*Ini adalah artikel dan ulasan dari karya yang aku cipta....sengaja aku poskan di blog ini untuk tatapan aku dan rakan-rakan...hehehhh...
Soneta: KU TEMU SAHABAT BARU (GURIZ),
(Suatu Pandangan)
Dari
Mokhtar Rahman
Saya melihat Gurlz sebagai penulis soneta yang berpotensi, rajin, berdedikasi dan sedia memperbaiki diri, kerana itu saya ada beberapa saranan buat Gurlz. Itupun jika sudi menerima. Saya bukan ahli dalam bidang puisi lebih-lebih lagi soneta namun saya rasa biarlah idea dan pendapat ini boleh dikongsi bersama:
Soneta: “Ku temu sahabat baru…!” tersiar di Halaman Soneta (4-4-4-2) pada 15.02.2011. Soneta ini memang cantik termasuk paparan slideshownya yang menarik. Gurlz memberi gambaran bahawa pertemuan dengan sahabat barunya umpama kehadiran dua biji mata, sentiasa melihat pemandangan yang sama tetapi tidak pernah bertemu. Saya kira fenomena ini suatu perumpamaan yang indah dan harus direnungkan.
Gurlz dapat merasa keikhlasan sahabat ini, yang tentunya anugerah Allah, mampu menjalin ukhuwah antara mereka sekali gus rela menghulurkan tangan sambil berharap persahabatan ini tidak mudah musnah.
Akhirnya Gurlz juga pasrah mencari keberkatan bumi ambiya’ seperti yang dijejaki sahabatnya itu.
Tema soneta ini cukup jelas, mengenai persahabatan.
Saya cuma ingin menyaran beberapa faktor mengenai irama (rhythm) soneta (mengikut selera saya, berasaskan pengalaman menulis lirik lagu):
1. Untuk mendapat ‘flow’, biarlah irama soneta itu mirip kepada pantun, selain kita sering berjinak dengan rangkap-rangkap pantun, kita juga mampu mencipta identiti kemelayuan dalam soneta kita:
Huajn Gerimis (5 sukukata) l di siang hari (5 sukukata)
Hujan selatan (5 sukukata) l menyiram debu (5 sukukata)
Tertangis-tangis (5 sukukata) l seorang diri (5 sukukata)
Mengenang badan (5 sukukata) l tidak beribu (5 sukukata)
2. Lima sukukata pertama dan lima sukukata kedua pada baris yang
sama biarlah merupakan rangkaikata-rangkaikata lengkap. Contoh: stanza 1 dalam soneta “Ku temu sahabat baru..!” yang telah diubahsuaiklan:
Sahabat baru l yang kukenali
Bagai wujudnya l sepasang mata
Yang tidak pernah l sua sekali
Namun tarinya l tetap bersama
3. Ada baiknya perkataan yang sama tidak diulang untuk mengelak dari
ulangan yang membosankan (monotonous) atau anggapan bahawa
kita kekurangan kosa kata.
………………………………….
Menjalin ukhuwah demi khaliq
………………………………….
Yang dianugerahi al-khaliq
Bumi anbiya’ medan juangnya
Akan kujejak bumi berkatnya
4. Seboleh-bolehnya elak guna perkataan yang banyak bilangan suku-
katanya seperti, “keikhlasan”(5 sk), “dianugerahi”(6 sk), “persahaba-
tan”(5 sk), “dipertemukan” (5 sk) kerana ia boleh mengganggu corak
irama ayat-ayat soneta. Gunakan perkataan yang mengandungi 3,2,1
sukukata sudah memadai. Jika kita menggunakan 4 sukukata, guna-
kan “yang”, “si”, “sang”, “”hai”, “oh”, “nya”, “al”, “ku”, “mu” dsb.bagi
melengkapi 5 sukukata.
5. Akhirnya sedikit pengubahsuaian ke atas soneta "Ku temu sahabat baru.!":
(mohon maaf Guriz, sekiranya saranan ini mengganggu fikiran, hatibudi sdr)
Ku temu sahabat baru …!
Sahabat baru yang ku kenali
Bagai wujudnya sepasang mata
Yang tidak pernah sua sekali
Namun tarinya tetap bersama
Keikhlasannya dapat kurasa
Menjalin kasih demi al-khaliq
Ceria teman bagai cahaya
Anugerahi Tuhan yang malik
Bersih sesuci salju sakinah
Ku hulur kasih persahabatan
Jangan biarkan ianya punah
Sebelum kita dipertemukan
Bumi anbiya’ medan segala
Akan ku jejak berkat tanahnya.
16 Feb 2011
FUH...dasyat2...hik3...bgus arr ko pnyer karya...
ReplyDeletene ade bgus r...x puitis...hahah..siap kene baiki ag tu...karya lemah..heheh...aku kene banyak blajar agy nk hasilkan karya yg bagus..
ReplyDeletehah, dengar leklok cikgu ajar tu
ReplyDeleteye..sdr admin..!
ReplyDelete