Saturday, July 2, 2011

Dakwah itu tugas siapa..??


"Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang lain? Aku tak mampu lagi la, tunggu la sikit masa lagi."
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, setiap muslim secara langsung atau tidak, perlu saling nasihat menasihati dan berdakwah antara satu sama lain. Tanggungjawab itu sudah tercatat sedari loh mahfuz lagi. Kita bukan sesiapa untuk menidakkan tugas ini.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Ramai diluar sana yang beranggapan seperti saya. Mungkin mereka tersilap faham akan konsep dakwah yang sebenar. Yelah, mana mungkin mahu berdakwah andai diri sendiri masih saja terumbang-ambing dengan keseronokan duniawi. Bagaimana mahu berdakwah kalau diri sendiri pun sekejap begitu sekejap begini. Namun sekarang,saya sedar bahawa dakwah itu tugas setiap manusia yang diutus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Menurut tafsir Al-Quran, "Khalifah" pada ayat 30 ini bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa. Manusia diutuskan ke muka bumi ini untuk memimpin dalam mencapai keredhaanNya.
Tugas dakwah memang berat. Saya akui kebenarannya. Untuk diri saya yang baru mula bertatih ini, sememangnya kerja-kerja dakwah itu tidak mudah. Kerana bukan semua mampu berfikir seperti mana yang kita fikirkan. Namun, itulah tugas seorang hamba Allah yang bernama Khalifah. Tugas seorang hamba Allah yang perlu sentiasa meningkatkan diri sendiri dan menarik sahabat-sahabat agar bersama-sama berdiri di atas landasan iman yang kukuh.
Seorang yang  berdakwah perlu mengamalkan cara dakwah yang bersifat 'Qudwah hasanah'iaitu Dakwah melalui tauladan yang baik. Sebagai contoh, kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik melalui perbuatan kita sendiri. Salah satu contoh adalah senyum. Senyumlah kerana ia seindah suria. Melalui senyuman, lebih mudah dakwah kita akan diterima dan ukhuwah juga boleh terjalin.
Oleh kerana itu, senyumlah kepada sahabat handai dan saudara mara. Anda tidak akan rugi apa-apa hanya kerana anda senyum. Malah, anda akan bahagia. Namun, perlulah diingatkan, senyumlah pada yang berhak sahaja. Kepada para wanita muslimah senyumlah dengan penuh batasan. 
Selain itu kita perlu bercakap dan berdakwah secara lemah lembut. Akan tetapi lemah lembut yang dimaksudkan bukanlah bermakna bercakap dengan nada mendayu-dayu dengan bukan muhrim . Sekiranya perlu untuk bercakap dengan seseorang yang bukan muhrim, anda perlulah melembutkan cara percakapan tetapi perlu juga tegas menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Muslimah itu perlu mempunyai pendirian yang tegas dan bertutur dengan penuh hikmah.

Ayat 159 Surah Aali-'Imran:
"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

Sahabat, kalau rasa lemah semangat untuk terus berjuang, renung-renungkanlah semula kisah nabi kita , Rasulullah s.a.w. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang baginda hadapi sehinggakan baginda pernah dilemparkan batu oleh kaum Quraisy sehingga terluka. Apalah sangat usaha kita hari ni berbanding kekasih Allah ini? Kuatkanlah semangat kalian!. Saya berharap agar kalian teruskan warisan Rasulullah s.a.w ini iaitu berdakwah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar! InsyaAllah.

Saturday, June 11, 2011

Duhai Syabab..!

Assalamualaikum...sahabat-sahabat sekalian...sudah lama rasanya saya tidak meng'updatekan' isi blog ini dari hujung jari-jemari saya sendiri..alhamdulillah,hari ini saya diberi kelapangan waktu untuk melakar tinta di Raudhatul Muhibbin(Taman hati orang yang jatuh cinta)...Mengapa saya menukar tajuk blog saya daripada 'wadah bicara' kepada 'Raudhatul Muhibbin'..? Jangan ingat saya sedang jatuh cinta,,,tidak sama sekali...mungkin belum tiba masanya untuk saya memikirkan perkara ini dengan serius..masih banyak lagi perjalanan hidup yang belum saya tempuhi...tetapi,sekalipun Allah uji saya(kalau suatu saat nanti saya akan jatuh cinta pada seseorang,akan saya sembunyikannya,dan doa pada-Nya,kalau benar dia seorang yang dapat memimpinku,maka temukanlah aku dengannya berserta redha-Mu,Ya Allah)...

Hmmm...sebenarnya bukan ini yang saya ingin nyatakan...maaf ya sahabat-sahabat,,melencong ke lain pula..lari tajuk...sebenarnya saya ingin menceritakan sesuatu yang menjadi polemik masyarkat kita,..iaitu,syabab(pemuda/remaja) dunia akhir zaman...syabab yang sepatutnya menjadi harapan kepada agama dan bangsa...tetapi sayang...mengapa jalan ini yang kau pilih..?


