-Mengidam Dikalangan Ibu Mengandung-
Mengidam dan kempunan amat sinonim di kalangan wanita-wanita melayu terutamanya wanita yang sedang mengandung. Dua perkataan ini sering di tafsirkan oleh wanita-wanita melayu yang mana jika tidak dipenuhi maka akan berlaku sesuatu pada anak yang dikandung. Jadi, di sini adakah 'mengidam' itu merupakan fenomena fitrah atau sekadar emosi yang mana ianya boleh dikawal dengan rasional?

Menurut kamus pelajar edisi kedua, Mengidam ditakrifkan sebagai, keinginan hendak makan sesuatu terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Manakala kempunan pula dimaksudkan dengan berasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yang diingini. Soalan yang ingin ditimbulkan, adakah mengidam itu merupakan fenomena fitrah, yang mana jika ianya tidak dipenuhi akan menyebabkan kemudharatan pada diri atau anak yang dikandung itu? Jika ianya dikatogorikan sebagai fitrah maka
pastinya semua manusia akan bertindak sebegitu dan semua turut merasainya. Contohnya sebagaimana tidur, makan, dan sebagainya yang dikatogorikan sebagai fitrah kerana semua insan pasti akan melakukannya. Tetapi, dalam hal ini, 'mengidam' yang bukan-bukan hanya berlaku pada sesetengah insan yang mengandung sahaja. Tidak semua wanita yang mengandung akan mengidamkan sesuatu yang pelik dan sukar untuk didapati serta ditunaikan. Malah ada di antara mereka yang tidak langsung 'mengidam' bahkan dapat menjalani kehidupan seperti biasa ketika mengandung sehinggalah melahirkan anak.

Emosi
Mengidam barangkali boleh dikaitkan dengan emosi yang lebih bersangkutan dengan hawa nafsu. Persoalannya, adakah dengan tidak memenuhi sesuatu permintaan yang diidamkan menyebabkan emosi kita tidak stabil sehingga boleh mengakibatkan seseorang yang mengandung akan terkena penyakit meroyan atau gila dan sebagainya?. Jika dilihat dari perspektif Islam, orang yang kuat amalan agamanya pasti dapat mengawal emosinya yang tidak stabil dengan bertindak lebih rasional dan teratur. Manakala orang yang lemah amalan agamanya akan mengikut hawa nafsu sepenuhnya serta bertindak secara membuta tuli semahunya. Hanya insan yang dapat mengawal emosinya sahaja akan mampu bertindak dengan rasional kerana dengan mengawal emosi, dirinya pasti mampu mengekang hawa nafsunya. Bagi mengawal emosi, mungkin boleh dengan cara memujuk diri untuk tidak terlalu mengikut apa yang diidamkan, terutamanya jika mengidamkan sesuatu yang bukan-bukan sehingga membebani suami dan orang lain.

