Sunday, April 7, 2013

Suatu kisah~

Ada sepasang suami isteri. suaminya sangat sayangkan isterinya. yelah, siapa yang xsayang isteri kan. solehah la katakan, genius pulak tu ^_^ ...  Suatu hari, si suami ni perasan sesuatu yang aneh. banyak kali isterinya miss comunication. lain yang ditanya, lain yang dijawab. hairan si suami. nak dikata pekak, tak sampai hati. nak ditanya isteri ada masalah ke, takut terasa hati. pasangan bahagia :D..  lalu si suami pun berjumpa doktor.


 Suami : Salam doc. Saya ada masalah ni, isteri saya macam ada masalah pendengaran. Saya tanya lain, dia jawab lain. Saya kata A, dia kata Z.

 Doc : Wa'alaikassalam. ye ke ? Cuba awak bawa isteri awak jumpa saya. nanti sy buat pemeriksaan.

 Suami : Tapi doc, saya takut dia terasa hati. Saya takut nak melukakan hati isteri saya yg solehah ni ;)

 Doc : Owh, kalau camtu.. cuba awak buat test kat isteri awak. Awak berdiri sepuluh langkah, then panggil dia. buat berulangkali sampai dia dengar. Check dalam berapa langkah baru dia boleh dgr suara awak. 

 Suami : Insyaallah doc, baik. Syukran ^_^

 ---------> Lalu si suami pon pulang kerumah .. si suami terus memanggil isterinya dalam jarak 10 langkah, dilihat isterinya masih tegak berdiri . Lalu dia melangkah setapak demi setapak sambil memanggil isterinya. sampai selangkah sahaja lagi ...

 Suami : Oh isteriku .. 

 Isteri : Ye b .. kenapa ni ? Dari tadi saya jawab, abang terus je panggil saya. B nak ape ?

 lalu .. peluh si suami mula merecik . Akukah ?

 .............................................................................................................

~ Dalam hidup ini, kadang-kadang kita merasa kita adalah pihak yang benar dan orang lain yang bermasalah. Tanpa kita mengetahui mungkin kita sebenarnya yang bermasalah . Cuba perhatikan diri kita, di mana sahaja kita berada, jika kita menghadapi masalah yang sama walaupun berubah masa dan tempat, mungkinkah kita yang membawa masalah itu ..? Allahu musta'an ..

. * ibrah cukup dengan cerita . diolah dr cerita d fb

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...