Saturday, December 3, 2011

Adakah kau bergelar MUSLIMAH??

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..Alhamdulillah..hari ini ana diberi sedikit kelapangan  untuk meng'update'kan  Raudhatul Muhibbin yang telah lama dibiarkan sepi begitu sahaja...dek kesibukan Tuannya dengan pelbagai perkara....tika sedang meninjau2 laman facebook kawan ana,terjumpalah satu puisi(tp nk kata puisi pun x jugak) yang menceritakan tentang muslimah..ya..betul kata si pemuisi tersebut..benarkah kita adalah muslimah yang sebenarnya?? Hatta sudah bertudung labuh dan berpurdah sekalipun,,benarkah kita adalah muslimah yang sebenar-benarnya??sudahkah kite periksa diri kita?adakah sempurna solat yang kita kerjakan selama ini??dan bersediakah kita untuk jadi wanita & isteri solehah untuk suami kita kelak??atau ibu mithali untuk anak-anak kita esok hari?Sudahkah kita 'chek' diri kita,adakah kita pernah melawan ibu bapa kita??Betulkah kita bertudung labuh kerana Allah??betulkah selama ini kita ikhlas melakukan ibadat keran Allah?? Riya'..Inilah yang paling ditakuti,,jika kita melakukan sesuatu bukan kerana-Nya,,maka tidak diterima amalan kita semua..malah syirik lagi kepada-Nya..(syirik khafi).. Ya..manusia itu tidak sempurna...tapi berusahalah untuk jadi yang sempurna..apa yang ana katakan ini bukanlah untuk orang lain semata-mata,,tetapi,,yang paling utama adalah orang yang paling dekat dengan tulisan ini....semoga kita sama-sama muhasabah diri...


Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai TUDUNG masih di atas DADA ,
Baju KETAT tak terkata...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Minyak wangi DIGUNA luar biasa HARUMNYA,
Bukan kerna TIDAK SENGAJA tapi SENGAJA buat buat LUPA,
Agar RAMAI yang memuji tanda SUKA..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
andai tudung DIKEPALA,
Namun COUPLE tidak pernah DIPUTUSKANNYA,
Maklumlah KATA hanya bercinta KERNA ALLAH,
Tapi NAFSU sendiri yang TIDAK BISA dipelihara...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai aurat SEMUA sudah TERJAGA,
Namun SOLAT dan PERINTAHNYA,
Dibuat smabil LEWA...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Bertudung LABUH juga BERPURDAH,
Namun PROFIL fb tetap terpapar GAMBAR WAJAH,
Tanda diri ingin DIPUJA..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Muamalat tidak TERJAGA,
Berborak dengan LELAKI bagai nak GILA,
Apa diKATA semua MEREPEK saja..

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
Andai IBUBAPA tidak diUTAMA,
Namun bila RAKAN dan juga TEMAN BERSUARA,
Yang SALAH pun DIBENARKANNYA...

Adakah aku digelar MUSLIMAH ?
CINTA pada ALLAH diKATA setiap MASA,
Tapi BUAT perintahNYA satu pun TAK ADA..

Sekian sahaja dari AKU yang INGIN bergelar MUSLIMAH,
Namun SUKAR sangat MENGEJARKANNYA..

Maafkan AKU andai SAHABAT semua TERASA,
Atas segala apa yang AKU kata..

Bukan NIAT nak MENGATA atau APA,
Cuma sedikit TEGURAN dari DIRI yang SAYANGKAN agama..

Wahai SAHABAT yang ingin bergelar MUSLIMAH,
Marilah UBAHkan diri agar MENJADI lebih BERGUNA,
Bukan UNTUK sapa sapa TAPI hanya UNTUK pada ALLAH dan AGAMA...

Buat MUSLIM diluar sana jangan ashik LIKE saja,
Tapi TEGURLAH pada semua WANITA,
Untuk LEBIH menjaga AGAMA..

FIKIRlah wahai SAUDARA semua,
ANDAI muslimah TIDAK kau JAGA,
Maka ROSAKLAH agama juga SURI rumah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...