20/12/2010..isnin..
Setelah mendapat 'lampu hijau' dari kedua ibubapa ku,aku membawa diri ke bandar Teluk Intan...di mana tempat inilah aku membesar sejak umurku 6 tahun lagi sehinggalah march,2010..dan sekarang aku menetap di Ipoh...Rindunya aku pada bandar ini..kerana di sini lah tempat aku mengenal seorang sahabat yang amat baik dengan ku sejak tahun 1999 lagi..sehinggalah sekarang kami masih berhubung...disebabkan kami saling menziarahi dan terus berhubung melalui segala kemudahan it,hubungan kami kekal sebagai sahabat sehingga sekarang..aku harap sangat ianya akan kekal sampai bila-bila..
Pukul 10.45 a.m aku bertolak ke teluk intan..membawa diri tanpa ditemani sesiapa..2 jam lebih perjalanan cukup membuatkan pinggang aku sakit(lenguh) ...namun,dengan semangat yang kuat ingin berjumpa dengan sahabat lama,aku tidak menghiraukannya..tepat pukul 1 petang aku tiba di Teluk Intan..aku lihat belum ada lagi sesiapa yang menunggu aku di station bas..lalu aku berjalan menuju ke masjid berhampiran untuk menunaikan perintah pada yang Maha Esa..setelah selesai menunaikan solat jamak(zohor dan asar),kulihat seorang daripada sahabatku sedang menunggu di luar masjid..dia tersenyum memandangku..kami bersalaman dan terus pergi ke restoran berdekatan..untuk mengisi perut yang sedang menyanyikan lagu.. 'rindu akan makanan'..hahah..
Sambil menunggu sahabatku yang seorang lagi datang,kami menempah mi rebus dan air bandung..dengan makan mee sahaja,sudah cukup membuatkan perut kami kenyang sekenyang-kenyangnya..hahah...yang membuatkan aku sangat terharu,semasa hendak membayar makanan.."hari ni biar k.kam belanje...sebagai tanda nak celebrate kamu yang datang jauh-jauh dari Ipoh.." Aku balas,"eh,takpe-takpe k.kam..biar kita yang bayar untuk k.kam..agpun dah lama tak belanje k.kam.."..kemudian dia balas lagi,"Ya Allah eifa..bio le k.kam yang belanje..kamu datang dari jauh ni.." lalu dia pun terus membayar harga makanan pada waitres tersebut..10 minit kemudian sahabatku yang seorang lagi tiba..setelah bersalaman,destinasi pertama yang kami tuju ialah The Store..
Bagaikan bertahun-tahun kami tidak berjumpa,pelbagai cerita kami bualkan..semua kenangan-kenangan masa sekolah dulu kami flashback...huhu..seronok sangat..setelah puas berjalan dalam The Store,kami menuju ke gift shop pula..tapi sekejap sahaja..kemudian kami menuju ke Menara Condong pula...merakamkan detik-detik indah kami bertiga..mengambil gambar kenangan serta berjalan-jalan..selepas itu kami masuk ke complex menara condong...sedang kami berjalan-jalan,kami lihat seorang pak cik sedang khusyuk membuat keychain-keychain yang ditempah..apa lagi,tanpa membuang masa kami terus menempah keychain untuk kami bertiga..sebagai tanda kenangan pada tarikh tersebut di teluk intan..!!
Hampir pukul 6 petang barulah kami bertolak pulang ke rumah masing-masing...sedihnya waktu nak berpisah dengan sahabat aku yang seorang ni..k.kam..bilalah dapat jumpa lagi ya..??insyaallah..dengan izin Allah..
Memandangkan hari semakin gelap,aku menumpang tidur di rumah sahabatku,Rabiatul..sepanjang malam tersebut kami bercerita tentang hal masing-masing..mengenai pengalaman,kenangan, tidak kurang juga saling meluahkan masalah masing-masing..pukul 1 pagi baru kami tidur...
21/12/2010(selasa)
Ini hari last aku bersama sahabatku..kami habiskan masa dari pukul 7 pagi sehingga pukul 12,dengan menonton video both over flowers..korean drama..huh..best sangat...setelah itu aku bersiap-siap untuk pulang....memandangkan tiket bas pukul 3 petang,aku menunaikan solat jamak di rumahnya....tepat pukul 2 petang ayah Rabiatul menghantar aku ke station bas..sampai di station bas pukul 2.15...memandangkan masih ada sedikit masa lagi untuk aku menaiki bas,kami ambil peluang untuk jalan-jalan lagi di bandar teluk intan..pukul 2.50 baru kami pergi ke station semula...
SEDIH!!
sedih sangat waktu ni..nak berpisah dengan sahabat aku dikala suka dan duka ini...huk3...kami bersalaman dan berpeluk erat...rasa macam tak mahu melepaskan pelukan seorang sahabat..tak tahu lah kenapa aku sayang sangat kat dia...sahabat aku sejak zaman hingusan lagi...huhu...dialah seorang sahabat yang paling memahami dan baik dengan aku...bersahabat dengannya lebih mematangkan aku...aku berfikir sendiri,adakah peluang untuk aku jumpa sahabat sebaik dia lagi...??Minta sangat aku akan jumpa sahabat seperti dia lagi selepas ini...semoga hubungan kami kekal sebagai sahabat sehingga akhir hayat..amin...
OHH...SAHABAT...
Tnda kenangan kami bertiga!! |
kenangan kat TI...huhu... |
No comments:
Post a Comment