Hmmm...sebenarnya bukan ini yang saya ingin nyatakan...maaf ya sahabat-sahabat,,melencong ke lain pula..lari tajuk...sebenarnya saya ingin menceritakan sesuatu yang menjadi polemik masyarkat kita,..iaitu,syabab(pemuda/remaja) dunia akhir zaman...syabab yang sepatutnya menjadi harapan kepada agama dan bangsa...tetapi sayang...mengapa jalan ini yang kau pilih..?
* Tepat jam 1.15 p.m..saya tiba di perhentian bas sebelah masjid bota kanan,perak.(Dari manjung dengan menaiki bas)..Kebetulan hari itu merupakan penghulu segala hari,iaitu hari jumaat,maka berpusu-pusulah umat islam yang masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat jumaat. Saya duduk menunggu ayah saya selesai menunaikan solat jumaat di perhentian bas tersebut....Tatkala saya sedang leka mendengar khutbah yang diberikan oleh imam masjid tersebut,datang beberapa orang remaja serta budak-budak bawah umur yang siap berbaju melayu.Lepak,tidak jauh dari saya.Pelbagai ragam mereka.Ada yang sedang minum air sambil berjalan,ada yang sibuk bercerita tentang video game,pakwe makwe,dan yang paling menyedihkan,budak yang baru berumur 10 tahun sedang enak menghisap rokok dan menghembuskan asapnya ke udara.Saya memandangnya.Lama. Dia menunduk.Mungkin malu.Serta-merta rokoknya dilepaskan ke tanah.Mereka yang sedang membuat bising terus diam tatkala menyedari mereka sedang diperhatikan olehku. Lalu disitu saya mengambil peluang untuk menegur mereka.Sekurang-kurangnya lepaslah tanggungjawab saya untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di depan mata..
''Adik-adik,tak dengar ke imam sedang membaca khutbah? Kenapa adik-adik tak pergi dengar khutbah dekat masjid tu?sekejap lagi nak solat jumaat dah,kan sudah lengkap pakai baju melayu ni..pergilah dengar khutbah.Apa yang adik dapat dengan membuat bising,lepak,hisap rokok kat sini?Dapat dosa lagi adala sebab mengganggu orang yang sedang mendengar khutbah. Adik,ingat..hari ini hari jumaat.Ingat mati dik,pergi solat sekarang. Orang lelaki kena solat jumaat.Dapat pahala.Jangan buang masa dengan melepak kat sini.'' Mereka bising lagi sewaktu iqamat. Saya geram.seolah-olah teguran yang saya berikan ibarat mencurah air ke daun keladi.Lalu,dengan tegas saya bersuara lagi,''Adik,tak dengar ke orang tengah iqamat tu,janganlah bising.Tolong hormat orang yang nak beribadat.Kita orang islam.Baik kamu semua pergi solat sekarang.'' Serentak itu mereka secara beransur-ansur pergi ke masjid.Ada juga yang sempat memerliku,'Ustazah nak berceramah'...'takpe,cakaplah ape kamu nak cakap,asalkan tanggungjawab saya dah lepas'...
**Sedih melihat anak-anak melayu sekarang..islam hanya pada nama..solat tak terjaga,buta al-quran,hiburan nombor satu dalam hidup.Baru berumur 10 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan rokok.Masya-Allah...di manakah syabab yang diharap untuk memimpin generasi akan datang?? di mana? Tatkala anak-anak cina sedang sibuk menelaah pelajaran,anak melayu sibuk dengan habuan penjajah..budaya barat yang sedang meresap masuk ke dalam jiwa anak melayu.Lepak,gangsterism,hisap rokok,hisap dadah,zina,buang anak dan sebagainya..hanya segelintir syabab sahaja yang tidak terlibat dengan perkara-perkara sebegini..yang betul-betul,hidupnya berpandukan tuntutan agama...sebahagian lagi,hancur ditelan arus barat....Astaghfirullah..sedih..semoga generasi yang bakal lahir dari benih keturunanku kelak tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yahudi...Insya-Allah..akanku didik mereka dengan acuan islam..berpandukan Al-quran dan sunnah...''Ya Allah,, temukan aku dengan seseorang yang dapat memimpin aku dan keluargaku untuk mencari redhaMu Ya Allah...''
Nasihat saya,
Duhai syabab,,kejarlah dunia mengikut acuan islam..dan kejarlah akhirat nescaya kamu akan berjaya.....!!
Jangan kau tiru budaya barat,,kerana ia banyak menyesatkanmu malah mengheret kamu ke neraka jahannam...Nauzubillah...Peringatan ini bukan sahaja untukmu,malah untuk diriku sendiri...Diri ini juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan...
No comments:
Post a Comment