Saturday, April 23, 2011

~Masalah~

Masalah..???


Semua orang ada masalah..termasuklah saya sendiri...
Masalah adalah lumrah hidup..
Tiada orang yang tiada masalah .Jika anda rasa anda tak ada 
masalah,mungkin itulah masalah anda yang sebenarnya. 
Orang yang tidak bermasalah ialah orang yang tak fikir langsung tentang hidup..mungkin bayi,kanak-kanak,
orang gila,orang tua yang dah nyanyuk, dan sewaktu dengannya..

Segala penciptaan berpunca dari masalah.Mentol lampu dicipta kerana bermasalah untuk melihat dalam gelap.
Kereta dicipta kerana bermasalah nak jalan kaki jauh-jauh.
Kalau tak ada masalah, mungkin sekarang kita masih hidup dalam gua,zaman paleolitik belum berakhir agaknya.

Masalah adalah masalahnya hati.
Hati yang luas menerima masalah sebagai satu kelazatan. Hati yang kecil,masalah adalah bencana.
Menganggap semua benda sebagai masalah adalah  petanda hati yang bermasalah.
Hati yang kuat dan bersih,memandang masalah sebagai satu tanda
kebesaran tuhannya.

Kenapa aku? Bukan,kenapa bukan aku..?
Biasanya bila terkena masalah,
kita akan bertanya ''kenapa aku?''. Soalan yang sudah ada jawapannya,
tapi tak dihiraukan ''..Allah tidak akan memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...''
Tanyalah ''kenapa bukan aku?''
Kerana aku memang layak untuk menerima ujian itu. Aku kuat,aku berdaya mendapat ujian-ujian tuhan.
Jika ujiannya berat,itu bermakna aku hebat.
Jika ringan  ujiannya,bermakna aku masih di tahap rendah. 
Jadi,kenapa bukan aku yang menerima ujian hebat itu..? Aku ingin menjadi hamba Allah yang hebat..!

Masalah adalah tanda kasih sayang-Nya.
Setiap kali menghadapi masalah,adalah masa-masa Allah merindui suara rintihan kita.
Seperti sebaris bait lagu dalam nasyid Rahmat ujian
 ''Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan''

Berdoa,meminta  dari-Nya, mengadu padanya.Orang yang sering dilanda masalah 
ialah orang yang paling dikasihi Allah,kerana Allah sering merindui suaranya.
Tidakkah itu amat manis sekali..?
Maka bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian yang diberi..
'Di sebalik kepayahan,di situlah ada kekuatan..'

*Tatkala diri ini merasa kecewa dan bimbang dengan ujian yang diberi oleh-Nya,
lalu ku lakarkan tinta di medan bicara ini...untuk memotivasikan diri supaya mampu menghadapi setiap 
ujian yang bakal ditempuhi kapan aja....ingatlah wahai diri,,setiap yang ditentukan leh-Nya itu,pasti ada hikmahnya...Bersyukurlah dan tabahlah menerima apa jua ketentuannya wahai diri....
Laa tahzan..Innallahama'ana...!

''ALLAH RINDU MENDENGARKAN RINTIHANMU BERPANJANGAN..
BERSYUKURLAH DAN TABAHLAH MENGHADAPI...
SEGALA UJIAN DIBERI....! ~ ~





Saturday, April 9, 2011

Couple Islamic..??

COUPLE ISLAMIK....apa 2??
jom baca kisah ni..kot2 paham....

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Friday, April 8, 2011

~Grand Dinner bertukar menjadi Grand Mungkar...~

‘Fenomena masquerade’ pernah melanda negara kita.
Tahukah anda masquerade berasal dari pesta topeng yang dijalankan secara turun temurun oleh kelompok bangsawan eropah pada satu ketika dulu? Apakah kaitan pesta topeng ini dengan festival St. Stephen’s Day yang diraikan pada 26 Disember setiap tahun?


----------
Okey, kita sudah memasuki tahun baru, maka kebanyakan institusi pendidikan di negara kita semestinya sudah melangkah ke semester kedua. Pada waktu ini, sudah pasti kebanyakan organisasi pelajar pulun menyiapkan satu majlis yang dinamakan grand dinner. Eloklah kita berbincang perkara ini terlebih awal bagi memastikan mereka tidak tersengaja menukarkan majlis mereka menjadi ‘grand mungkar’.
Buat sesiapa yang belum tahu, grand dinner di universiti, kolej dan juga terdapat di sebahagian sekolah merupakan satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar senior yang bakal meninggal pembelajaran di institusi tersebut untuk suatu kos, fakulti atau kelas. Pada luaran, majlis ini tampak molek tetapi malangnya majlis ini dicemari dengan pelbagai anasir ‘tambahan’ yang tak sepatutnya.

