Wednesday, September 5, 2012

~satu pengalaman~



Assalamualaikum w. b. t...
Apa khabar semua sahabat-sahabat..?? Semoga sihat selalu di bawah lindungan Allah taala,,
MasyaAllah,, rasanya sudah lama saya tidak meng'update' blog ini,, mungkin disebabkan kekangan masa atau 
kehausan idea..hehehe... tiada apa yang ingin saya titipkan di blog ini hari ini, 
hanya untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan...


Hari ini, 5 hb 9,tahun 2012...genaplah setahun saya di sini.. Pelbagai pengalaman,
pahit getir, manis, masin, onak dan duri telah saya tempuhi,,
Tapi perjalanan masih panjang,, banyak lagi pengalaman hidup yang saya 
belum tempuhi.. entah apa yang berlaku pada masa hadapan,,
hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Hari ini, saya rasa terpanggil untuk meng'update' blog ini, sebab nak menitipkan satu
perkara yang saya pelajari dari seorang Pak Cik Teksi..

Semasa menaiki Teksi di Amman, Jordan, untuk ke pejabat Education Malaysian Jordan,
kerana ada sedikit urusan,, saya dan rakan saya, menegur Pak Cik Teksi itu kerana dia mahu merokok..
(Kami tegur, sebab kami memang tak tahan dengan asap rokok, tambah kalau duduk di tempat yang tertutup, memang rasa nak muntah)

Saya: ''Ammu, mamnu' tadkhin mumkin? (Pak Cik, jangan mrokok boleh?)''..
Pak Cik Teksi: Ah , ok..mashi,..(baiklah)

Memandangkan Pak Cik Teksi ini fasih berbahasa Inggeris, jadi saya pun berbahasa Inggeris dengannya..
Apabila melihatkan sikap Pak Cik Teksi ini yang peramah, dan baik, saya terfikir untuk menanyakan apa  faedahnya dari merokok..

Saya: What benefits do you get from smoking?
Pak Cik Teksi: Maybe to overcome stress..
Saya dan rakan: Just?? But, smoking is not good for healthy..
Pak Cik Teksi: Everyone will die..(Pendek jawapannya)
Saya dan rakan : ?? Ok, (BIJAK PAK CIK NI MENJAWAB)

Pak Cik Teksi itu terdiam.. Kemudian dia sambung balik, dia lontarkan balik persoalan kepada kami..
Kenapa kamu semua hanya kisahkan pasal rokok..? Kenapa kamu tak pergi tegur orang yang tak tutup aurat, orang yang couple, orang yang bergaul dengan yang bukan muhrim tanpa segan silu?? People is always blame someone without looking at themselves.. (saya dan rakan, kami hanya bertanya, kami tak blame orang pun, dan kami tak cakap pun kat pak cik, haram,,haram..) .. Ok,, Pak Cik tu pun cakap,, sekarang ni saya hanya nak bagitahu, kita kalau nak menghukum orang kita kena lihat pada diri kita dulu,, contoh;
''isyy,, orang tu minum arak la sayang ..haram,,'' (sedangkan kita sedang berpegangan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim,,so, adakah perkara yang sedang kita lakukan itu tak haram?? ) ..

Ooouh.. barulah kami faham, apa yang ingin disampaikan oleh Pak Cik ini... Betul apa yang dikatakan olehnya..Kita selalu menghukum seseorang itu tanpa melihat diri kita sendiri,, bahkan menghukum tanpa mengkajinya terlebih dahulu..itu bukanlah suatu perkara yang baik.. So, hari ini, saya belajar satu perkara dari Pak Cik ini, ''Jangan menghukum sesuatu perkara itu, jika kita juga melakukan sesuatu yang hukumnya sama dengan perkara itu,,,''
(Insyaallah, lepas ini I will take care dengan kes2 yang sewaktu dengannya..)

*Tapi saya masih tak puas hati dengan alasan Pak Cik itu, benefit yang dia dapat dari merokok adalah dapat kurangkan stress,, padahal banyak lagi cara lain untuk kurangkan stress,, tambahan pula kita adalah seorang yang beragama islam, banyak panduan dan cara untuk kita kawal emosi, dan kurangkan stress... Sampai sekarang,, memang saya tak jumpa satu pun faedah daripada merokok ini..lebih kepada pembaziran dan mudharat tubuh..Ya, Saya faham, saya tak duduk di tempat orang yang merokok,, saya tahu, betapa sukarnya untuk berhenti merokok,, tapi dalam dunia ini, tiada yang mustahil,, nak seribu daya, tak nak, seribu dalih... sudah ramai mereka-mereka yang berjaya melepaskan diri dari merokok, kenapa kita tak boleh?? Ok, saya doakan, mereka-mereka yang ada kemahuan untuk berhenti merokok, berjaya menjauhkan diri dari 'makanan mudharat' itu.. ~Semoga Pak Cik itu pun berjaya hidup bebas tanpa rokok~Amin..Wallahu a'lam..



Satu Jari kita tunjuk kat orang, empat lagi merujuk pada kita...^__^

6 comments:

  1. cerita menarik, tetapi lagi menarik jika cerita dengan susun kata yang menarik serta format yang betul. Utk mudah lagi faham, dan cerita itu sampai.. Sekadar pandangan dan cadangan sahaja.. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas cadangan & komentar anda,, ya, saya tahu, susunan cerita takde,, memang sengaja tulis ikut cerita sempoi ja..malas nak formal sangat, sebab dah lama tak menulis, so, keindahan bahasa pun agak lari..

    ReplyDelete
  3. hmm .. byk benar kita bljr dr pakcik teksi kan fifah . ambe suka je penceritaan yg cmni .

    ReplyDelete
  4. wahh,...k.fizah dh ade blog,,,sy dh follow akak..thanks kak,, sy tau,mmg bhsa sy xteratur pun,,saje nk tulis santai2...heheh..

    ReplyDelete
  5. Kak Fifah, saja nak cerita. Tadi pergi balad, pastu balik naik pikap, pakcik tu mer0k0k. Saya bebel dalam bahasa Melayu ja, Kaka Sarah Sabah terus habaq kat Ammu,"ammu, mamnuq tadkhin. " Ammu pun, "masyi2". Terus tak mer0k0k dah. Masalahnya kita yang sekeliling depa nih lagi bahaya nak dibandingkan dengan depa tu, kajian la nih. :)
    Untunglah jumpa Ammu pikap nih. :)

    ReplyDelete
  6. haha...tubiasalah tu...len kali,,klu tgk yg jenis boleh 'ditegur' ckp je kt ammu tu,,mamnu' tadkhin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...