Iaitu Jahl ( jahil atau kebodohan), da'ful iman (lemah iman) dan taklid (mengikut secara ikut-ikutan).
- Jahl (Jahil)
- ''Dinamakan Jahiliah kerana mereka tidak mengetahui perkara yang benar dan perkara yang salah''
Jahil merupakan punca utama perbuatan syirik. Ini disebabkan masyarakat sebelum kedatangan Islam
telah dinamakan masyarakat jahiliah.
Akibat hidup dalam suasana sedemikian , masyarakat lebih cenderung berbuat syirik tanpa sekatan.
Bahkan kecenderungan pengamalan syirik juga semakin berpengaruh dan berleluasa.
Antara tanda kewujudan syirik dalam masyarakat ialah para dukun,tukang tilik
dan tukang sihir telah menjadi rujukan utama mereka dalam semua perkara berbanding orang agama.
Mengapakah ini berlaku?
Jawapannya ialah akibat kejahilan mereka,lantas mereka tidak tahu bagaimana cara seharusnya
untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan dan persoalan yang dihadapi. Akhirnya, dukun
dan pawang juga menjadi rujukan untuk menyelesaikan segala permasalahan mereka.
- Da'ful iman ( lemah iman)
Lemahnya rasa takut kepada Allah ini akan dimanfaatkan oleh hawa nafsu untuk menguasai diri seseorang.
Apabila seseorang telah dibimbing oleh hawa nafsunya, tidak mustahil ia akan jatuh ke dalam
perbuatan-perbuatan syirik seperti memohon kepada pohon besar,
untuk segera menjadi kaya, datang ke perkuburan wali untuk meminta pertolongan agar
ia dipilih menjawat jawatan tertentu, atau selalu merujuk kepada para dukun supaya penampilannya
dapat memikat hati kebanyakan orang seperti artis dan orang kenamaan.
Ini semua adalah perbuatan syirik yang berleluasa sehingga kini.
- Taklid (ikut-ikutan)
Taklid(ikut-ikutan) gejala syirik dalam masyarakat.
Al-quran sering kali menggambarkan bahawa orang yang menyekutukan Allah selalu
memberi alasan untuk mereka melakukan syirik kerana mengikuti jejak nenek moyang mereka.
Maksud dari Firman Allah;
Dan (orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan keji,
mereka berkata,''Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya,
dan Allah perintahkan kami mengerjakannya.'' Katakanlah (wahai Muhammad); Sungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan keji.
Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Al-A'raf 7: 28)
* Semoga kita dijauhkan dari perbuatan syirik.Sesungguhnya dosa yang paling besar adalah syirik kepada Allah swt. Tidak akan masuk syurga seorang anak adam itu jika
melakukan syirik kepada Allah...... Nauzubillah min zaalik..!

No comments:
Post a Comment