Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...sahabat-sahabat sekalian...kaifa haalukum?Apa khabar semua?Ya Allah,,sudah terlalu lama saya tidak meng'update'kan blog ini dek kerana kesibukan tugas sebagai seorang mahasiswi..alhamdulillah,,kali ini saya diizinkan oleh-Nya untuk berkongsi sedikit ilmu tentang Tahsin Al-fatihah,,yang saya perolehi dari mengikuti kelas tersebut...setelah mengikuti kelas tahsin al-fatihah ini,,rupanya banyak yang saya tidak tahu,,terdetik di hati,betapa ceteknya ilmu di dadaku ini...syukur alhamdulillah,,kalau tidak kerana izin-Nya,mungkin saya masih di tempat yang lama...apa yang dapat saya kongsikan ialah tentang TAHSIN AL-FATIHAH,..apa itu tahsin al-fatihah?Tahsin bermaksud 'memperelokkan'..maksud keseluruhannya memperelokkan Al-fatihah..
sahabat-sahabat,,sedarkah kita,adakah betul bacaan AL-Fatihah kita selama ini?Terutamanya di dalam solat wajib lima waktu sehari semalam..sudah betulkah tajwid dan makhraj surah Al-Fatihah yang kita baca itu?
Yakinkah kita bahawasolat kita itu diterima oleh Allah?
Jika salah bacaan kita,maka tidak sempurnalah solat kita..
Jadi,,cek n periksa balik betulkah bacaan Al-Fatihah kita selama ini,,dari segi tajwid dan makhraj hurufnya?
Baiklah,,apa yang saya nak kongsi di sini ialah,,ikhtilaf pendapat tentang Bismillah..
*Ijmak ulamak mengatakan 'بسم الله الرحمان الرحيم" daripada surah an-namlu.
*Pendapat imam syafie' :Bismillah dari ayat Al-Quran(surah Al-fatihah)
*Pendapat imam malik:Bismillah bukan dari ayat al-quran
*Pendapat imam hanafi: Bismillah membezakan/memisahkan antara surah.
(Kitab Rawaai'ul bayan)
Hukum membaca Bismillah di dalam solat...
Pendapat Imam Malik:Tidak boleh baca Bismillah di dalam solat.
Pendapat Imam Hanafi:Membaca secara sir(rahsia/dalam hati/perlahan)
Pendapat Imam Syafie' :wajib baca Bismillah samada secara sir atau secara jahar(kuat).
Pendapat Imam Hanbali:Membaca secara sir dan tidak digalakkan jahar..
هل يقرأ مأموم خلف الأمام؟(Adakah makmum membaca (Al-Fatihah)di belakang imam?
Bagi pendapat Imam Hanafi,,:solat tanpa Al-Fatihah adalah sah,bahkan wajib membaca tiga ayat pendek...ini kerana beliau berpendapat dari dalil al-quran yang bermaksud''Bacalah kamu apa yang mudah dari Al-Quran''-surah al-muzammil,ayat 20.
~Agak terkejut dengan pendapat ini,,maklumlah sebelum ni kita tak pernah kaji pendapat mazhab lain..
Ulamak Jumhur(Imam Malik,Syafie',Hanbali)
Mereka berpendapat
Imam Syafie' : wajib membaca Al-Fatihah di belakang imam(setelah Imam habis baca)
Imam Malik: kita boleh baca dalam solat sir(solat yang dibaca perlahan,,solat zuhur,dan asar)
Imam Hanafi:hanya imam sahaja yang baca makmum tak perlu baca..sebabnya beliau memegang dalil dari Al-Quran,surah al-a'araf,ayat 204,,''واءذا قرئ القرأن فاستمعوا له" yang bermaksud:"Dan apabila dibacakan alquran maka dengarkanlah dan diamkanlah"
Dan bagaimana pula dengan Taawuz??Pendapat paling raajih(tepat) mengatakan Taawuz hendaklah dibaca secara sir sebelum memabaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lain..
*Jadi sekadar ini dahulu perkongsian dari saya...jika mahukan ianya lebih jelas rujuklah kitab Rawaa'iul Bayan..Insyaallah,,semoga ianya bermanfaat..maaf susunan ayat masih tidak sempurna..disebabkan lama tak update blog..
syukran pip...ILMU YNAG BERMANFAAT...
ReplyDeleteal-fatihah, basmallah, sir wa jahr ni memang khilaf muktabar , saya berpegang kepada qaul sir..
ReplyDeletealhamdulillah perkongsian yang baik dari enti..moga thiqah di jalan kibarul ulama', insyaAllah