Friday, February 24, 2012

~Muslimah~

Bismillahirrahmaanirrahiim....
Ya Allah,terasa sangat dihargai apabila Allah meletakkan 'Muslimah'
itu sebagai perhiasan dunia...dan sebaik-baik perhiasan dunia itu 
adalah wanita solehah..Islam telah meletakkan Muslimah itu di tempat yang tinggi..
Namun kita sebagai Muslimah perlulah menjaganya dengan akhlak dan pribadi yang mulia,,
supaya nilai seorang muslimah itu tetap tinggi dan dihargai...
Betapa bernilainya seorang wanita itu kerana hanya melakukan 4 perkara ini,
 1.menjaga solat lima waktunya,
2.mentaati suaminya,
3.berpuasa di bulan Ramadhan,
4.menjaga kehormatannya...
seseorang wanita itu dijanjikan syurga..

Tetapi..perlu diingat bahawa,,wanita itu juga amat mudah untuk masuk ke neraka,,hanya kerana mulutnya..
malah boleh mengheret bapanya,suaminya atau saudara lelakinya ke neraka juga jika tidak menjaga 
4  perkara yang telah disebutkan tadi..Jadi berusahalah untuk jadi wanita solehah,yang turut membawa bapanya,suaminya atau saudara lelakinya ke syurga kelak...insyaallah..

''Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, ''Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.'' Yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali,sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.'' (ayat 59,Surah Al-Ahzab)
   

*Sebuah lagu nasyid yang mengagungkan seorang Muslimah...semoga ana dan sahabat-sahabat sejantina 
tergolong di kalangan wanita solehah...amiin...^_^

Saturday, February 18, 2012

Jahiliyah seorang dai'e..~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..!
Bismillahirrahmanirrahim...

Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang al haq ini.

Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan merenung keruntuhan umat, dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang dai’e yang baru mulai sedar, bahawa dia seorang dai’e!

Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie dalam simpanannya, tapi satu folder nya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia menonton secara online.

Dai’e itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang dai’e!

Ada masa, dia seorang dai’e yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan – twilight, di persisiran rindu, eat pray love, dan bermacam lagi. Dia lah dai’e yang selepas berpenat mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek majalah-majalah hiburan untuk mencari secebis keseronokan.

Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang berjam-jam juga dia melekat. Dia dai’e yang rancak melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini, dan seribu macam lagi interaksi di laman Facebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.

Dia juga merupakan dai’e yang masih ringan menjaga ikhtilat – masih ber’sms’ dan becakap di telefon dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seorang dai’e yang sudah faham.

Ada waktu pula, dia adalah dai’e yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat ‘bergembira’ seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan rasional bahawa, dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama, dan bermacam bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang berbunyi, dia kan seorang dai’e, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke birthday party bukan salah pun.

Sounds familiar? Itulah hakikat seorang dai’e, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya, dai’e yang masih gagal mengikis karat-karat jahiliyah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya – yaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.

Wahai dai’e! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

(al-jatsiyah ayat 23)

Wahai dai’e! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik dan mantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita sudah kesuntukan tenaga.

Masih ingatkah kamu wahai dai’e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?

1.Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur’an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sedarkah kamu wahai dai’e, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda jahiliyah.

Sedarkah kamu wahai dai’e, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

Wahai dai’e yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”

(albaqarah:42)

Wahai dai’e yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul dakwah di atas dada kamu.

Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyan nya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi penggera nya.

Ayuh dai’e!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya, ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu,benar-benar berjihad!

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(attaubah:39)



Ayuh wahai dai’e, kita maju ke hadapan!

Penulis asal : Eushahida Farizza Raffar

http://eushahidaraffar.com/

Friday, January 27, 2012

. . :Ulul Albab : . .

Ulul Albab merupakan modal insan yang terbaik untuk negara.Di tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan perancangan dilaksanakan.Berasaskan peranan penting modal insan inilah maka Islam memberikan peranan lebih utama terhadap pembangunan dari sudut fizikal.Alasannya begitu jelas,bahawa insan yang terbina akal dan jiwanyalah yang akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syaria't dan mengarahkannya kepada kebaikan. Ini kerana dengan keutuhan rohani,kekentalan jiwa,ketajaman fikiran dan keteguhan sahsiah yang dimiliki mereka benara-benar memahami isyarat perintah dan larangan Tuhan.

Insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas penting ini seringkali dikaitkan dengan ta'arif dalam Al-Quran sebagai mereka yang memiliki akal fikiran yang sempurna(ulul albab) iaitu golongan yang dikatakan dapat mengerti nilai sebuah kehidupan dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Dengan ketaqwaan dan kebijaksanaan yang dimiliki,mereka ini diyakini dapat membawa masyarakat kembali menghayati sepenuhnya kehidupan beriman dan beramal dengan manhaj serta syaria't Islam.




Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna bagi mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspekitf yang betul. Mereka mementingkan fikir dan zikir. Dalam konteks ini mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam, mereka mengingati Allah sambil berdiri ataupun baring.

“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah ali-’Imran:190-191)

Justeru, ayat 190 dalam surah ali-’Imran berhubung ulul albab merangsang umat islam supaya menjadi saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Al-quran, adalah saintis yang sentiasa mengingati Allah walau di mana sahaja dia berada. Bukan Saintis yang ateis.

Al-Quran menuntut umat Islam yang memiliki minda yang saintifik. Minda yang saintifik pula ialah minda yang kuat berfikir dengan betul, bersifat kritikal, mampu menganalisa data dan fakta, serta mampu  membuat andaian dan konklusi kepada apa yang diserap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan Al-Quran dan dalil. Dalam surah Al-Israk ayat 36 Allah menyatakan,”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.”

“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”-Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran.



Tuesday, January 24, 2012

Kembali bertinta..~

Assalamualaikum to all readers...sudah sekian lama blog ini dibiarkan sepi begitu sahaja..almaklumlah,hidup sebagai seorang mahasiswi yang sibuk dengan pelbagai aktiviti dan pelajaran...tambahan pula sistem pelajaran di Jordan ini bukan seperti di Malaysia..di Jordan exam memang tak pernah putus,dalam satu sem itu tiga kali exam,satu sem pula hanya diperuntukkan empat bulan,bukan seperti di Malaysia satu sem enam bulan. Alhamdulillah..hari ini ana diberikan peluang untuk menitipkan serba sedikit tentang pengalaman ana sepanjang berada di Bumi Syam ini..oleh kerana sekarang sedang cuti semester,ana ambil peluang untuk meng'update' blog yang bersepah ini..

BUMI SYAM..bumi yang UNIK.
Alhamdulillah..syukur sangat ke Hadhrat Ilahi..kerana dengan izinnya lah ana berada di Bumi ini..sebelum ana ke sini,pelbagai ujian yang ana tempuhi..dengan hasutan-hasutan jiran-jiran terhadap Ibubapa ana,agar tidak membenarkan ana belajar di negara ini,katanya bahaya belajar jauh-jauh dan dikatakan pula negara ini tidak aman..(tetapi alhamdulillah,,baik sahaja ana di sini,,aman damai sahaja dengan kehidupan di sini)..ada juga yang mengatakan belajar di Jordan mahal,(ya,,memang mahal,,tapi,alhamdulillah,,Allah masih memberikan rezeki pada hambanya yang bermusafir kerana-Nya,,ada sahaja rezeki Allah bagi,,tidak mengahalang ana untuk terus menuntut ilmu di sni..)dan,ada pula yang mengatakan orang arab di sini jahat,banyak berlaku sumbang mahram,kasar dan sebaginya..(alhamdulillah,,Allah adalah sebaik-baik penjaga..masih lagi selamat tanpa diganggu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab..).ada juga yang mengatakan pelajar jordan ini tidak berkualiti,,banyak yang wahabi,syia'h dan sebagainya...dan inilah yang menambahkan kerisauan terhadap ibu dan bapa ana...dan semua hasutan-hasutan inilah yang menyebabkan ana hampir gagal untuk ke Jordan..tambah pula dengan sogokan Media yang melebih-lebihkan cerita yang  asal..geram,kecewa dan putus asa bercampur menjadi satu..namun,hanya doa dan tawakkal yang mampu ana lakukan..dan akhirnya..alhamdulillah,,Allah memberi keizinan pada hambanya untuk merasa susah dan senang tinggal di Bumi Anbiya'..

