membacanya..
No comments:
Post a Comment