DIARI !!
Alhamdulillah..dapat juga aku hasilkan blog ini.Tapi belum sempurna lagi.Hurmm..kenapa terasa nak bina blog ep..??hahahhh..sebab aku nk jadikan blog ni diari kedua aku..kalau dulu, sejak darjah 5 lagi aku mula menulis diari dalam buku...setiap peristiwa yang aku rasakan penting aku tulis dalam buku diari..sampailah sekarang..aku masih menulis diari..dan insyaallah aku takkan berhenti menulis diari..kenapa x nak berhenti ep??hurmm..sebab dengan menulis lah aku dapat meluahkan segala isi hatiku..samada,suka,duka,pahit,manis,perit,dan sebagainya....hahahh..teringat pasal diari..aku selalu terkantoi dengan mak aku..tu lah letak rata2..kan dah terkantoi..huhu..tapi,kalau setakat mak aku baca xpe lagi...orang lain,no way!! abang aku juga pernah cuba nk baca diari aku,masa form 2 dulu....alhamdulillah sempat rebut dari dia..kalau x,pasti dia gelak-gelakkan aku...huh..dan sekarang aku selalu simpan diari aku kat tempat yg takkan diketahui oleh sesiapa..haha..diari..oh diari...kaulah sahabat setia ku dikala suka dan duka..walaupun kau x boleh bercakap,kau biarkan badanmu kesakitan dek kerana mata pena ku yg laju mencoret kisah hidup ku...
DIARI KE 2!!
Haa..sekarang aku cipta satu blog..blog ini diari kedua untukku..di sini juga aku akan jadikan tempat untuk aku meluahkan isi hatiku,dan berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yg sudi singgah kat blog ni..hahahh..jangan risau..diari yg ke 2 ni aku benarkan pada sesiapa aja untuk membacanya..heheh...tapi,kalau x sudi bace pun xpe..i dont mind..lalu saje pun xpe dah...blog ni,medan untuk kongsi ilmu...aku suka berkongsi ilmu dengan kawan-kawan..bertukar-tukar pendapat,pengalaman dan sebagainya..jadi,aku harap sangat,blog ni berguna pada aku dan sahabat-sahabat..kalau masa free,aku akan cuba post kan yg best2 dan ilmu yg berguna..untuk kita semua..maklum sajalah,aku ni x la banyak ilmu sangat..hanya beberapa cebis ilmu sahaja yg baru aku pelajari...aku masih lagi mahu mencari ilmu untuk kehidupan dunia dan akhirat..
baiklah..aku rasa mata aku pun dah mengantuk ni..jadi inilah kalam bicara yg dapat aku titipkan untuk permulaan membuka blog...semoga,blog yang aku buka ni,akan mendapat saham untuk akhirat kelak...aminnn...
No comments:
Post a Comment