Sunday, May 28, 2017

MAKANAN SUNNAH DARI SEGI KESIHATAN







ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 SEKALIAN...
APA KHABAR KALIAN..?HARAPNYA SEMUA SIHAT WAL AFIAT LA YE..
Baiklah..Hari ni Ifa nak share tentang makanan Sunnah yang disebutkan dalam al-quran..

1.BUAH TIN DAN ZAITUN..
"Demi (buh) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai ".(Qs. At Tin:1-2)
 Buah zaitun terdiri atas lebih kurang 67% air, 23% minyak, 5% protein, dan 1% mineral. Diantara 1% mineral itu terkandung kalsium dan zat besi. Sedangkan untuk vitamin setidaknya terdapat 4 vitamin yang terkandung dalam buah zaitun yaitu vitamin A, B, C dan D. Minyak yang dihasilkan buah zaitun yang sering kita sebut minyak zaitun ternyata memiliki sedikit sekali kandungan lemak di dalamnya, itulah alasan mengapa minyak zaitun sangat di rekomendkan untuk sentiasa diminum. Minyak zaitun dapat dikenali dari warnanya yang kuning pucat agak kehijauan dan mempunyai bau yang istimewa, sedap dan tak pahit. Manfaatnya dapat mengubati penyakit diabetis,mengawal tekanan darah dalam badan, menegangkan dan menyihatkan kulit, Elok untuk pertumbuhan rambut baru dan menyebabkan akar rambut kekal kuat.


                                                        2.DELIMA



"Di dalam kedua syurga itu ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta buah delima". (QS. Ar rahman: 68)
 Terdapatnya kata buah delima yang disebutkan beberapa kali dalam alquran serta sunah menggambarkan begitu istimewanya buah ini. Mungkin suatu saat akan terungkap beberapa manfaat buah delima yang belum diketahui sekarang ini. Kulit buah delima, atau dalam istilah Farmakognosinya disebut sebagai Granati Fructus Cortex, mengandung asam tanat yaitu zat pembasmi dan pembersih bakteri. Selain pada kulit luarnya, bagian-bagian buahnya pun mengandung zat asam tanat meskipun dengan kadar yang rendah. Selain asam tanat, terdapat juga kandungan lain yang berupa menthol dan zat besi dalam jumlah yang cukup tinggi. Karena kadar zat besi yang tinggi inilah yang menjadikan buah delima bagus dikonsusi bagi mereka yang kurang darah (anemia).



                                                        3. KURMA


Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, diantaranya dalam surah Mukminah ayat 19: “Kemudian Kami tumbuhkan karenanya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebagian kamu makan”
Kurma adalah “energi instan” karena mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandung kandungan serat yang tinggi (3 kali lebih tinggi dari pisang).

                                                         4.BUAH TIN

"Demi (buh) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai ".(Qs. At Tin:1-2) 



Berdasarkan penelitian medik, buah tin mengandungi kadar zat gula yang tinggi. Terdapat juga mineral, kalsium, fosfor, dan zat besi. Buah tin juga mengandungi beberapa vitamin seperti vitamin A, B, C, dan K. Dan secara medik telah terbukti beberapa khasiat dari buah Tin :

Antara khasiat buah tin termasuk menghilangkan racun, mengurangi batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangi lendir di usus. Buah tin yang kering mengandungi 6 kali lebih kalori dari jenis basah (segar). Pengeringan buah  telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan berbagai mineral dan zat mineral, tetapi rendah sodium.Selain itu buah tin juga dapat membaikpulih sembelit,sakit perut,dan melancarkan perjalanan darah haidh.

                                                           5.MADU LEBAH


Allah berfirman, "Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah di mudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran allah) bagi orang-orang yang memikirkan". (Qs An Nahl : 68-69)


Antara khasiat yang terdapat di dalam madu lebah~~
a)Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.