Di bawah ini saya sertakan dua situasi yang berbeza.
SITUASI 1
Isteri: Abang, sayang teringin nak makan halawiyat ( manisan ) Jordan lah, kinafah.
Suami: Sayang,mana nak cari halawiyat Jordan di Malaysia
ni? Kita sekarang kan di Malaysia, mana
abang nak cari kinafah kat Malaysia ni?
Isteri: Alaa…ni bukan saya yang nak,anak dalam perut ni
yang nak, kata orang-orang tua, kalau kita tak tunaikan apa yang kita idamkan
masa mengandung, bila anak ni lahir,air liurnya akan sentiasa meleleh.
Suami: ye la, abang faham,tapi ,mana nak cari kinafah kat
sini? Takkan abang nak pergi Jordan semata-mata nak beli halawiyat tu kemudian
balik?
Isteri: Alaa,,sayang tau lah kat Malaysia tak de. Tapi
sayang nak abang buatkan kinafah untuk
sayang,boleh?
Suami: Sayang, abang mana tau buat kinafah. Masa abang belajar
kat Jordan dulu, abang beli je kat kedai halawiyat.
Isteri: (menarik muka masam) Ala,abang boleh search
internet kan? Cari je la resepinya. Pastu buat je la. Sayang nak rasa air
tangan abang.
SITUASI 2
Isteri: Abang, sayang rasa baby dalam perut ni nak makan durian belanda la.
Suami: Durian belanda? Mana nak dapat dekat Jordan ni?
Isteri: Alaa,nanti sape-sape yang nak balik Malaysia
nanti kirimlah. Ataupun mintak tolong umi postkan ke sini.
Suami: Tapi sayang, sekarang ni bukan musimnya. Susah
nak cari durian belanda tu. Sayang mintak waktu bukan musimnya.
Isteri: Ye la, dah
sayang teringin waktu ni, nak buat macam mana. Tapi tak pelah, sayang tahan je la dulu. Tak
payahlah nak ikutkan sangat. Lagipun nanti akan menyusahkan semua orang.
Suami: Haa..macam ni lah ibu kepada anak-anak abang. Kuat
orangnya, dapat tahan apa yang
diidamkannya. Kalau sekarang ni musim durian, sekarang jugak abang call umi,mintak tolong postkan ke sini, Tapi sekarang bukan musimnya. Sayang fahamkan?
Isteri: Ya Abang, sayang faham. Sayang kena kuat untuk kawal emosi.
-Situasi Pertama-
Si Isteri yang sedang mengandung mengidam hendak menikmati halawiyat ( manisan ) Jordan. Memandangkan mereka sedang berada di Malaysia, jadi, sukar bagi mendapatkannya. Lalu si isteri meminta si suami untuk membuat halawiyat ( manisan ) tersebut. Tetapi si suami tidak tahu membuatnya dan si isteri pula berterusan memaksa serta akhirnya merajuk. Kebarangkalian yang tinggi andai hasrat si isteri tidak dipenuhi akan menyebabkan si isteri boleh kempunan dan berkemungkinan terjadinya meroyan, gila dan sebagainya.

-Situasi Kedua-
Si isteri yang juga sedang mengandung mengidam hendak menikmati durian belanda. Memandangkan mereka suami isteri sedang belajar di luar negara, maka hasrat si isteri tidak dapat dipenuhi. Si isteri dengan penuh redha melepaskan hasratnya dan memujuk diri sendiri dengan kata-kata rasional serta positif dengan memahami juga menangani situasi yang berlaku secara proaktif. Akhirnya si isteri dapat mengawal emosi dan tidak terjadinya kempunan yang boleh menyebabkan meroyan, gila dan sebagainya.

Dua situasi di atas menunjukkan perbezaan 'mengidam' antara rasional dan emosional. Sebagaimana situasi pertama, si isteri berterusan memaksa dan merajuk apabila hasratnya untuk menikmati halawiyat (manisan ) Jordan tidak dapat ditunaikan. Berbeza pula dengan situasi kedua, dimana hasratnya untuk menikmati durian belanda turut tidak ditunaikan akan tetapi, si isteri dapat menerima dan mengawal emosinya dengan berfikiran secara rasional dan teratur mengikut keadaan serta kesesuaian.
Setelah sedikit perbahasan yang dilontarkan, dapatlah kita ketahui yang mana fenomena mengidam dan kempunan merupakan perkara yang sebenarnya melibatkan rasional dan emosi bukanlah sesuatu yang berlaku secara semulajadi atau lebih dikenali dengan sifat fitrah. Jadi, bagi para ibu yang mengandung dinasihatkan agar sentiasalah berfikiran rasional ketika mana sedang mengidamkan sesuatu yang sukar untuk didapatkan sehingga membebankan suami atau menyusahkan diri sendiri.
Adakah anda masih bersetuju bahawa situasi mengidam dan kempunan itu merupakan fenomena fitrah kepada seluruh warga yang mengandung?. Kaji dan renung-renungkan serta selamat beramal.
*Buat pengetahuan para pembaca juga, jika 'mengidam' ini berlaku pada masa saya mengandung nanti, saya akan cuba mengawal emosi saya, sebagaimana yang telah saya titipkan di dalam artikel ini.( Penulis belum berkahwin lagi, saya tulis ni sebab kita semua (wanita) bakal menjadi isteri dan ibu...^__^ )

Artikel yang menarik... :) Rasional diperlukan pada banyak tempat.. moga2 artikel ni dapat membantu para ibu2 yang mengandung.. teruskan penulisan yang bermanfaat sebegini dimasa akan datang..:)
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan dan komentar..insyaAllah,,moga ianya bermanfaat untuk semua..=)
ReplyDelete