Uniknya bumi anbiya' ini dengan pelbagai sejarah islam yang tiada di Malaysia..di sini ana dapat melawat makam para syuhada',,yang terkorban di dalam perang yarmouk dan perang mu'tah..subhanallah,,bau wangi darah syahidnya kekal hingga ke hari ini..alhamdulillah,dapat juga ana hidu bau darah para syuhada'...makam Mua'z bin Jabal,Zaid bin Harithah,dan Jaafar At-Toiyyar.....serta kesan-kesan sejarah seperti tapak perang yarmouk dan mu'tah.. kubu Solahuddin al-Ayubi,Madaba..tempat gereja-gereja lama,,serta tempat yang dikatakan Nabi Isa disalib..dan dari puncak jabal nebo itu ana dapat lihat kubah masjidil Aqsa..walaupun jauh sangat dari jabal nebo,,selain itu,ana dapat lihat tempat kaum Nabi luth dilaknat dek kerana perbuatan kaumnya yang melanggar fitrah sebenar manusia(homeseksual),,iaitu laut mati,sebuah kota yang diterbalikkan lalu jadilah sebuah lautan yang tiada sebarang hidupan pun di dalamnya..kalau nak mandi badan kita akan terapung kerana ketumpatan garamnya yang terlalu tinggi,,hanya garam sahaja yang ada di laut tersebut..ana juga dapat lihat ashabul kahfi,,tempat yang  diceritakan di dalam al-quran(surah al-kahfi),tujuh orang manusia yang ditidurkan oleh ALLAH  selama 309 tahun..dan petra..tempat masyarakat arab hidup dengan memahat gunung-gunung untuk dijadikan rumah...subhanallah..syukur sangat dapat melihat dan menambahkan lagi pengetahuan ana tentang sejarah islam..selama ini hanya mengetahui melalui pembacaan dan cerita orang sahaja,,tetapi kali ini,dapat lihat sendiri di depan mata..

Dan kelebihan berada di Bumi Jordan ini,kita dapat melakukan umrah dan haji dengan tambang yang murah..
kerana ia dekat dengan mekah dan madinah..dan kita juga boleh melawat negara-negara islam yang lain seperti turkey,syria,mesir,lubnan,palestin dan sebagainya..juga dengan tambang yang murah..dan bumi anbiya' ini juga adalah tempat yang mudah maqbul doa..insyaallah..

Secara kesimpulannya,apa-apa pun yang terjadi,itu semua adalah kehendak Allah..ana berada di Jordan ini pun atas kehendak dan izin-Nya..kalau bukan kehendak Allah,,mungkin ana berada di Malaysia sekarang..Rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja,,dan inilah diantara hikmahnya yang ana dapat sepanjang berada di Jordan,,yang penting sekali kebergantungan kita terhadap Allah itu penting..ana masih ingat lagi pesan abah yang tercinta,,''ada masalah mengadu pada Allah dulu,jangan mengadu pada manusia,sebab Allah yang menciptakan kita''..jadi,doa dan tawakkal itu amat penting bagi ana..hubungan dengan Allah harus dijaga dengan baik kerana dialah sebaik-baik pelindung bagi kita..

''Sungguh,Tuhanmu melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki);sungguh,Dia Maha Mengetahui,Maha Melihat haba-hambanya.."-ayat 30,surah Al-Isra'-

dan satu lagi yang ana nak pesan,janganlah dengar cakap-cakap orang sahaja tanpa mengkaji terlebih dahulu kebenaran yang sebenarnya..apabila kita dapat sesuatu maklumat itu kaji dan selidiklah terlebih dahulu..

''Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani,semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.."-ayat 36,surah Al-Isra'-

*Buat abah dan umi,,janganlah risau kak ngah di sini,,Allah ada untuk melindungi k.ngah..insyaallah,k.ngah akan bawa balik ilmu dan pengalaman yang berguna suatu hari nanti..terima kasih sebab izinkan k.ngah di sini,walau berat hati nak melepaskan anakmu ke negeri orang..di sini mengajar k.ngah erti hidup berdikari dan   susah,,dan lebih mendekatkan lagi hubungan dengan Allah..rezeki di sini alhamdulillah,Allah yang bagi rezeki..walaupun ada sekali-sekala ujian Allah bagi,tapi itu mengajar k.ngah erti kesabaran hidup di bumi anbiya'...salam perantauan dari anakmu..

di tiang inilah dikatakan tempat Nabi Isa disalib..-MADABA,JORDAN..


LAUT MATI,,tempat kaum Nabi Luth dilaknat..kaum bani sadum
batu-batu ditepi laut mati yang diselaputi garam,,ketumpatan garam yang sangat tinggi di laut ini menyebabkan
tiada satu hidupan pun boleh hidup di dalamnya..


Makam Jaafar bin abi talib(Jaafar at-toiyyar)
gua ashabul kahfi.
dalam gua ashabul kahfi

ini adalah uyun musa,,air mata air yang keluar dari batu yang diketuk 
dengan tongkat Nabi Musa..air kedua yang terbersih selepas air zam-zam..
-uyun musa,petra,jordan..

petra,,gunung yang dipahat untuk dijadikan tempat tinggal..
penat panjat sampai ke atas..
kubu solahuddin al-ayubi..-karak,jordan.

main salji..huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...