                                                         6.HABBATUSSAUDA'


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)


HABBATUS SAUDA yang dikenali dengan nama saintifiknya Negella Sativa telah pun digunakan di merata negara sejak zaman berzaman terutama di Timur Tengah dan Timur Jauh sebagai ubat semulajadi bagi berbagai penyakit insan. Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa HABBATUS SAUDA' digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun Masihi. (Jan 1980, Nasimy 1984) dan literature lama Ibn Sina (Avi Cenna 1000M - 412H) dan Al-Antiki (670M - 1094H).
 Ia berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecut semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma, luka-luka dihati (Cirrhosis of liver), batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, gout, tonsilitis, gusi berdarah, gastrik, luka-luka dalam perut (Ulser), kurang penghadaman, mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah. Ia juga dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris,
Indomeferitis Ophoritis), senggugut melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (Premature ejaculation) membersihkan perut dari angin dan kahak. Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, InsyaAllah.

                                                        7.ANGGUR


''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)

Aneka ragam buah-buahan segar diciptakan Sang Khalik untuk umat manusia. Di antara sekian banyak buah-buahan itu, salah satu yang disebutkan Allah SWT dalam Alquran dalah anggur. Buah yang rasanya lezat itu, disebutkan dalam Alquran sebanyak 14 kali.

Selain daripada buahnya yang berkhasiat,,biji anggur juga mempunyai banyak khasiat.Antara manfaat biji anggur ialah Penangkal radikal bebas. Dr.Masquelier, seorang peniliti asal Perancis, menemukan zat anti kanser berupa proanthocyanidins dalam biji-biji anggur. Keampuhan proanthocyanidins ini boleh menangkal radikal bebas sebanyak 20 kali vitamin C dan 50 kali vitamin E. Ekstrak biji anggur juga dianggap lebih baik dari suplemen anti oksidan vitamin A dan E kerana mudah terlarut dalam air.Selain itu biji anggur juga merupakan Anti kanser Dikutip dalam The Times of India, ekstrak dari biji anggur dapat mengelakkan sel kanser dari terus berkembang biak.


Baik..di atas Ifa telah kongsikan manfaat-manfaat yang terdapat di dalam makanan-maknan sunnah serta ayat-ayat quran sebagai bukti yang menunjukkan kekuasan Allah dalam mencipta sesuatu mengikut kesesuaian tubuh badan manusia. Demi memudahkan sahabat-sahabat untuk konsum makanan sunnah ini,kami ada solusinya,, Di dalam jus fihydar mengandungi 20 bahan terpilih dan 7 daripadanya  makanan sunnah yang telah Ifa nyatakan di atas..Anda hanya perlu konsum setiap hari dengan 2 sudu jus fihydar sahaja sudah cukup membuatkan anda sihat dari dalam.


Berminat boleh wasap +60196353044

Sunday, May 21, 2017

TIPS RAMPING DI BULAN RAMADHAN


Rasa kejap je waktu berlalu.. lagi seminggu dah nak masuk bulan Ramadhan...maklum lah kan umur semakin meningkat. beban hidup pun semakin menekan. yang tak seronoknya badan pun ikut berkembang.. haha.. Tapi, takkan nak biar badan terus membesar? betul tak??Jadi harini Ifa nak kongsikan tips macamana nak ambil kesempatan atas kewajiban kita berpuasa ni.. untuk kita kekal ramping atau berhijrah dari bam bam kepada slim mlim.. . sebulan ni je la peluang kita.. baca dan amalkan ye nanti.. 

 1. Jangan Tinggal Sahur.
 Jangan tinggal sahur walaupun hanya dengan sebiji kurma. Sahur adalah sunnah. Jangan sebab alasan nak diet dan kurus maka kau tinggalkan sunnah ini. Lagi pun salah kalau kita tak makan waktu sahur tu. Tak elok untuk kesihatan sebenarnya. 

 2. Makanan Rendah Kalori.
 Semasa sahur pilihlah makanan yang tidak tinggi kalori, tinggi garam dan kurangkan makanan berlemak. (Elak lauk sahur dengan ikan masin, telur masin, mee segera atau sardin dan seumpamanya). Sebab makanan-makanan tu akan serap air dalam badan kita. 
 3. Pengambilan Nasi / Bihun / Mee Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asal jumlah segenggam. Namun untuk jimatkan lagi kalori, anda boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal atau pun oat.

 4. Minuman Manis.
 Tinggalkan segala minuman manis atau berkafien sepanjang sahur. Anda minumlah air kosong banyak-banyak. Anda kena tahu air kosong selamanya kosong kalori. 