* Tepat jam 1.15 p.m..saya tiba di perhentian bas sebelah masjid bota kanan,perak.(Dari manjung dengan menaiki bas)..Kebetulan hari itu merupakan penghulu segala hari,iaitu hari jumaat,maka berpusu-pusulah umat islam yang masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat jumaat. Saya duduk menunggu ayah saya selesai menunaikan solat jumaat di perhentian bas tersebut....Tatkala saya sedang leka mendengar khutbah yang diberikan oleh imam masjid tersebut,datang beberapa orang remaja serta budak-budak bawah umur yang siap berbaju melayu.Lepak,tidak jauh dari saya.Pelbagai ragam mereka.Ada yang sedang minum air sambil berjalan,ada yang sibuk bercerita tentang video game,pakwe makwe,dan yang paling menyedihkan,budak yang baru berumur 10 tahun sedang enak menghisap rokok dan menghembuskan asapnya ke udara.Saya memandangnya.Lama. Dia menunduk.Mungkin malu.Serta-merta rokoknya dilepaskan ke tanah.Mereka yang sedang membuat bising terus diam tatkala menyedari mereka sedang diperhatikan olehku. Lalu disitu saya mengambil peluang untuk menegur mereka.Sekurang-kurangnya lepaslah tanggungjawab saya untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata..

''Adik-adik,tak dengar ke imam sedang membaca khutbah? Kenapa adik-adik tak pergi dengar khutbah dekat masjid tu?sekejap lagi nak solat jumaat dah,kan sudah lengkap pakai baju melayu ni..pergilah dengar khutbah.Apa yang adik dapat dengan membuat bising,lepak,hisap rokok kat sini?Dapat dosa lagi adala sebab mengganggu orang yang sedang mendengar khutbah. Adik,ingat..hari ini hari jumaat.Ingat mati dik,pergi solat sekarang. Orang lelaki kena solat jumaat.Dapat pahala.Jangan buang masa dengan melepak kat sini.''  Mereka bising lagi sewaktu iqamat. Saya geram.seolah-olah teguran yang saya berikan ibarat mencurah air ke daun keladi.Lalu,dengan tegas saya bersuara lagi,''Adik,tak dengar ke orang tengah iqamat tu,janganlah bising.Tolong hormat orang yang nak beribadat.Kita orang islam.Baik kamu semua pergi solat sekarang.'' Serentak itu mereka secara beransur-ansur pergi ke masjid.Ada juga yang sempat memerliku,'Ustazah nak berceramah'...'takpe,cakaplah ape kamu nak cakap,asalkan tanggungjawab saya dah lepas'...

**Sedih melihat anak-anak melayu sekarang..islam hanya pada nama..solat tak terjaga,buta al-quran,hiburan nombor satu dalam hidup.Baru berumur 10 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan rokok.Masya-Allah...di manakah syabab yang diharap untuk memimpin generasi akan datang?? di mana? Tatkala anak-anak cina sedang sibuk menelaah pelajaran,anak melayu sibuk dengan habuan penjajah..budaya barat yang sedang meresap masuk ke dalam jiwa anak melayu.Lepak,gangsterism,hisap rokok,hisap dadah,zina,buang anak dan sebagainya..hanya segelintir syabab sahaja yang tidak terlibat dengan perkara-perkara sebegini..yang betul-betul,hidupnya berpandukan tuntutan agama...sebahagian lagi,hancur ditelan arus barat....Astaghfirullah..sedih..semoga generasi yang bakal lahir dari benih keturunanku kelak tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yahudi...Insya-Allah..akanku didik mereka dengan acuan islam..berpandukan Al-quran dan sunnah...''Ya Allah,, temukan aku dengan seseorang yang dapat memimpin aku dan keluargaku untuk mencari redhaMu Ya Allah...''

Nasihat saya,
Duhai syabab,,kejarlah dunia mengikut acuan islam..dan kejarlah akhirat nescaya kamu akan berjaya.....!!
Jangan kau tiru budaya barat,,kerana ia banyak menyesatkanmu malah mengheret kamu ke neraka jahannam...Nauzubillah...Peringatan ini bukan sahaja untukmu,malah untuk diriku sendiri...Diri ini juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...


Friday, June 10, 2011

~Ya Allah..~

~Alangkah indahnya~


Alangkah indahnya wahai Tuhan
Andai tiap gerak tubuhku....adalah ketaatanku padaMu
Andai tiap lafaz kataku....adalah zikir memujiMu
Andai tiap detik hatiku...adalah tafakur buatMu
Lebih indah lagi wahai Tuhan
Andai bisa kunikmati kasihMu
Andai tetap kudamba cintaMu
Andai terus kuhayati kalimahMu untuk kuisi lompang fuadku
Agar diriku dalam dakapan redhaMu
Pasti terlalu indah wahai Tuhan
Andai Kau membalas cintaku....
dengan kebesaran kasihMu dengan kesucian sifatMu Wahai Tuhan...
tentulah paling indah
Jika cintaku mendapat perhatian
dan Kau janjikan dengan pertemuan...
di syurga idaman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...