Friday, March 25, 2011

~ Menguap..~

Adab Menguap.

1. Menahan menguap sekadar termampu.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w, bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah Taa'la suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah'. Adapun yang menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila salah seorang dari kamu menguap syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Apabila seseorang daripada kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui rongga mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap samada dalam solat atau di luarnya.

3.Makruh mengangkat suara ketika menguap.

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Termizi daripada Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: 
Sesungguhnya Allah Taa'la suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang daripada kamu menguap jangan sampai berbunyi haa..ha.., kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawaknmu. Ibnu As- Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Azzubair r.a, katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

~Sifat yang harus dielakkan oleh Para Wanita~

Assalamualaikum kepada semua pelawat.....kali ini ana akan postkan article mengenai wanita  pula...sedang ana melayari laman sosial facebook,ana terjumpa article tentang wanita...tajuk article tersebut,JANGAN KAHWINI WANITA YANG ADA 6 SIFAT INI...Insyaallah,article ini memberi pengajaran kepada kita(wanita) agar dijauhkan dari sifat ini...berhati-hatilah...muhasabah diri kita...!

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.


Saturday, March 19, 2011

~sakitnya jatuh cinta...~




Amat mudah untuk kita jatuh cinta pada seseorang,tetapi susah untuk melupakannya...Perasaan ini susah untuk dijangkau...terkadang rasa sakit bila jatuh cinta..terkadang bahagia saat dilamun cinta...kalau ikutkan hati,memang tidak mahu perasaan sebegini hadir pada waktu yang tidak tepat,tidak suka perasaan sebegini hadir kerana ia amat menyakitkan..walaupun tidak pernah merasai nikmat percintaan tapi bila jatuh cinta pada seseorang itu amat menyakitkan(maksudnya tidak pernah bercinta tapi pernah jatuh cinta)....ia sungguh menyakitkan dan membuatkan kita lemas dan tenggelam dalam mimpi serta  khayalan yang tak sepatutnya wujud......tapi,kita hanya manusia...hanya mampu mengawal perasaan ini...

*pengajaran ;,,jangan mudah jatuh cinta..dan jangan layan perasaan tersebut jika kita terasa kita sudah jatuh cinta pada seseorang...kelak akan menyiksa diri kita...menyusahkan diri kita dan menyemakkan fikiran kita dengan cinta manusia..carilah cinta hakiki...yang kekal abadi dan sentiasa di nanti-nantikan oleh-Nya...

~50 tanda-tanda orang munafiq...~

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana di beri keizinan untuk menitipkan sedikit ilmu bersama sahabat-sahabat sekalian....oleh kerana masa amat mencemburui saya maka,saya tidak dapat menitipkannya secara panjang lebar..buat masa sekarang,saya hanya mampu copy artikel-artikel dari laman web lain dan pastekan di sini...rasanya tidak salah jika 'ciplak' artikel dari insan lain untuk kebaikan..supaya sama-sama kita kongsi ilmu dan cuba untuk amalkannya..mungkin sudah ada yang pernah membacanya atau mungkin ada yang belum pernah membacanya..oleh kerana itu saya copy dan paste di blog ini...kalau ikutkan diri ini,memang banyak tinta yang ingin saya lakarkan di sini ikhlas dari hujung jari saya..bukan copy dari artikel orang lain...tapi,apakan daya..saya hanya manusia yang mempunyai dua tangan..,,lagi pula,masa saya sekarang sangat terhad,memandangkan saya sudah mula bekerja untuk mencari sedikit bekalan untuk saya gunakan demi mengutip mutiara ilmu di bumi anbiya'...insyaallah...


Berbalik kepada isi post untuk blog ini....di sini saya postkan  50 tanda-tanda orang munafiq menurut Al-Quran dan sunnah...semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat munafiq ini.....kerana sifat munafiq inilah yang amat berbahaya kepada setiap umat islam....sama-sama kita kongsi ilmu yang bermanfaat...silakan share atau copy artikel ini..tidak perlu minta izin dari saya....

50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...