Saturday, March 19, 2011

Maksiat batin yang berjangkit ke maksiat zahir...!

Sedang saya membaca paper i luv islam td,saya terjumpa sedikit ilmu yang saya rasakan amat berguna untuk kita...dan penting untuk kita ketahui dari mana asalnya maksiat zahir yang kita lakukan..maka terdetik di hati ini untuk berkongsi ilmu ini dengan sahabat-sahabat sekalian..
  1. Bercakap banyak terutama perkara-perkara yang haram dan syubhah.
  2. Gemar marah-marah sehingga mengeluarkan perkataan-perkataan yang membawa penyesalan.
  3. Berhasad dengki apabila melihat kebaikan orang lain sehingga menimbulkan dendam dan sakit hati.
  4. Bakhil terhadap harta yang dipinjamkan Allah kepadanya. Tetapi murah dan mudah pula digunakan ke jalan yang tidak Allah redhai.
  5. Gemar bermegah-megah.Ada yang terlalu bermegah terhadap harta,pangkat dan kuasanya.Namun ada pula orang terlalu bermegah dengan anak dan keturunannya.Dan yang paling bahaya,ada yang bermegah dengan ilmunya.
  6. Sombong dan takbur dengan diri sendiri. Menganggap dirinyalah yang paling baik. Padahal, belum tentu kebaikannya di terima Allah..
  7. Cintakan dunia dan berlebih-lebihan terhadapnya sehingga melalaikannya daripada mengingati ALLAH.
  8. Suka memfitnah terutama apabila fitnah itu ditujukan kepada orang-orang yang alim dan baik.
  9. Ujub dan sering menyangka bahawa dirinyalah terlalu sempurna berbanding orang lain. Bahkan sering merasakan dirinya hebat.
  10. Riak dan sering melakukan sesuatu perkara hanya semata-mata kerana inginkan pujian serta sanjungan daripada orang lain.



Wednesday, March 16, 2011

Mudahnya kita jatuh cinta..!

Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?


Hanya pada pandangan pertama.


Dan dulu seorang adikku
selalu mengatakan itu padaku,


Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.


Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali


Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.


Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.


Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita


Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti


Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!


Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali


kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi


( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)


Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.


Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!

Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!

وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)




"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥

Saturday, March 5, 2011

~Jika Aku Jatuh Cinta~

Atasi zina hati..!

Bismillahirrahmanirrahim,,alhamdulillah di pagi yang mulia ini,, ana ingin berkongsi tips berguna ini,,, ana bukanlah penulis artikel ini,,, tetapi sengaja ana selitkan di post ini,,,malah artikel ni pun ana copy dari blog sahabat ana,,, kerana ana anggap tips ini amat penting untuk disebarkan kepada golongan yang manusia yang tanpa menyedari,, sering melakukan zina hati,,, termasuk diri ini,,,, ambillah iktibar darinya,,,

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


  • Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.


  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)





  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...