 5. Kuantiti Makanan Semasa Berbuka.
 Semasa berbuka puasa, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti.

 6. Mulakan Berbuka Dengan Kurma & Air Manis Seteguk Sahaja. 
Hehe. IFA tahu Anda memang susah nak buat benda ini tapi percayalah dalam masa seminggu anda dah boleh lihat kesan pada perut anda. Lepas tu belajarlah untuk minum air kosong.(solat dulu baru makan..haha)

 7. Lauk Pauk Jenis Rebus. 
Untuk lauk berbuka ,IFA suggest untuk pilih yang rebus-rebus atau pun bakar-bakar. Ikan masak asam pedas, ayam golek, ayam sambal ini semua bagus sebab kurang pembentukkan lemak dalam badan nnt. Jangan ambil yang bergoreng atau yang banyak guna sos atau kicap. (Charkuetiow, KFC, etc) Lebihkan yang bakar dan rebus. 

 8. Sayur & Buah-Buahan.
 Sayur dan buah-buahan adalah menu yang jangan Anda tinggalkan sebagai tambahan serat dan vitamin dalam badan. Barulah makanan itu jadi seimbang dan anda akan nampak lebih bertenaga dan tidaklah kurus dalam keadaan yang nampak letih. Jujur kalau Anda boleh konsisten dengan garis panduan yang Ifa beri ni, Anda tak perlu pun nak habis ribuaan ringgit untuk kurus. Tidak ada masalah pun jika Ramadhan ini anda ingin jadikan titik permulaan untuk hijrah ke arah yang lebih baik. Ibadah tetap ibadah. Jika Anda niatkan kurus ini adalah untuk memudahkan urusan ibadah dan kerana Allah maka pahala yang juga anda dapat. betul tak??

 9. Suppliment Tambahan. 
Dalam mengamalkan diet semulajadi macam kat atas tu, memang tak sah kalau tak di sulam dengan suppliment. Supaya lemak-lemak yang sedia ada tu lebih mudah terbakar. Tapi pastikan anda ambil suppliment yang berkuality tau!. Dalam malaysia ni hanya ada 7 atau 8 sahaja suppliment yang trusted (boleh dipercayai). 
 Ifa suggestkan anda amalkan jus yang pertama. Sebab banyak feedback dari client- client Ifa cakap, memng berkesan dan sesuai sangat untuk diamalkan pada bulan puasa. Boleh sekat selera makan Tahan perut dari rasa lapar. Mudah kempiskan perut yang buncit. Anti obesiti. Hilangkan selulit. Mengatasi masalah sembelit. Dah boleh tahan perut dari kena gastrik. Jadi, why not, anda laburkan sikit untuk suppliment yang betul-betul membantu anda? betul tak?. Masa dah suntuk macamni takkan anda nak hidangkan seribu alasan lagi untuk diri anda sendiri? jadi jom amalkan tips-tips di atas dan sulamkan dengan jus Fihydar ni..

nak tau kelebihan2 dan feedback2 dari client2 Ifa yg dh berjaya turunkan berat badan bersama fihydar?? Jom wasap +60196353044

Tuesday, May 28, 2013

~Love is blind~



Love is blind 
 Cinta yang lebih menurut hawa nafsu
 berbanding kewarasan akal budi
 sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan,
 atau tidak mahu mengakui,
 keburukan orang yang dikasihi.
 Kasih tidak bersekutu dengan bijak 

Thursday, May 23, 2013

kasih sayang

~ Talk about 'kasih sayang'~

A: Isy..mcm mna ni weh,,si B dah benci aku..teruk sangat ke aku ni? sampai dia benci sangat kat aku..Aku pun xtau kenapa dia benci aku..

C: Rileksla..cuba ko pikir balik, yang benci ko berapa orang? Dan berapa ramai pula yang sayangkan engkau? Bandingkan mana lebih ramai.

A: Kalau ikutkan memangla lebih ramai yang sayang aku. Mak ayah aku,adik beradik aku, nenek datuk aku,dan ramai lagi kawan aku yang sayangkan aku. 

C: Jadi,lebih ramai yang sayangkan ko. So,sekarang ni,bukan ko yang bermasalah. Orang yang membenci ko tu ade masalah. Kalau orang yang benci ko tu melebihi orang yang menyayangi ko,maknanya diri kau bermasalah..so,muhasabah balik mana salahnya diri ko..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...