Tema

Tema menjadi perkara wajib untuk dibincangkan dalam suatu grand dinner. Selalunya yang menjadi pilihan selalunya adalah yang ‘unik’ dan ‘luar biasa’. Tema seperti retroenglish atau black and white mungkin lebih kontemporari berbanding tema batik, tradisional, ketimuran dan sebagainya. Tema sebegini tidak menjadi masalah namun yang hendak kita bincangkan di sini adalah tema yang lahir akibat daripada pemikiran yang terlebih ‘kreatif’. Tema sebegini yang sering dipilih sejak akhir-akhir ini agak merapu dan secara ‘kebetulan’ pula menyamai penampilan kaum kuffar. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari mereka”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”'( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Pakaian
Juga akibat daripada tema yang terpilih terlampau agak unik, sudah menjadi satu kerja pula hendak memadankan dengan pakaian. Maka dengan itu, ramai bersusah payah hendak mencari pakaian yang sesuai, kononnya ingin mengikut tema yang dikehendaki. Dan apabila ‘terbeli’ pakaian yang terlampau unik, dengan harga beratus-ratus, tambah pula ianya hanya boleh dipakai semasagrand dinner sahaja, bukankah ia jatuh dalam kategori membazir?
Sekali lagi, muslimah tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Muslimah yang sebelum ini terkenal dengan tudung labuhnya, mula menyingkat sedikit tudungnya. Muslimah yang sebelum ini berpakaian serba longgar, memilih pula untuk berpakaian ketat. Muslimah yang agak janggal bermekap, mula berjinak-jinak dengan mekapnya. Bagi mereka inilah peluang yang susah ditemui, apa salahnya sekali sekala, setahun sekali pula. Tidak syak lagi, walau apa pun alasan, muslimah yang mengenakan perhiasan keterlaluan sebegini untuk dipertunjukkan pada orang awam jatuh pada kategori tabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dan paling menggusarkan adalah mereka yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan ini sering menjuarai anugerah yang mereka panggil King & Queen. 'Terima kasih' buat mereka yang menggalakkan orang ramai berpakaian sedemikian.

Persembahan


Nasyid? Dikir barat? Ahhh, lupakan sahaja kerana agak ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat majmuk, maka sudah tentu persembahan yang boleh diterima semua kaum menjadi pilihan. Akibat daripada sikap terlebih bertoleransi ini, maka nyanyian, joget dan tarian menjadi tidak menjadi masalah buat mereka. Lebih-lebih kaum perempuan diberi ‘tiket’ untuk menunjukkan bakat terpendam mereka sekaligus mampu menarik perhatian ramai. Buktinya, apabila tamat persembahan, satu dewan gamat bersorak tanda restu mereka. Padahal Allah SWT telah berfirman dengan jelas sekali:

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)


Berdasarkan ayat di atas , maka suara wanita yang sengaja dilembutkan dan dimerdukan serta dimanjakan , hukumnya adalah tidak boleh diperdengarkan kepada khalayak lelaki apatah lagi jika ianya boleh membawa kepada fitnah dan membangkitkan nafsu. Tampilnya muslimah untuk menyanyi dan menari di pentas bererti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga berertimenempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram.

Sesi bergambar

Sedangnya berlangsungnya majlis, pasti ada selitan bergambar atau dibuat khas sesi bergambar pada penghujungnya. Sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya hendak bergambar-gambar demi kenangan. Tetapi yang tidak moleknya, apabila mereka ini bergambar ‘berlebih-lebihan’ dan ini mencetuskan kebimbangan. Sesetengah daripada mereka di antara lelaki dan perempuan sudah tidak ada ‘dinding’, bagaikan suami isteri pula. Sudahlah bergambar dengan pakaian ter’over’, mendedah aurat satu hal, kemudian menjadi rutin pula menyebarkan segala bagai gambar kenangan ke dalam rangkaian sosial seperti facebook, blog dan sebagainya. Kita bimbang apabila individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib seperti mana disebut oleh Rasulullah SAW dalam suatu hadis:
Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



----------
Jelas sekali, grand dinner yang selalu kita bangga-banggakan selama ini lengkap sebagai satu pakej yang mengundang ke jalan kemaksiatan. Amat menghairankan sekali, grand dinner sebegini yang disukai ramai sehingga tanpa segan silu diberi taraf 5 bintang. Kita tidak pernah cuai dalam menunaikan solat, tidak pernah ketinggalan berjemaah ke masjid, senantiasa berpakaian menutup aurat, tetapi apabila tibanya grand dinner, kita hancur sama sekali.

