Assalamualaikum to all readers...sudah sekian lama blog ini dibiarkan sepi begitu sahaja..almaklumlah,hidup sebagai seorang mahasiswi yang sibuk dengan pelbagai aktiviti dan pelajaran...tambahan pula sistem pelajaran di Jordan ini bukan seperti di Malaysia..di Jordan exam memang tak pernah putus,dalam satu sem itu tiga kali exam,satu sem pula hanya diperuntukkan empat bulan,bukan seperti di Malaysia satu sem enam bulan. Alhamdulillah..hari ini ana diberikan peluang untuk menitipkan serba sedikit tentang pengalaman ana sepanjang berada di Bumi Syam ini..oleh kerana sekarang sedang cuti semester,ana ambil peluang untuk meng'update' blog yang bersepah ini..
BUMI SYAM..bumi yang UNIK.
Alhamdulillah..syukur sangat ke Hadhrat Ilahi..kerana dengan izinnya lah ana berada di Bumi ini..sebelum ana ke sini,pelbagai ujian yang ana tempuhi..dengan hasutan-hasutan jiran-jiran terhadap Ibubapa ana,agar tidak membenarkan ana belajar di negara ini,katanya bahaya belajar jauh-jauh dan dikatakan pula negara ini tidak aman..(tetapi alhamdulillah,,baik sahaja ana di sini,,aman damai sahaja dengan kehidupan di sini)..ada juga yang mengatakan belajar di Jordan mahal,(ya,,memang mahal,,tapi,alhamdulillah,,Allah masih memberikan rezeki pada hambanya yang bermusafir kerana-Nya,,ada sahaja rezeki Allah bagi,,tidak mengahalang ana untuk terus menuntut ilmu di sni..)dan,ada pula yang mengatakan orang arab di sini jahat,banyak berlaku sumbang mahram,kasar dan sebaginya..(alhamdulillah,,Allah adalah sebaik-baik penjaga..masih lagi selamat tanpa diganggu oleh manusia yang tidak bertanggungjawab..).ada juga yang mengatakan pelajar jordan ini tidak berkualiti,,banyak yang wahabi,syia'h dan sebagainya...dan inilah yang menambahkan kerisauan terhadap ibu dan bapa ana...dan semua hasutan-hasutan inilah yang menyebabkan ana hampir gagal untuk ke Jordan..tambah pula dengan sogokan Media yang melebih-lebihkan cerita yang asal..geram,kecewa dan putus asa bercampur menjadi satu..namun,hanya doa dan tawakkal yang mampu ana lakukan..dan akhirnya..alhamdulillah,,Allah memberi keizinan pada hambanya untuk merasa susah dan senang tinggal di Bumi Anbiya'..
Uniknya bumi anbiya' ini dengan pelbagai sejarah islam yang tiada di Malaysia..di sini ana dapat melawat makam para syuhada',,yang terkorban di dalam perang yarmouk dan perang mu'tah..subhanallah,,bau wangi darah syahidnya kekal hingga ke hari ini..alhamdulillah,dapat juga ana hidu bau darah para syuhada'...makam Mua'z bin Jabal,Zaid bin Harithah,dan Jaafar At-Toiyyar.....serta kesan-kesan sejarah seperti tapak perang yarmouk dan mu'tah.. kubu Solahuddin al-Ayubi,Madaba..tempat gereja-gereja lama,,serta tempat yang dikatakan Nabi Isa disalib..dan dari puncak jabal nebo itu ana dapat lihat kubah masjidil Aqsa..walaupun jauh sangat dari jabal nebo,,selain itu,ana dapat lihat tempat kaum Nabi luth dilaknat dek kerana perbuatan kaumnya yang melanggar fitrah sebenar manusia(homeseksual),,iaitu laut mati,sebuah kota yang diterbalikkan lalu jadilah sebuah lautan yang tiada sebarang hidupan pun di dalamnya..kalau nak mandi badan kita akan terapung kerana ketumpatan garamnya yang terlalu tinggi,,hanya garam sahaja yang ada di laut tersebut..ana juga dapat lihat ashabul kahfi,,tempat yang diceritakan di dalam al-quran(surah al-kahfi),tujuh orang manusia yang ditidurkan oleh ALLAH selama 309 tahun..dan petra..tempat masyarakat arab hidup dengan memahat gunung-gunung untuk dijadikan rumah...subhanallah..syukur sangat dapat melihat dan menambahkan lagi pengetahuan ana tentang sejarah islam..selama ini hanya mengetahui melalui pembacaan dan cerita orang sahaja,,tetapi kali ini,dapat lihat sendiri di depan mata..