Jadi apa yang disimpulkan di sini adalah kita sebagai umat Islam perlulah bertindak menghayati segala garis panduan yang ditetapkan Allah dan RasulNya dalam kesemua aspek kehidupan. Penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya.
Maka, selepas ini kita nilaikan semula sebarang grand dinner yang hendak kita anjurkan. Kita hendak meraikan para senior, bukan hendak meraikan maksiat. Kita hendak melangsungkan grand dinner, bukan grand mungkar! Sekian.


*Article ini  dicopy dari

http://salafus-sholih.blogspot.com..buat pengajaran untuk kita semua sebagai umat akhir zaman...Nauzubillahimin zaalik...

Tuesday, April 5, 2011

~Hikmah Air Mata..~

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

Friday, April 1, 2011

~Punca Perbuatan Syirik~

Terdapat tiga jenis perkara utama mewujudkan perbuatan syirik;
Iaitu Jahl ( jahil atau kebodohan), da'ful iman (lemah iman) dan taklid (mengikut secara ikut-ikutan).



  • Jahl (Jahil)   

  1.  ''Dinamakan Jahiliah kerana mereka tidak mengetahui perkara yang benar dan perkara yang salah''

  Jahil merupakan punca utama perbuatan syirik. Ini disebabkan masyarakat sebelum kedatangan Islam  
telah dinamakan masyarakat jahiliah.
Akibat hidup dalam suasana sedemikian , masyarakat lebih cenderung berbuat syirik tanpa sekatan.
Bahkan kecenderungan pengamalan syirik juga semakin berpengaruh dan berleluasa.
Antara tanda kewujudan syirik dalam masyarakat ialah para dukun,tukang tilik
dan tukang sihir telah menjadi rujukan utama mereka dalam semua perkara berbanding orang agama. 
Mengapakah ini berlaku?

Jawapannya ialah akibat kejahilan mereka,lantas mereka tidak tahu bagaimana cara seharusnya 
untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan dan persoalan yang dihadapi. Akhirnya, dukun
dan pawang juga menjadi rujukan untuk menyelesaikan segala permasalahan mereka.

  •  Da'ful iman ( lemah iman)   
Ia berpunca daripada rasa takut kepada Allah tidak kuat dan utuh.
Lemahnya rasa takut kepada Allah ini akan dimanfaatkan oleh hawa nafsu untuk menguasai diri seseorang.

Apabila seseorang telah dibimbing oleh hawa nafsunya, tidak mustahil ia akan jatuh ke dalam
perbuatan-perbuatan syirik seperti memohon kepada pohon besar,
untuk segera menjadi kaya, datang ke perkuburan wali untuk meminta pertolongan agar
ia dipilih menjawat jawatan tertentu, atau selalu merujuk kepada para dukun supaya penampilannya
dapat memikat hati kebanyakan orang seperti artis dan orang kenamaan.
Ini semua adalah perbuatan syirik yang berleluasa sehingga kini.

  • Taklid (ikut-ikutan)
Taklid(ikut-ikutan) gejala syirik dalam masyarakat. 
Al-quran sering kali menggambarkan bahawa orang yang menyekutukan Allah selalu 
memberi alasan untuk mereka melakukan syirik kerana mengikuti jejak nenek moyang mereka.

Maksud dari Firman Allah;
Dan (orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan keji,
 mereka berkata,''Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya,
dan Allah perintahkan kami mengerjakannya.'' Katakanlah (wahai Muhammad); Sungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan keji.
Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya.

(Surah Al-A'raf 7: 28)


* Semoga kita dijauhkan dari perbuatan syirik.Sesungguhnya dosa  yang paling besar adalah syirik  kepada Allah swt. Tidak akan masuk syurga seorang anak adam itu jika
 melakukan syirik kepada Allah...... Nauzubillah min zaalik..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...