Dan kelebihan berada di Bumi Jordan ini,kita dapat melakukan umrah dan haji dengan tambang yang murah..
kerana ia dekat dengan mekah dan madinah..dan kita juga boleh melawat negara-negara islam yang lain seperti turkey,syria,mesir,lubnan,palestin dan sebagainya..juga dengan tambang yang murah..dan bumi anbiya' ini juga adalah tempat yang mudah maqbul doa..insyaallah..
Secara kesimpulannya,apa-apa pun yang terjadi,itu semua adalah kehendak Allah..ana berada di Jordan ini pun atas kehendak dan izin-Nya..kalau bukan kehendak Allah,,mungkin ana berada di Malaysia sekarang..Rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja,,dan inilah diantara hikmahnya yang ana dapat sepanjang berada di Jordan,,yang penting sekali kebergantungan kita terhadap Allah itu penting..ana masih ingat lagi pesan abah yang tercinta,,''ada masalah mengadu pada Allah dulu,jangan mengadu pada manusia,sebab Allah yang menciptakan kita''..jadi,doa dan tawakkal itu amat penting bagi ana..hubungan dengan Allah harus dijaga dengan baik kerana dialah sebaik-baik pelindung bagi kita..
''Sungguh,Tuhanmu melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki);sungguh,Dia Maha Mengetahui,Maha Melihat haba-hambanya.."-ayat 30,surah Al-Isra'-
dan satu lagi yang ana nak pesan,janganlah dengar cakap-cakap orang sahaja tanpa mengkaji terlebih dahulu kebenaran yang sebenarnya..apabila kita dapat sesuatu maklumat itu kaji dan selidiklah terlebih dahulu..
''Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui.Kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani,semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.."-ayat 36,surah Al-Isra'-
*Buat abah dan umi,,janganlah risau kak ngah di sini,,Allah ada untuk melindungi k.ngah..insyaallah,k.ngah akan bawa balik ilmu dan pengalaman yang berguna suatu hari nanti..terima kasih sebab izinkan k.ngah di sini,walau berat hati nak melepaskan anakmu ke negeri orang..di sini mengajar k.ngah erti hidup berdikari dan susah,,dan lebih mendekatkan lagi hubungan dengan Allah..rezeki di sini alhamdulillah,Allah yang bagi rezeki..walaupun ada sekali-sekala ujian Allah bagi,tapi itu mengajar k.ngah erti kesabaran hidup di bumi anbiya'...salam perantauan dari anakmu..
di tiang inilah dikatakan tempat Nabi Isa disalib..-MADABA,JORDAN..
LAUT MATI,,tempat kaum Nabi Luth dilaknat..kaum bani sadum
batu-batu ditepi laut mati yang diselaputi garam,,ketumpatan garam yang sangat tinggi di laut ini menyebabkan
tiada satu hidupan pun boleh hidup di dalamnya..
Makam Jaafar bin abi talib(Jaafar at-toiyyar)
gua ashabul kahfi.
dalam gua ashabul kahfi
ini adalah uyun musa,,air mata air yang keluar dari batu yang diketuk
dengan tongkat Nabi Musa..air kedua yang terbersih selepas air zam-zam..
-uyun musa,petra,jordan..
petra,,gunung yang dipahat untuk dijadikan tempat tinggal..
penat panjat sampai ke atas..
kubu solahuddin al-ayubi..-karak,jordan.
main salji..huhu..
No comments:
Post a Comment